DEWAN Rakyat hari ini membangkitkan semula isu peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang didakwa punca kepada 'kekecohan' yang berlaku termasuk usul penukaran Yang di-Pertua (YDP) Dewan Rakyat.
Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata, "semua ini berlaku kerana Langkawi (Mahathir) berhenti lah hingga berlaku penukaran Speaker," katanya yang menjadi Ahli Parlimen ketiga berbahas usul berkenaan yang dibawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kenyataannya disokong Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang memberitahu peletakan jawatan Mahathir membawa kepada pemilihan Perdana Menteri (PM) baharu.
Semua punca dari(pada) Langkawi. Agong sudah nasihat tapi dia nak berhenti juga. Kami terpaksalah cari PM lain.
"Dulu Tun lantik Lathefa Koya dan Tommy Thomas, kita tidak pertikaikan pun, sama saja dengan kita pilih Speaker (Dewan Rakyat)," katanya.
Mempertahankan diri, Dr Mahathir kemudian mencelah dan berkata, beliau meletak jawatan kerana tidak boleh bekerjasama dengan UMNO yang dianggap bukan seperti dulu.
"Apabila saya diberi pilihan untuk bekerjasama dengan UMNO dan UMNO bukanlah yang ditubuh dulu, tapi 'dihijack' orang tertentu, saya tidak boleh bekerjasama," katanya.
Bung Moktar mencelah kenyataan Mahathir, "UMNO satu saja. Dulu Tun yang ajar kami, kami ikut ajaran Tun," katanya.
Usul pengosongan kerusi YDP dibawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diluluskan secara undi belah bahagian dengan 111 undi menyokong, berbanding 109 undi tidak menyokong serta seorang Ahli Parlimen tidak hadir, difahamkan Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (BN-Kota Marudu).
Post time 14-7-2020 12:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
fealefea replied at 14-7-2020 12:18 AM
I hilang hormat dgn tun bila tahu sebenarnya seorang PM yang lain mampu mendahulukan rakyat sebenarn ...
Dahulukan rakyat lah sgat
Setakat bg bantuan pkp tu sesiapa pun boleh sbb bukan duit sendiri, duit negara apa ada hal kau cuma agihkan je. Kalau dahulukan rakyat idok le dia sbg menteri KDN di zaman PH luluskan perhimpunan tabligh yg menyumbang pd kluster covid terbesar kt Malaysia ni. Kalau xde kluster tabligh tu entah2 pkp kita setakat 2-4 mggu je.
Post time 14-7-2020 07:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
aku bukak video tu tak boleh nak gelak pulak tgk atok kena serang mcm tu walaupon aku tak pernah suka atok, sampai senyap terduduk emm kesian pulak tengok
x payah la mudah benau kesian nya.
dia yang sibuk menggatal nak berpolitaik lagi,
sekarang rasa kan la padah nya.
lagipun si tua ni bapak segala kroni,
dan anggap org miskin ni menyusahkan dia jer.
kalau dia masih PM lagi,
jangan harap la korang dapat rasa semua benefit masa PKP tu.
Dia ni jenis nak bekerja sepanjang hayat.. tak akan bersara dah lepas ni. Sayangnya kerjaya itu adalah politik.. Masa dia bersara beberapa tahun itu pun atas nama sahaja, sepanjang masa dia main tali dibelakang tabir.
Dah excited semula mcm ni, keseronakan nak laga-lagakan orang tu, rebut kekayaan sesambil bantu kerjaya anak-anak, sehingga ada yg jadi billionaire, dah terbit semula.
Bila dia nak buat projek dia tak peduli siapa pun.. cuba ingat balik pasal ppsmi, tak peduli report dan kajian akademik bertahun-tahun dia nak buat semula sbb nak buat duit punya pasal. Kedegilannya .. ya ampun .. nak berjaya persistency mcm ni memang salah satu syaratlah, tp masalahnya kerjaya politik ni melibatkan kehidupan rakyat.