View: 2741|Reply: 21
|
[Dunia]
Lelaki Malaysia diusir keluar dari Singapura dan didenda $4,000 kerana ingkar un
[Copy link]
|
|
Edited by Nahnukutu at 14-7-2020 05:02 PM
Padah ingkar undang-undang Singapura
MyMetro Mutakhir
Hazri A Bakar
am@hmetro.com.my
LELAKI Malaysia antara 12 rakyat asing yang diusir keluar dan diharamkan memasuki Singapura selepas tidak mematuhi penjarakan sosial ketika langkah pemutus rantaian atau circuit breaker dikuatkuasakan di negara itu.
Circuit breaker adalah penguatkuasan penutupan pelbagai aktiviti sebagaimana dilaksanakan di Malaysia melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia dimaklumkan menerusi kenyataan media Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura.
Menurut kenyataan itu, lelaki berusia 23 tahun itu yang berada di Singapura menggunakan permit kerja telah mengajak seorang rakan ke tempat tinggalnya.
Dia kemudian menghantar pulang tetamunya menggunakan motosikal pada 18 April lalu.
"Mereka bagaimanapun ditahan di satu sekatan jalan raya di Yishun Avenue 6 dan lelaki itu didakwa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut Seksyen 67(1)(b), Akta Lalu Lintas Jalan Raya.
"Dia juga melanggar sekatan dengan meninggalkan tempat tinggalnya dan larangan untuk mengadakan perhimpunan sosial mengikut Peraturan 4(2) dan 6, Langkah-Langkah Sementara, Peraturan Perintah Kawalan 2020," kata kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa Singapura, semalam.
Menurut kenyataan itu, lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan dikenakan denda S$4,000 (RM12,267).
Selain itu, permit kerjanya dibatalkan serta dia diusir pada 5 Jun lalu selain diharamkan dari memasuki semula Singapura.
Rakannya, juga seorang rakyat Malaysia dikenakan notis pematuhan arahan kerana melanggar sekatan dengan meninggalkan kediaman dan hanya diberi amaran.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 10:05 AM |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Xenophobia!!
Kalau malaysia yg buat. Kalau negara lain takpe. |
|
|
|
|
|
|
|
"Mereka bagaimanapun ditahan di satu sekatan jalan raya di Yishun Avenue 6 dan lelaki itu didakwa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut Seksyen 67(1)(b), Akta Lalu Lintas Jalan Raya.
"Dia juga melanggar sekatan dengan meninggalkan tempat tinggalnya dan larangan untuk mengadakan perhimpunan sosial mengikut Peraturan 4(2) dan 6, Langkah-Langkah Sementara, Peraturan Perintah Kawalan 2020," kata kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa Singapura, semalam.
banyak sangat kesalahan dia buat sampai permit pun batal.
|
|
|
|
|
|
|
|
pdn muka
hormat la undang2
jngn jdi liberal tongong
atau lgbt tongong |
|
|
|
|
|
|
|
Geng2 human rights tak nak ckp apa2 ke?
Klau yg kes Bangla Tu boleh plk mrh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Semestinya akn dibantu oleh pejuang |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kira dimana berada patuhilah peraturan yang dikeluarkan kalau langgar peraturan sendiri juga yang susah |
|
|
|
|
|
|
|
dah dok negeri orang, ikutlah undang2nya ... |
|
|
|
|
|
|
|
masuk negara orang, ikut undang-undang..
buat masalah, buang ja.
tahniah singapura kerana bertegas. |
|
|
|
|
|
|
|
mana pejuang bangla aritu...rakyat Msia ni..tak nak bantu ke??? jelas dan nyata sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Sini 800 pon dh bising.. Sana 12k terus.. Hamek!! |
|
|
|
|
|
|
|
boleh start jadi dropship mamasab dah untuk bayar denda2 tu...
takde customer? tiada masalah... agen beli sesama agen dan dropship beli sesama dropship...
stok tak habis atau kek tak habis? jangan risau boleh kambus belakang rumah... ulang2 la sampai sold out... trust the process, mamasab warrior the best |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 15-7-2020 03:14 AM
boleh start jadi dropship mamasab dah untuk bayar denda2 tu...
takde customer? tiada masalah... age ...
Woiii
Hahaha
Pagi pagi twrsedak mamasab
X habis iols gelak pasal dr maza jadi john travolta
Uols buat iols gelak.lagiiiii
Smalam kawan iols cakap kambing perap 2000kg terjual sehari tawww |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus singapura. Jaga negara sendiri dan tegas. Halau dan denda je terus walaupun ada visa. Kita ni siap sediakan makanan, ujian saringan, tempat tahanan etc untuk PATI. Hukuman kepada pesalah2 ni pun lambat. Dah la baik hati buat ujian untuk pati, kena fitnah pulak dengan al jazeera. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kejadian ni berlaku di Malaysia ( permit kerja di batalkan) mesti Ngo-ok and Geng Ayam Human right ckp kerajaan Malaysia Jalim sbb jalimi Kaum suchi Bangla.
Sedih dgn set set Ngo-ok and ayam human right ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik berlaku di Singapore, kalau kat Malaysia dh tentu ramai yg terjerit terpekik rasis panggil AlJazeera buat laporan |
|
|
|
|
|
|
|
Rakannya, juga seorang rakyat Malaysia dikenakan notis pematuhan arahan kerana melanggar sekatan dengan meninggalkan kediaman dan hanya diberi amaran.
kalau setakat melanggar sekatan kena warning je.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah knp tak reti folo rules. mendapat lar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|