CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5043|Reply: 24

[Tempatan] IWK lantik 38 agensi untuk kutip hutang. Kemungkinan nama submit ke CTOS

  [Copy link]
Post time 14-7-2020 11:17 PM | Show all posts |Read mode
38 agensi buru penghutang Indah Water
13 July 2020


PETALING JAYA – Indah Water telah mendapatkan perkhidmatan 38 agensi pemungut hutang untuk mengejar bayaran daripada pengguna perkhidmatan pembentungan seluruh negara.

Sinchew Daily melaporkan, nama pengguna isi rumah yang mempunyai tunggakan melebihi enam bulan dan pengguna komersial yang mempunyai hutang lebih tiga bulan akan diserah kepada agensi tersebut.

Selain itu, pengguna yang tidak menjelaskan bayaran secara jangka panjang akan disenarai hitam dalam CTOS dan menyebabkan penilaian negatif semasa mereka memohon pinjaman.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Indah Water Konsortium (IWK), Shahrul Nizam Sulaiman berkata, mereka yang berhutang lebih daripada dua tahun akan menerima surat peguam yang meminta mereka menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Berdasarkan surat yang dihantar IWK, mereka yang gagal menuruti arahan pembayaran dalam surat yang dikeluarkan IWK akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk ditamatkan perkhidmatan pembentungan air, malahan bekalan air.

Ditanya jumlah pengguna yang berhutang dengan IWK, Shahrul Nizam berkata, peratus kutipan yuran pembentungan telah mencecah 90.1 peratus.

Dalam pada itu, jurucakap IWK berkata, pengguna yang mahu nama mereka “diputihkan” bukan sahaja perlu menjelaskan semua hutang, malahan perlu membayar yuran pentadbiran supaya nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.

Jurucakap itu justeru menasihatkan pengguna supaya menjelaskan bayaran sebelum nama mereka disenarai hitam.

“Bayaran pembentungan kami adalah rendah iaitu RM8 sebulan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn mahal pun bill indah water. Nk kasi settle hutang tunggakan indah water ni senang Je, byr Je extra RM 10 sebln. Sethn dah extra bayar 120, kalau 3 thn dah 360. Slowly but surely tunggakan tu akan clear.

Lagipun 10 ringgit extra tu apela sgt boleh buat zmn skrg, tapau mkn 1x je pun habis dah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 11:21 PM | Show all posts
Mak oi! Satu bill, lagipun bukannya mahal sgt, perlu ke 38 agensi??? Siap nak CTOS blacklist lagi tu?????
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ak rs better disatukan bil air dgn pembetungan ni, mcm terengganu buat
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bil IWK utk januari-jun IWK ada hantar ke? Aku kalau bil yg bukan recurrence bulan2, kalau takde bil mmg aku lupa nak bayar. Tau2 dapat bil julai-disember tertunggak dari januari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2020 12:05 AM | Show all posts
yang murah pun ramai yang culas
tapi murah sangat IWK ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2020 08:42 PM | Show all posts
Masalah drastik perlu lah langkah yng tegas.. Kalau kamu rasa ini tindakan yng terlalu tegas. Blh tolong advise kwn2 sikit untuk bayar. 8 ringgit satu bulan, as long kami ada rumah dan makanan setiap hari. Boleh bayar.. Ini I setuju
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apesal la liat sgt nak bayar. Berak pandai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2020 05:51 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 19-7-2020 11:40 PM
ak rs better disatukan bil air dgn pembetungan ni, mcm terengganu buat

Dlu i tgk ntah siapa ada start tred kt sini kata nak gabung...last last ntah knp xjadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 05:54 PM | Show all posts
gekkou replied at 20-7-2020 12:05 AM
yang murah pun ramai yang culas
tapi murah sangat IWK ni

Jgn celupar sgt bang, nanti IWK btul2 naik tariff, mampus. Walaupun murah skrang, tak tau diorang nk naik berapa %. nanti sampai ramai yg susah nk bayar, lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 06:12 PM | Show all posts
misc replied at 20-7-2020 08:56 PM
Apesal la liat sgt nak bayar. Berak pandai.

HAHA ada org berak pun tak pandai. Yg tred lagi satu tu cakap pasal orang yg pandai buat kotor tandas awam XD
Banyak cite kelakar kt dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 08:14 PM | Show all posts
tenkiu! memang padan muka siapa2 yg tak bayar. bukannya mahal sangat pun. berak pandai, bayar tak pandai
Dalah buat macam2 bendasing dalam tandas. Lagi tak bayar. Memang tak respek orang cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 06:52 PM | Show all posts
Soalan saya, kena kena sampai 38 agensi? selalunya bukan ada surat guaman untuk tuntutan tertunggak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 06:54 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 19-7-2020 11:40 PM
ak rs better disatukan bil air dgn pembetungan ni, mcm terengganu buat

Ya btul tu. seingat aku, memang ada cadangan/rancangan untuk satukan dgn bil air. ntah knp dah tak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 06:56 PM | Show all posts
tngk pangai tongong2 ni

bil taik pn x nk byr

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2020 09:21 PM | Show all posts
muhdhazman92 replied at 24-7-2020 06:52 PM
Soalan saya, kena kena sampai 38 agensi? selalunya bukan ada surat guaman untuk tuntutan tertunggak  ...

the more the merrier!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2020 05:46 PM | Show all posts
seemylevel? replied at 24-7-2020 06:56 PM
tngk pangai tongong2 ni

bil taik pn x nk byr

Bersangka baik bang
mungkin mereka berak masuk sungai ke. lobang dlm ladang ke....
sbb tu takde bil IWK
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2020 05:56 PM | Show all posts
najiha_tiha replied at 26-7-2020 05:46 PM
Bersangka baik bang
mungkin mereka berak masuk sungai ke. lobang dlm ladang ke....
sbb tu takde  ...

ya Allah baiknye budak jiha ni

ank spe ni


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2020 05:59 PM | Show all posts
kak tiha tu buat lawak bodoh jer kot??
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2020 09:42 PM | Show all posts
aku rasa si najiha tu memang terlampau baik. muka pun innocent
anyway, bila IWK nak laksanakan CTOS? tau tau jer la. kt mesia ni, cakap jer pandai. time nak buat. hmmm...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.085412 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list