CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2997|Reply: 18

[Politik] PN belum bercadang gubal undang-undang antilompat parti. Mungkinkah kerana PN ad

  [Copy link]
Post time 14-7-2020 11:08 AM | Show all posts |Read mode
PN belum bercadang gubal undang-undang antilompat parti
Diterbitkan Hari ini 10:08 am



Perikatan Nasional buat masa ini dilihat tidak cenderung untuk menggubal undang-undang antilompat parti bagi mengelakkan berlaku ketidaktentuan politik dalam negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata ketika ini kerajaan berpendapat setiap warganegara masih dijamin hak untuk bebas berpersatuan selaras dengan Perkara 10 (1) (C) Perlembagaan Persekutuan.

"Namun, sekiranya kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk menggubal undang-undang lompat parti ini pada masa akan datang, sudah pasti kajian terperinci akan dilakukan termasuklah dengan mengadakan perbandingan best practices (amalan terbaik) dengan negara-negara lain," katanya di Dewan Rakyat.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor).

Dalam pertanyaannya Ramkarpal Minta meminta penjelasan sama ada kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengharamkan kegiatan lompat parti yang boleh menyebabkan ketidakstabilan politik.

"Sekiranya tidak, nyatakan sebab-sebabnya," kata Ramkarpal.

Hujung Februari lalu Malaysia menyaksikan pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada gabungan Bersatu, Muafakat Nasional dan BN yang kemudian disokong Gabungan Parti Sarawak.

Ia berlaku ekoran tindakan beberapa ahli parlimen PH meninggalkan gabungan tersebut dan menjadi wakil bebas.

Gabungan itu kemudian dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Bagaimanapun untuk rekod ia bukanlah kali pertama berlaku. Di bawah kerajaan PH pun sejumlah ahli parlimen mengambil tindakan melompat ke parti baru selepas BN gagal mendapat mandat untuk menjadi kerajaan pusat.

Menurut Takiyuddin kajian secara terperinci mengenai hal itu perlu dilakukan kerana kerajaan berpendapat ia bercanggah dengan Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan iaitu hak membentuk persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal keselamatan, ketenteraman awam atau prinsip moral.

"Pihak kerajaan juga perlu mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak lain termasuklah badan bukan kerajaan dan parti politik jika ianya hendak digubal kelak," katanya.

Setujukah anda, PN adalah lubuk kaki lompat?

Single Polls, Total 10 Users voted
90.00% (9)
10.00% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 11:14 AM | Show all posts
sesiapa pon takkan nak anti-lompat ni...
PN dan PH...
diorang dok cari makan dgn lompat melompat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 11:19 AM | Show all posts
lepas ni buat la... kau ingat dgn keadaan mencabar sekarang ni yg tak sampai berapa bulan PN ambik alih, terus nak gubal ke....

masa pee esh  pegang Tanah Melayu yakni Malaysia ni 22 bulan je (??!!) kenapa tak gubal lompat parti walaupun masa tu ramai ahli parlimen melompat2????

bodoh itu ayam, ayam itu bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Parti kesayangan ko tu pun samala jgk. Lompat si katak lompat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak bila fikirkan ayat yg kononnya PH TERPELAJAR.. Jadi 22 bulan pegang kerajaan tu buat apa? Kenapa tak cadangan dan gubal lompat parti? Korang makan kacang meh selama 22 bulan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 11:52 AM | Show all posts
Tak mungkinlah PN nak gubal undang-undang yang akan menjerat diri mereka sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2020 01:32 PM | Show all posts
Jemput berikan undi anda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 03:22 PM | Show all posts
Barangkali mereka takut PN tidak ada ahli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 03:36 PM | Show all posts
22 bulan dap wat ape?

fap fap fap ke?

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:37 PM | Show all posts
ksian cai liberal merintih kena tipu ngn Dr M

letih le tu memacai betahun tahun

last2 ditongongkan Dr M

syabas Dr M

majulah Dr M utk macai tongong

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:57 PM | Show all posts
Eh, orang lompat masuk party die sblm ni x bising lak.
Walaupun aku pun x setuju lompat parti ni, tp ayam ni sat lg mmg akan reply dengan jawapan xde kaitan, copy paste, atau pun moga bermanfaat.
Xleh bendung xde akai die ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 06:06 PM | Show all posts
slyfynx replied at 14-7-2020 07:57 AM
Eh, orang lompat masuk party die sblm ni x bising lak.
Walaupun aku pun x setuju lompat parti ni, t ...

