CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1506|Reply: 14

[Tempatan] KPN haramkan majlis berfoya-foya, aktiviti mewah pegawai polis

   Close [Copy link]
Post time 12-7-2020 04:16 PM | Show all posts |Read mode
KPN haramkan majlis berfoya-foya, aktiviti mewah pegawai polis

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709849/kpn-haramkan-majlis-berfoya-foya-aktiviti-mewah-pegawai-polis

Ahad, 12 Julai 2020 | 2:38pm


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan, tiada lagi aktiviti 'mewah' dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan.

Katanya, ia termasuk mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun mengadakan lawatan ke mana-mana tempat.

"Saya haramkan semua majlis berfoya-foya di pejabat. Ada pegawai-pegawai tinggi polis dibelanja makanan laut sehingga bil mencecah ribuan ringgit, siapa hendak bayar semua itu? Budaya sedemikian saya hendak buang dan tidak mahu ada dalam PDRM," katanya.

Beliau juga menegaskan, siasatan ke atas semua kes 'sejuk beku' Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu, akan dibuka dan diteruskan semula dengan pegawai bertanggungjawab diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.

Antara kes berkenaan, katanya, ialah penipuan dalam talian dengan banyak kes tertangguh disebabkan pegawai penyiasat tidak melaksanakan tugas dengan baik, termasuk ada yang tidak menjalankan siasatan.

"Selain itu, ada juga kes JSJK yang mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah dan ada laporan polis yang dibuat pada 2013 (tapi siasatan) tidak berjalan," katanya.

Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mengenal pasti pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk diarah menyelesaikan kes masing-masing.

"Kes-kes 'sejuk beku' ini perlu dibuka semula untuk memberi keadilan kepada mangsa yang teraniaya dan kami cari siapa pegawai penyiasat berkenaan, beri dia amaran satu bulan untuk siapkan siasatan kes," katanya.

Ketua Polis Negara juga menegaskan, pihaknya tidak akan memberi sebarang ruang kepada kegiatan perjudian dalam talian.

"Judi dalam talian memang saya lawan habis-habisan, saya tidak bagi peluang dan saya haramkan mana-mana tauke judi datang untuk berjumpa dan berbaik dengan saya," katanya. - BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh....ada ke selama ni .......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 04:21 PM | Show all posts
noor2 replied at 12-7-2020 08:17 AM
Eh....ada ke selama ni .......

Kannnn ahkak, iols nak tahu sangat majlis berfoya2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 12-7-2020 04:21 PM
Kannnn ahkak, iols nak tahu sangat majlis berfoya2 tuh...

Bestla jadi orang besar2 pemimpin ni.....duit kerajaan banyak boleh guna. .hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 04:24 PM | Show all posts
Baru tahu rupanya sebelum ni ada majlis yang berfoya-foya diadakan, mohon listkan majlis tersebut dengan jumlah kos yang terlibat dan di atas tanggungan siapa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 04:25 PM | Show all posts
kehidupan sebenar angota polis kalu jenis yg amanah dan jujur .....life style dia org normal mcm kita je....tp kalu yg byk makan duit byk meje tu dia.....kereta, rumah, life style kalah gaji pilot...CEO....businessman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
amboiiii pi makan seafood pun sapa yg bayar!!!
pi la bayar sendiri
aku yg keje private sector ni pun kalo nk makan seafood mahal2 pun BAYAR SENDIRI ok
jgn nak mengada amik rasuah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 04:34 PM | Show all posts
barulah ku tau ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 04:38 PM | Show all posts
baguss, kerajaan PN mmg menitikberatkan displin semua pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 06:46 PM | Show all posts
takpe nti buat private party..secret admittance
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:53 PM | Show all posts
hasil bela tokey2 black economy@market

(tauke kelab,judi,pelacuran,dadah,ah long etc)

apart of business yg dlm diam bleh generate economy
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ade je. pakcik iols ditukar merata tempat salah satu sbbnya taknak join majlis2 gini. makcik iols pun koser nak ikut.hasilnya terpaksa la jd ketua balai ni balai nun. dpt anugerah mcm2 pun tak dipedulikan sbb taknak ikut normal depa.skrg pencen aman2 je bercucuk tanam di kwsn rumah sambil main2 dgn cucu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami jiran aku pun anggota polis
Selalu kena tukar sana sini sebab xmau ikut gsng balai mkn duit
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:59 PM | Show all posts
Bagus dia ni...moga Allah permudahkan semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 07:39 AM | Show all posts
Thread dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1207284

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.746262 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list