CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3294|Reply: 32

[Tempatan] Polis siasat kes liwat kanak-kanak tular di media sosial [Update: Bukan insiden

[Copy link]
Post time 14-7-2020 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 14-7-2020 10:31 PM

Polis siasat kes liwat kanak-kanak tular di media sosial
MyMetro Mutakhir


Gambar hiasan

Nor Farhani Che Ad
am@hmetro.com.my


POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki diliwat yang didakwa berlaku di Taman Anggerik di Sungai Petani seperti tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya sudah mengesan pemilik laman sosial berkenaan dan meminta beliau tampil ke Balai Polis Sungai Petani bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Berdasarkan maklumat diberikan, individu berkenaan mengesahkan mengenai kejadian itu.

"Polis sedang cuba mengesan mangsa dan maklumat lanjut akan diberitahu kelak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi laman sosial berkenaan, pemilik akaun terbabit yang juga seorang wanita mendakwa melihat kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh tahun diliwat seorang lelaki di belakang sebuah kontena berdekatan taman permainan di perumahan terbabit.


RAKAM layar pemilik akauan yang mendakwa menyaksikan kejadian liwat membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di Taman Anggerik di sini, semalam. FOTO ihsan PEMBACA

Wanita berkenaan mendakwa bertindak membunyikan hon dengan kuat menyebabkan lelaki berkenaan terkejut dan melepaskan kanak-kanak itu.

Lelaki berkenaan dikatakan cuba melarikan diri namun sempat ditahan penduduk perumahan itu selepas mendengar jeritan wanita berkenaan.

"Terkejut orang-orang lorong Taman Anggerik tu..peliwat tu tinggal di lorong itu juga.

"Lelaki itu dah kena belasah teruk dengan ahli keluarga dia sendiri dan orang-orang Taman Anggerik 'handle' kes tu," katanya.

Wanita itu berkata, mangsa dikatakan melarikan diri berkemungkinan terkejut mendengar jeritannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 3:03 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 04:32 PM | Show all posts
da kata

lgbt mmg pedo
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:37 PM | Show all posts
semoga akak dapat membantu siasatan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:17 PM | Show all posts
get a room la @Kurex weiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Risaunya ada anak lelaki pun tak selamat dari pedo gay.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Binatang nya jantan sialllll tu!!!!budak ko nk liwat...hope dlm jel tu ko plak kena liwat beramai ramai!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
AmandaRollins replied at 14-7-2020 08:37 PM
Binatang nya jantan sialllll tu!!!!budak ko nk liwat...hope dlm jel tu ko plak kena liwat beramai ra ...

Klu di us mmg kucaimars lh ko dlm jailbird

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm aku bca tdi, tiada kes pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 09:37 PM | Show all posts


Bukan insiden liwat


Oleh Nor Farhani Che Ad
bhnews@bh.com.my
SUNGAI PETANI: Polis mengesahkan tiada insiden meliwat membabitkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Anggerik, di sini seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata polis berjaya mengesan suspek yang berusia 17 tahun dan mangsa hari ini.

Beliau berkata, menurut kanak-kanak lelaki itu ketika kejadian, mangsa sedang bermain bersama rakannya sebelum didatangi suspek yang juga berstatus orang kurang upaya (lembam).

"Mangsa mengenali suspek dan ketika kejadian suspek cuba bermain bersama mangsa namun mangsa enggan.

"Ini menyebabkan suspek menarik seluar mangsa hingga terlondeh, mangsa juga bersama rakannya dikatakan bertindak menumbuk suspek sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, kenyataan mangsa turut disokong oleh seorang rakan mangsa berusia tujuh tahun yang turut berada di lokasi kejadian.

Beliau berkata, suspek juga sudah dipanggil dan mengakui insiden yang dinyatakan oleh mangsa.

"Semasa dipanggil untuk diambil keterangan, bapa mangsa dan suspek turut hadir. Berikutan itu kes diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA)," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook mendakwa melihat kejadian seorang kanak-kanak lelaki diliwat di belakang sebuah kontena berdekatan taman permainan di perumahan terbabit.

Pemilik akaun yang dipercayai wanita itu mendakwa bertindak membunyikan hon kenderaannya dengan kuat menyebabkan suspek melepaskan mangsa sebelum suspek ditahan oleh penduduk perumahan itu selepas mendengar jeritan wanita berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Status wanita tu siap ade tagged produk yg dia jual....suspicious betul ye peniaga online zmn skrg ....tdesak nk kumpul followers n pelanggan......
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 14-7-2020 08:51 PM
Klu di us mmg kucaimars lh ko dlm jailbird

Hope kt sini pun dia di kucaimars kan oleh banduan lain...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur akak tu tak tengok semata
Cuma tak sempat ambik budak kecik tu lah
Kesiannya takut kena lagi
ish

Dari zaman dulu kes liwat kanak2 berlaku
I sendiri pernah dengar budak jerit2 nangis dalam toilet sambil mak budak tu yg tgh membawang dgn makcik i cuma kata ayah budak tu tgh mandikan sbb degil takmau mandi
I hairan kenapa mandi pun sakit sbb bdk tu nangis teruk sambil jerit “ayah takmau ayah , sakit , sakit “ camtu

Hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 14-7-2020 09:37 PM
Bukan insiden liwat

Oleh Nor Farhani Che Ad

Lembam rupanyaaa
Tak mustahil bakal meliwat juga suatu hari
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya hasanah hakak. Hahahaha. Patut la baca tadi masa TT memula post dah terdetik musti cerita hasanah.

Subhanallaaaahhhh akak2 sekelian, kalau boleh, jangan la kuat hasanah gini. Sambil2 selit wording Arab satu dua. Sebab tu akak rengsa dan tak husnuzon lansung dengan hakak2 yang dok beralllahu kulu kilir.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 14-7-2020 09:48 PM
Status wanita tu siap ade tagged produk yg dia jual....suspicious betul ye peniaga online zmn skrg . ...

Mesti jenis kuat berallahu kulu kilir juga dalam post.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 10:32 PM | Show all posts
batmana replied at 14-7-2020 09:37 PM
Bukan insiden liwat

Oleh Nor Farhani Che Ad

Thx

dah update tajuk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Abis tu betul ke suspek yg lembam tu kena pukul?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
AmandaRollins replied at 14-7-2020 09:57 PM
Hope kt sini pun dia di kucaimars kan oleh banduan lain...

Kucaimars tu means what? Kena pukul ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 14-7-2020 08:17 PM
get a room la @Kurex weiii

Oitttttt aku bukan macam tu... Tak baik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 03:17 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 14-7-2020 10:14 PM
Mesti jenis kuat berallahu kulu kilir juga dalam post.

makhluk yang kuat berallahu dalam post tu selalu iols jumpa memang jenis kuat menonggeng agama dan kerja membuat citer fitnah ooops larikkk... orang2 lain rilek jah kot takde nak berallahu di setiap posting
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.084868 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list