View: 601|Reply: 0
|
[Tempatan]
Berita biasa. Kerajaan negeri Selangor jual aset Yayasan Selangor
[Copy link]
|
|
ADUN PN bantah jual aset Yayasan Selangor
Oleh Norzamira Che Noh
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Selangor membantah tindakan kerajaan negeri yang ingin menjual 77 aset Yayasan Selangor bernilai RM45.13 juta.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail menyifatkan penjualan aset itu sebagai jalan pintas mendapatkan kecairan tunai yang tidak boleh diterima, selain membelakangkan mandat Yayasan Selangor.
"Sebanyak 77 aset berkenaan membabitkan pelbagai jenis bangunan komersial dan unit rumah di beberapa lokasi berlainan di seluruh Selangor.
"Aset itu ditawarkan dengan nilai RM191,114 hingga RM3.515 juta membabitkan jumlah keseluruhan RM45.13 juta.
"Kami juga memandang serius masalah kewangan, hala tuju dan perancangan strategik Yayasan Selangor termasuk keputusan untuk menjual aset dimilikinya," katanya pada sidang media selepas sesi sidang DUN di sini, hari ini.
Rizam berkata, apa-apa tindakan penjualan aset perlu dibuat secara rasional dengan justifikasi munasabah.
Beliau berkata, pihaknya kecewa kerana tiada usaha konkrit dan mampan ditunjukkan Yayasan Selangor untuk menjana pendapatan syarikat hingga mengambil jalan mudah dengan menjual aset sedia ada terutama melalui Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.
"Kerajaan negeri tidak seharusnya bersikap terburu-buru dan perlu menimbang semula keputusan penjualan aset berkenaan," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|