View: 2240|Reply: 18
|
[Tempatan]
Budak lemas jatuh kolam ketika tunggu ibu temuduga
[Copy link]
|
|
Budak lemas jatuh kolam ketika tunggu ibu temuduga
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 13 Julai 2020
Ahli keluarga menunggu proses bedah siasat dijalankan petang tadi.
SUNGAI PETANI- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang di Pantai Merdeka ketika mengikut ibunya mencari pekerjaan dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian itu ketika mangsa yang merupakan anak sulung dari dua beradik mengikut ibunya yang datang dari Tanjung Dawai untuk menghadiri temuduga pekerjaan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 19 tahun mendapati kanak-kanak itu yang pada mulanya bermain di sekitar kawasan tersebut, tiba-tiba hilang.
"Semasa menunggu keputusan meminta kerja daripada pihak pengurusan, ibu mangsa melepaskan anaknya bermain di sekitar tempat temuduga tersebut, namun dalam beberapa minit selepas itu, dia didapati hilang.
"Mangsa ditemui terapung dalam kolam renang orang dewasa kira-kira 30 meter dari tempat temuduga," katanya.
Menurut Adzli, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan lemas.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tunggu-ibu-temuduga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak lemas dalam kolam resort
MyMetro Utama
Nor Farhani Che Ad
am@hmetro.com.my
KANAK-KANAK lelaki berusia lima tahun ditemui lemas dalam kolam renang sebuah resort di Pantai Merdeka di Sungai Petani petang hari ini.
Dalam kejadian pada 2 petang itu, mangsa dikatakan dibawa ke resort berkenaan oleh ibunya yang berusia 19 tahun untuk meminta kerja.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, wanita itu menyedari anaknya tiada bersama ketika menunggu keputusan temuduga terbabit.
"Sebelum itu, wanita berkenaan mendakwa melepaskan anak sulungnya dari dua beradik itu bermain di sekitar kawasannya menjalani temuduga.
"Beberapa minit kemudian, dia mendapati anaknya hilang dan bertindak mencari mangsa sebelum menjumpai anaknya sudah terapung di kolam orang dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihak hotel segera menghubungi ambulans dan mangsa terus dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menerima rawatan lanjut.
Katanya, doktor kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
"Siasatan di lokasi kejadian mendapati jarak antara tempat temuduga dengan kolam berkenaan kira-kira 30 meter dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
"Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 8:33 PM |
|
|
|
|
|
|
|
adoiiii laa.. cuai betula lah.. 5 tahun... elok duduk rumah.. kecil sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my, kesian ibu muda tu.Ibu ni kena dibantu. Jgn la kecam. Anak dia pergi pon masa dia tgh berusaha utk kehidupan. Bukan campak dari bangunan tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.
Cari keje bawa anak sekali.
Lemas pula |
|
|
|
|
|
|
|
Tu yang kadang2 ibu yang ada anak ni susah nak cari kerja, anak kecik takda orang jaga. Bukan diirang tak nak cari kerja, tapi sebab memang betul-betul tak boleh keluar.
Jangan lah kita pertikai orang miskin malas. Kita tak tahu apa yang dilalui mereka ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 14 tahun dh beranak. Iols rs pihak hotel tu pun maybe akan kena denda sekali sbb tak tutup kolam renang drpd org masuk.... eh ke skrg kolam renang dh dibuka ? |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 14-7-2020 12:17 AM
Umur 14 tahun dh beranak. Iols rs pihak hotel tu pun maybe akan kena denda sekali sbb tak tutup kola ...
Takda org jaga kolam renang ni? Kalau buka kena ada lifeguard |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya mak tu.. baru 19.. beranak umur 14.. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 baya2 tu kalau jumpa kolam...air..memang suka sangat...
Kuatkn semangat mu ye ibu muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 14-7-2020 12:44 AM
Takda org jaga kolam renang ni? Kalau buka kena ada lifeguard
Kolam renang rs nya ditutup sbb covid. So lifeguard x perlu cuma kena kepung / kosongkan swimming pool aje lah kot |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya... memang la dia cuai tapi tengok macam dia dah takde harapan terpaksa bawak jugak anak sementara nak cari kerja untuk kehidupan... mesti trauma dia sebab dia cari kerja untuk sara anak jugak tak sangka rezeki yang di cari tapi jadi macamni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kahwin umur 13 ke... beranak umur 14... anyway, innalillah. Budak2 mmg suke kolam atau mana2 tempat ada air.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian.mak terpaksa cari kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians replied at 14-7-2020 12:53 AM
kesian nya mak tu.. baru 19.. beranak umur 14..
Beranak umur 12 tahun. Ada anak sulung umur 7 tahun. Yang lemas tu anak nombor 2. Umur 11 tahun dah mengandung
Suami dia mana ek?
Apa-apa pun, takziah diucapkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tekan Report dan bagi 2 links Thread yang sama supaya tak terlepas pandang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|