CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4097|Reply: 45

[Tempatan] Berita 13 Julai. Kluster baharu dikesan di Melaka. PUI Novgorod, rakyat Malaysia

  [Copy link]
Post time 13-7-2020 10:26 PM | Show all posts |Read mode
Kluster baharu dikesan di Melaka
Oleh Noor Atiqah Sulaiman
3 hrs ago


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baharu di Melaka yang dinamakan sebagai 'Kluster pesakit di bawah pemantauan (PUI) Novgorod' yang kini sudah menjangkiti tiga individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster ini dikesan apabila terdapat kes ketiga yang positif COVID-19 hasil daripada saringan kontak rapat kepada kes kedua kluster terbabit.

"Kes pertama bagi kluster ini seorang warga negara Malaysia, iaitu kes ke 8,673 yang pulang ke Malaysia dari Russia pada 5 Julai lalu.

"Keputusan saringan COVID-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati beliau positif virus berkenaan dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

"Kes kedua kluster ini iaitu kes ke 8,718 adalah rakan kepada kes pertama, mereka menaiki pesawat sama pada 5 Julai lalu. Saringan COVID-19 ke atas kes kedua ini adalah negatif namun mula menunjukkan gejala demam dan saluran pernafasan dua hari kemudian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoii kenapa tak kuarantin mcm dulu. 14 hari sebelum dibenarkan balik ker rumah tapi kali nie atas tanggung sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2020 10:46 PM | Show all posts
self-quarantine
sepatutnya setiap kita bersikap jujur
ni bukan virus biasa-biasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
X semua boleh disiplin kn diri utk self-quarantine. Yg balik drpd oversea patutnya di kuarantin je kt akept tu. Tanggung mkn pun boleh as long as x wujud kluster dr kes import.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu yang balik dari luar negara kayakan... Suruh diorang bayarlah untuk penginapan kuarantin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
"Seperti yang maklumkan di atas, terdapat penularan jangkitan COVID-19 kepada seorang ahli keluarga daripada kes yang mendapat jangkitan dari luar negara (iaitu kes ke-8718).

Ketibaan beliau di Malaysia pada 6 Julai 2020 telah disambut oleh ahli keluarga beliau. Seramai empat (4) orang ahli keluarga telah datang bersama-sama dengan menaiki kereta sendiri untuk menjemput beliau di pintu masuk antarabangsa.

Hasil siasatan mendapati bapa kepada kes tersebut (iaitu kes ke8724) turut dikesan positif COVID-19 selepas beliau mula mengalami gejala demam. Ini menjadikan beliau kes ketiga Kluster PUI Novgorod".
....
Tak perlu la jemput kat airport ramai-ramai. Pastu dah sampai rumah berkurung je lah dlm bilik 2 minggu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2020 12:09 AM | Show all posts
syadq replied at 14-7-2020 12:00 AM
"Seperti yang maklumkan di atas, terdapat penularan jangkitan COVID-19 kepada seorang ahli keluarga  ...

ooo patut la berjangkit sampai tiga org



Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually kat Malaysia mask, social distancing still continue ke?
I Ada tengok IG schawal Dan anak dia bercuti ramai2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 07:22 AM | Show all posts
hari ni dh dpt msg psl cluster kat kuching plak..taktau laa news btl ke idak tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut kuarantin balik mcm dl
Cegah dl baru lepas keluar
Ni karang berjangkit2 lg berkurung lg kita
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:25 AM | Show all posts
kerajaan nak tanggung kuarantin 14hari, mahal. dapat pulak kluster kayangan biadap yg tak reti kenang budi. bila disuruh kuarantin sendiri, tak berdisiplin pulak. sampai 4org dtg amik kt airport astagha pebenda la dorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap yg balik overseas mohon satu family kuarantin..yg balik je x jd kalu ahli rumah lain infected dan berlegar2 kat luar keje shopping etc.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Covid dlm kalangan rakyat tempatan mmg xde dah. Yg ada dpt dari luar je ni. Yg balik dari luar negara ni x paham2 ke diorg ni golongan berisiko tinggi ada covid.. x kan sbb diorg penularan dlm rakyat tempatan nak naik balik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh ke apa tak kuarantin diri sendiri..nah tahniahla sbb dah berjaya jangkitkan pada family sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:50 AM | Show all posts
kuarantin balik macam awal2 la.. stress aku
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ell768 replied at 14-7-2020 07:22 AM
hari ni dh dpt msg psl cluster kat kuching plak..taktau laa news btl ke idak tu

Msg apa tuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 12:36 PM | Show all posts
Ada elok kuarantin macam dulu lebih berkesan.  Sekarang ni yang positif akan dihantar ke hospital dari airport yang negatif disuruh kuarantin dirumah.  Dirumah bahaya juga sebab mereka kadang tak mengasingkan diri masih bergaul dengan ahli keluarga.  Ada kes baru2 ni masa di uji di KLIA negatif tapi bila sampai di Sarawak hasil ujiannya positif pula.  Ialah tahan ketahanan badan orang ni kan berbeza ada yang cepat tunjuk gejalan ada yang tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:46 PM | Show all posts
ai setujuk kalo dibuat mcm sblm ni...sume kena kuarantin kat akept...dan charge still dikenakan pd org2 yg x entitle subsidi dr gomen...sebab kita nak elakkan dari menular blk...elok2 skola, opis sume dah blh bukak, terus kena tutup blk nanti...dah 1 hal nak kena pkp mcm sblm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiya awat x kurantin spt dulu, gigih jemput virus 1famili 1 keta . Oversea semua belum reda
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 01:18 PM | Show all posts
family br blk o/sea kot.. takde ke rasa was2 ke  berjaga2 ke    

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.141443 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list