CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 924|Reply: 0

[Politik] Undi tidak percaya Muhyiddin: Usul Mahathir disenarai, giliran 27

[Copy link]
Post time 12-7-2020 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Undi tidak percaya Muhyiddin: Usul Mahathir disenarai, giliran 27

Harits Asyraf Hasnan



Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. - Foto Fail

KUALA LUMPUR: Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tersenarai dalam giliran ke-27 Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul (AUM DR 13/7/2020).

Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat," memetik usul tersebut.

Pada awal Mei lalu, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan menerima usul tersebut daripada Dr Mahathir.

Menerusi AUM DR 13/7/2020, beberapa usul menyokong Muhyiddin selaku Perdana Menteri turut tersenarai. Ia termasuk usul dari Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang masing di turutan 28, 29 dan 30.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.602119 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list