PN ketaq lutut bila ada yang mahu cadangkan gubal undang-undang antilompat parti
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 06:47 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 14-7-2020 06:06 PM
PN ketaq lutut bila ada yang mahu cadangkan gubal undang-undang antilompat parti

Ye ke?
Sian mereka kan?
PH xde kaki... hahahaha, lagi sedih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 08:22 PM | Show all posts
slyfynx replied at 14-7-2020 10:47 AM
Ye ke?
Sian mereka kan?
PH xde kaki... hahahaha, lagi sedih

Marilah kita pastikan adanya undang-undang antilompat parti dengan memilih PH di PRU15 akan datang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 10:32 PM | Show all posts
Majoriti bersetuju PN lubuk kaki lompat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 11:04 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 14-7-2020 10:32 PM
Majoriti bersetuju PN lubuk kaki lompat

Sape majoriti ko tu?
Tgk majoriti dalam thread ko pun aku sangsi dah dengan dakwaan ko ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2020 07:40 AM | Show all posts
Jika PN ada integriti, pasti akan mencadangkan supaya undang-undang antilompat digubalkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 10:01 PM | Show all posts
Parlimen digesa gubal undang-undang Anti Lompat Parti
MUHAMMAD AMINNURALIFF | | 16 Julai 2020



SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menggesa Parlimen menggubal undang-undang Anti Lompat Parti bagi menghalang wakil rakyat melompat parti.

Usul yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R Rajiv itu dipersetujui ahli Dewan bagi memastikan wakil rakyat yang melompat parti mengosongkan kerusi DUN atau Parlimen.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim berkata, perkara ini dicapai sebulat suara dalam sidang dewan.

"Rakyat akan marah jika wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya lompat parti dan khianat. Jadi kita menggesa kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang Anti Lompat Parti," katanya pada sidang akhbar di ruang media Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mengulas mengenai perjalanan sidang DUN kali ini beliau berkata, sidang kali ini berjalan lancar.

"Saya memuji sikap ADUN kedua belah pihak, mereka berbahas dalam keadaan profesional dan sekaligus menjaga, mempertahankan maruah dan kewibawaan Dewan Negeri Selangor," katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2020 09:47 AM | Show all posts
DUN S'gor lulus usul desak k'jaan wujudkan RUU antilompat parti
Bernama Diterbitkan 16 Jul 2020, 11:48 pm



Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul mendesak Kerajaan Persekutuan menggubal rang undang-undang antilompat parti.

Usul yang dibawa R. Rajiv (PH-Bukit Gasing) itu adalah bagi menghalang mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti dan ia mendapat sokongan sebulat suara ahli dewan berkenaan.

Sementara itu, Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata usul tersebut diluluskan sebagai gesaan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat melompat parti, mereka perlu mengosongkan kerusi tersebut demi mempertahankan mandat yang diberikan menerusi pilihan raya.

Beliau berkata usul asal yang dibawa oleh Rajiv pada mulanya adalah untuk menggesa kerajaan negeri meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor supaya kerusi ADUN yang melompat parti dikosongkan.

"Sebagai ADUN termasuk saya, (ada kemungkinan) sesiapa pun dipilih dalam mana-mana pilihan raya apabila sampai satu masa, mereka (akan) lompat parti, khianat dan sebagainya dengan alasan tertentu.

"Solusinya hari ini, kita di DUN tidak ada hak untuk ubah undang-undang ini, jadi kita menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang anti lompat parti," katanya kepada pemberita di lobi DUN di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata usul yang dipersetujui itu akan dihantar ke Parlimen dalam tempoh dua minggu lagi bagi diteliti jika ada keperluan untuk digubal.

Pada masa sama, Ng berkata sebanyak enam usul diluluskan sepanjang sidang DUN empat hari yang bermula Isnin lepas iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor, pembasmian kemiskinan, pengurusan sumber air Selangor, penilaian prestasi pihak berkuasa tempatan (PBT), mempercepatkan proses penggantian paip di Selangor serta anti lompat parti.

Mengulas perjalanan sidang kali ini, beliau berkata ia berjalan lancar malah sikap ADUN kerajaan dan blok pembangkang dipuji kerana berbahas secara profesional.

Persidangan DUN Selangor ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

- Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.115150 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list