CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4349|Reply: 43

[Tempatan] Penganggur cecah 860,000 orang tahun ini. Silalah bersedia dari segala segi ya..

  [Copy link]
Post time 13-7-2020 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Penganggur cecah 860,000 orang tahun ini
NURUL HUDA HUSAIN | | 13 Julai 2020



Muhyiddin pada hari pertama Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Perangkaan mengunjurkan kadar pengangguran di Malaysia adalah sebanyak 5.5 peratus atau 860,000 orang bagi tahun 2020.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasaran buruh dijangka mulai pulih pada akhir tahun ini.

Menurutnya, ia berikutan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membolehkan operasi perniagaan dibuka sepenuhnya pada 10 Jun lalu.

"Dalam usaha menangani kadar pengangguran yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM15 bilion melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk dapat membantu hampir 3.3 juta rakyat yang terkesan dengan Covid-19.

"Antara inisiatif tersebut adalah seperti Program Subsidi Upah, Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan.

"Selain itu, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi sedang dalam proses penyediaan pelan pemulihan ekonomi bagi jangka panjang dan akan dibentangkan pada Oktober ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Rubiah Wang (GPS - Kota Samarahan) berhubung kedudukan ekonomi semasa, prestasi pertumbuhan ekonomi negara dan kadar pengangguran masa kini di Malaysia.

Sementara itu, mengulas mengenai pertumbuhan ekonomi negara, beliau berkata, ekonomi Malaysia telah berkembang sebanyak 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini.

Katanya, kadar pertumbuhan itu lebih baik daripada jangkaan kebanyakan pakar ekonomi meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi dan perdagangan global yang mencabar terutamanya disebabkan oleh pandemik Covid-19.

"Pertumbuhan yang perlahan ini berikutan aktiviti ekonomi yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 bagi mengawal penularan Covid-19," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... 000-orang-tahun-ini
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan & dimurahkn rezeki mrk yg terkesan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tangkap pati pati yang ada.kalau yang ada permit tu ok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
alaaa statistik based apa pon tak tahu la incik kutu

masalah ni tiap tahun pon masuk ci dan sepanjang tahun ..... regardless ada covid atau tak

yg homebased online f&b pon dorang mengaku “tak kerja” . sebab itu yg diajar dari kita kecik. “Org keje-keje” hanya utk org makan gaji, duduk ekon, kusi pusing2, pegi miting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2020 01:31 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 13-7-2020 01:22 PM
alaaa statistik based apa pon tak tahu la incik kutu

masalah ni tiap tahun pon masuk ci dan sepan ...

sebab ini angka rasmi kerajaan kita terima ja lah. ada lah cara dia kira kot.

negara kita tak sistem social security penerima unemployment benefit food stamp bagai so memang tricky la.

so think the actual number should be lower iz it?


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:52 PM | Show all posts
2021 lagi teruk mungkin perang besar atau market crash.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-7-2020 01:52 PM
2021 lagi teruk mungkin perang besar atau market crash.

2021 tahun depan. wow. for real ka.

drp kecik asek dengar istilah “perang besar” tapi takde la libatkan seluruh dunia. kat kawasan perang itself tu je
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 13-7-2020 01:31 PM
sebab ini angka rasmi kerajaan kita terima ja lah. ada lah cara dia kira kot.

negara kita tak s ...

apa maksud penganggur? self claimed penganggur hanya utk org malas & tak berusaha jer tu

me myself penganggur. tapi aman2 je nak buat apa aku suka beli apa aku nak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Halau PATI....pekerja asing , kuranglah penganggur....

Klu kat mydin tu...org yg dari belah sana je ramai.... giant bgus tak amik sgt pekerja asing tapi giant pulak dah melingkup.....

Yg paling geli.....kfc amik vietnam & nepal.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 03:34 PM | Show all posts
angelofish replied at 13-7-2020 01:14 PM
tangkap pati pati yang ada.kalau yang ada permit tu ok lagi

mana leh kang ada si spesis fifa rahman kepanasan ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 03:40 PM | Show all posts
Hmm.. kalau cari ejen msti ramai yang join skrg ni. Bisnes ape yg korang nampak boleh run pakai sistem ejen edisi post-pkp ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 03:42 PM | Show all posts
Betul la tu, mcm aku sndiri since apr till now dah ratus juga buang org.. of cos company aku ni direct impact dgn covid 19. Worst yet to come, kita foresee quarter 3 this year akan lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 04:12 PM | Show all posts
Lagubestbest replied at 13-7-2020 03:40 PM
Hmm.. kalau cari ejen msti ramai yang join skrg ni. Bisnes ape yg korang nampak boleh run pakai sist ...

mamasab
sales separuh tahun ni sahaja dah cecah 50 juta...
trust the process
takde customer? jangan risau
agen beli sesama agen dan kita pakat beli sesama sendiri...

mamasab warrior the best
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 05:45 PM | Show all posts
utk yg msih tdk dpt cari pekerjaan, semoga segala dipermudahkan ya..uolls blhlh buat kerja freelance ker, grab delivery, buat kuih & jual ker, apa2 jer janji jgn putus asa okay selagi masih ada harapan...
ni artikel yg byk link website yg u blh cuba..


cara jana pendapatan tambahan

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 13-7-2020 03:24 PM
Halau PATI....pekerja asing , kuranglah penganggur....

Klu kat mydin tu...org yg dari belah sana  ...

halau is good kak, but then org kita nak ke keje mcm depa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 13-7-2020 11:06 PM
halau is good kak, but then org kita nak ke keje mcm depa ni..

Ada je Dilla.....

Tu pasar borong tu, rakyat tempatan keja dah ....kat mydin pun akk tgok bebudak melayu dah mula jd supervisor.....seblm ni india yg kulit putih tu yg ramai.....dok tepi cashier perhati....m

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 13-7-2020 03:24 PM
Halau PATI....pekerja asing , kuranglah penganggur....

Klu kat mydin tu...org yg dari belah sana  ...

why they allow it ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 13-7-2020 11:12 PM
Ada je Dilla.....

Tu pasar borong tu, rakyat tempatan keja dah ....kat mydin pun akk tgok bebud ...

Kerja pasar tani ni, aku pernah suruh member aku mintak, dia taknak.. aku bagi kerja opis, dia taknak pulak.. aku kategorikan member aku ni pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
I salah seorg bakal contribute to the statistic...doakan i cepat dpt keja ye kwn2 huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 12-7-2020 09:31 PM
sebab ini angka rasmi kerajaan kita terima ja lah. ada lah cara dia kira kot.

negara kita tak s ...

American boleh apply unemployment benefit up to 6 months dapat duit.. Di situ mereka buat survey..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.079637 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list