CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5075|Reply: 64

[Tempatan] Proton Saga dan Proton X70 model laku keras setiap bulan

  [Copy link]
Post time 12-7-2020 02:48 PM | Show all posts |Read mode
PROTON kembali jadi jenama kedua terlaris
Oleh Shahrizan Salian


SUBANG JAYA: PROTON meneruskan momentum cemerlangnya tahun ini, dengan angka jualan April kembali meletakkan syarikat itu di kedudukan kedua keseluruhan selepas kali terakhir pencapaian seumpamanya dilakar lebih tiga tahun lalu.

Sebanyak 7,011 unit dijual pada bulan lalu, kenaikan sebanyak 14.1 peratus berbanding Mac dan peningkatan 75 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

Kejayaan itu dicapai meskipun terdapat penurunan dalam jumlah jualan industri (TIV) sebanyak 6.2 peratus berbanding bulan terdahulu, sekali gus menjadikan PROTON satu-satunya jenama automotif lima teratas yang mencatat pertumbuhan positif.

Prestasi jualan yang memberangsangkan oleh Proton Saga dan Proton X70 menjadi pemacu utama untuk pencapaian, namun peningkatan jualan juga adalah disebabkan pelancaran rasmi Proton Iriz dan Persona 2019 pada 23 April lalu.

Kedua-dua kereta itu dilancarkan serentak selepas aktiviti promosi pra-pelancaran diadakan selama dua bulan, termasuklah pra-tonton media dan pelanggan serta penampilan di siri-siri jelajah dan Pameran Auto Malaysia 2019 pada bulan lalu.

Hasil daripada usaha ini, lebih 4,000 tempahan dicatatkan sebelum pelancaran, membuktikan pembeli kereta di Malaysia tertarik dengan ciri-ciri pintar dan reka bentuk keseluruhan model terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, berkata PROTON berbangga berada di kedudukan kedua dalam keseluruhan jualan pada April 2019, kembali ke posisi sebelum ini untuk kali pertama dalam masa tiga tahun.

“Matlamat kami adalah untuk mencuba dan mengakhiri tahun ini di tempat kedua untuk mewujudkan asas yang kukuh dalam matlamat jangka panjang kami bagi memimpin sekali lagi pasaran kereta di

Malaysia.

“Melalui pelancaran Iriz dan Persona dan versi Proton Exora dan Saga yang dipertingkat yang akan diperkenalkan akhir tahun ini, syarikat yakin untuk mencapai matlamatnya,” katanya dalam satu kenyataan.

PROTON kini menguasai 13.6 peratus pasaran tempatan keseluruhan, disokong oleh prestasi jualan kukuh Proton X70 dan Proton Saga.

Saga telah menggantikan Proton X70 sebagai model paling laris dengan jualan sebanyak 3,047 unit, yang juga kali pertama model itu berjaya memecah rekod jualan sebanyak 3,000 unit sejak Ogos 2018 semasa tempoh jualan tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selama tiga bulan.

Bagi Proton X70 pula, sebanyak 11,133 unit telah diserahkan setakat ini pada 2019, menjadikannya pemimpin bagi kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) premium (segmen-C) dan juga juara bagi kategori SUV eksekutif (harga atas RM100,000).

Proton X70 kekal sebagai SUV paling laris di Malaysia pada tahun ini, dengan sebanyak 24 peratus pegangan pasaran bagi segmen keseluruhan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 02:55 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 12-7-2020 04:44 PM

kalau la almarhum Peyno ada lagi, mesti beliau bangga atas pencapaian Proton.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Iriz.. Idaman aku..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 03:09 PM
Iriz.. Idaman aku..

Iriz kuat makan minyak, based on my experience..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 12-7-2020 03:11 PM
Iriz kuat makan minyak, based on my experience..

Huhuhu.. Tadi tengok kat carlist.. Gen2 baru rm450++ sebulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 03:19 PM | Show all posts

better ambik MyVI
track record bagus
feedback dari customer, kedai2 pomen, salesman


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 12-7-2020 03:19 PM
better ambik MyVI
track record bagus
feedback dari customer, kedai2 pomen, salesman

Huhuhu.. Nanti kalau eksiden korang juga cerca.. Dasar pemandu MYvI gitu.. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:20 PM | Show all posts

Meols dah pakai Preve 5 tahun. Tak sabar nak tunggu habis hutang, pastu nak angkat X50..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 12-7-2020 03:20 PM
Meols dah pakai Preve 5 tahun. Tak sabar nak tunggu habis hutang, pastu nak angkat X50.. {:s ...

Wahhh.. Kayooooo.. Iols masih tak berani beli kereta.. Takut tak mampu nak byr.. Doakan makin murah rezeki iols.. Nak beli kereta pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:28 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 07:23 AM
Wahhh.. Kayooooo.. Iols masih tak berani beli kereta.. Takut tak mampu nak byr.. Doakan makin mura ...

chuols kalau keje kat KL ok la tak beli kereta, since public transportation pun reliable. meols ni duk ceruk, kalau tak beli kereta, banjir ketiak nak jalan kaki, baru jumpa bus stop
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 12-7-2020 03:28 PM
chuols kalau keje kat KL ok la tak beli kereta, since public transportation pun reliable. meols ni ...

Iols dok jitra.. Tapi kan 100% masa dok rumah.. Tapi iols teringin juga nak beli kereta.. Boleh jln2 bila cuti.. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 03:31 PM
Iols dok jitra.. Tapi kan 100% masa dok rumah.. Tapi iols teringin juga nak beli kereta.. Boleh jl ...

Klu sarah nk gen2...beli cash je...rm12k blh dpt 1.6cps H-line....gen2 ni last production & tak byk pblm mcm seblm seblmnya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:35 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 03:15 PM
Huhuhu.. Tadi tengok kat carlist.. Gen2 baru rm450++ sebulan.

viva jah sis..murah pun murah..jimat minyak gituee
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:38 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 07:31 AM
Iols dok jitra.. Tapi kan 100% masa dok rumah.. Tapi iols teringin juga nak beli kereta.. Boleh jl ...

BTW, chuols jangan le beli used Gen2, banyak problemnya.
Saga yang baru tu pun dah murah.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 12-7-2020 03:33 PM
Klu sarah nk gen2...beli cash je...rm12k blh dpt 1.6cps H-line....gen2 ni last production & tak by ...

Dok tengok2 tadi.. Hihi.. Mana tau ada rezeki boleh beli.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 12-7-2020 03:38 PM
BTW, chuols jangan le beli used Gen2, banyak problemnya.
Saga yang baru tu pun dah murah.

Klu cps ok je.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 12-7-2020 03:35 PM
viva jah sis..murah pun murah..jimat minyak gituee

Hahaha.. Iols ingat nak cari yg 2017 jadi bila cuti boleh buat grab.. Duit tepi.. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 12-7-2020 03:38 PM
BTW, chuols jangan le beli used Gen2, banyak problemnya.
Saga yang baru tu pun dah murah.

Saga baru cantik.. Huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 03:39 PM
Dok tengok2 tadi.. Hihi.. Mana tau ada rezeki boleh beli.

Blh je....tapi jgn buat loan....sarah kurangkn shopping online ....4bln himpun duit dah blh beli cash....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 12-7-2020 03:43 PM
Blh je....tapi jgn buat loan....sarah kurangkn shopping online ....4bln himpun duit dah blh beli c ...

Huhuhu.. Dah kurang.. Awal bulan ni saja sy beli katil lipat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.808049 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list