CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1217|Reply: 11

[Tempatan] Teruja dengan ramalan bomoh Siam menang loteri RM1.8 juta, pomen kedai motor rug

  [Copy link]
Post time 14-7-2020 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Rugi RM132,827 ditipu bomoh
Oleh Nur Izzati Mohamad


KEPALA BATAS: Teruja apabila dikatakan memenangi hadiah tiket loteri nombor ekor berjumlah RM1.8 juta menyebabkan seorang pekerja syarikat pembaikan motosikal mengalami kerugian RM132,827 akibat ditipu bomoh sejak sebulan lalu.

Mangsa seorang lelaki berusia 33 tahun mendapat panggilan melalui Whatsapp mengatakan bahawa dia memenangi hadiah berkenaan namun perlu membuat beberapa bayaran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa sebelum itu pernah meninggalkan nombor telefonnya di laman sosial Facebook iklan bomoh Siam.

"Mangsa bertindak sedemikian apabila dimaklumkan bahawa bomoh berkenaan mampu menyelesaikan masalah kewangannya.

"Tidak lama selepas itu mangsa mendapat panggilan dari dua orang suruhan bomoh terbabit melalui whatsApp yang mendakwa dia memenangi tiket loteri nombor ekor berjumlah RM1.8 juta namun perlu membuat beberapa bayaran.

"Tanpa sedar dirinya ditipu, dia yang teruja dengan 'kemenangan' itu membuat 19 transaksi berjumlah RM132,827 ke dalam akaun orang suruhan bomoh itu sejak sebulan lalu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, kesemua bayaran yang dibuat kononnya untuk pelbagai peralatan berkaitan upacara keagamaan.

"Mangsa akhirnya sedar dirinya ditipu selepas mereka meminta lagi bayaran tambahan dan terus datang membuat laporan polis semalam apabila mendapat pandangan dari rakannya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 11:08 AM | Show all posts
muda lagi...... hmm malas nak kata apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 11:30 AM | Show all posts
mungkin dia telah disihir semasa membuat bayaran tersebut dan kesan sampingan disihir tu menyebabkan otak beliau terjatuh ke lutut dan ke buku lali.

#doakan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. Bomoh siam Bagus pi cari kat padang sera nun..aku x tau la bomoh tu hidup lagi ka tak..

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja pomen pun byk duit.. selamba ratus ribu ko bank in
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:29 PM | Show all posts
bomoh siam kalau boleh ramal nombor  ekoq ka apa2 dia ramal kat dia dulu aih takkan nk ramal bagi orang lain kaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2020 01:55 PM | Show all posts
org yg jaga solat selalu akan disampingkan dari benda2 cani
ihdinassiratal mustaqim
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:54 PM | Show all posts
sarah82 replied at 14-7-2020 11:36 AM
Hahaha.. Bomoh siam Bagus pi cari kat padang sera nun..aku x tau la bomoh tu hidup lagi ka tak..

...

bwk aku jumpe die sarah

aku nk suruh dia ubatkan pnyakit ske mndubur forumer2 dlm ni

prffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 04:56 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 14-7-2020 12:29 PM
bomoh siam kalau boleh ramal nombor  ekoq ka apa2 dia ramal kat dia dulu aih takkan nk ramal bagi or ...

bomoh tu bgs

hati dia suci bersih

x mndengki

nk org len sama2 kaya

nk bangunkn sosio ekonomi rakyat


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Squidward. replied at 14-7-2020 04:54 PM
bwk aku jumpe die sarah

aku nk suruh dia ubatkan pnyakit ske mndubur forumer2 dlm ni

Hahahaha.. Aku x tau dia hidup lagi ka tak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:59 PM | Show all posts
jap2 mana dia dapat 100k lebih tu kalau ada masalah kewangan aiyoo tu pun takleh fikir kaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 14-7-2020 12:23 PM
Kerja pomen pun byk duit.. selamba ratus ribu ko bank in

Tah2 dia pinjam along.bdk tmpat keje ai muda lg.20 mcmtu.dh abes brpuluh ribu.kononnye hadiah dr bf sangkut kt kastam.bila dia dh xmampu byr ugut pulak nk dtg kacau famili.duit smpanan abes.pinjam along 20k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.604268 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list