CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 1

[Tempatan] Cadangan penebusan ganti cuti rehat dengan wang tunai dikaji semula

 Close [Copy link]
Post time 15-7-2020 03:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-7-2020 11:37 AM

Selasa, 14 Julai 2020 | 12:08pm



Kajian semula cadangan penebusan awal GCR adalah wajar kerana penebusan awal GCR semasa dalam perkhidmatan tidak menguntungkan penjawat awam, ....Takiyuddin Hassan - Foto hiasan






Sebahagian kakitangan awam yang hadir pada Amanat Menteri Besar Kedah Darul Aman dan Bicara Integriti di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman. - Foto fail NSTP/Sharul






Cadangan penebusan ganti cuti rehat dengan wang tunai dikaji semula
Oleh Fahmy A Rosli
fahmy.azril@bh.com.my






KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula cadangan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) selama 75 hari kepada wang tunai bagi penjawat yang berkhidmat selama 15 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kajian semula itu adalah wajar kerana penebusan awal GCR ketika dalam perkhidmatan tidak menguntungkan kepada penjawat awam.

Beliau menjelaskan, jumlah yang diterima menerusi penebusan awal semasa dalam perkhidmatan adalah jauh lebih rendah berbanding semasa bersara kerana gaji akhir diterima ketika itu lebih tinggi.

"Dasar untuk penebusan GCR selama 75 hari bukan 150 adalah dasar kerajaan sebelum ini. Oleh itu, apabila dikaji semula dasar ini, kerajaan berhasrat untuk membuat kajian semula.

"Saya nak berikan dua simulasi. Sebagai contoh, sekiranya seorang pegawai bergred M54 menebus GCR ini apabila mereka bersara penuh, mereka akan mendapat sejumlah RM55,107.90.

"Tetapi kalau mereka menebus dalam masa perkhidmatan dengan mengambil 75 hari, mereka mendapat RM15,355.05 dan apabila bersara mereka mendapat lagi RM27,553.95. Jumlahnya hanya RM42,909 berbanding kalau mereka ambil ketika bersara penuh," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, masih ada perbezaan jika dibanding antara jumlah diterima waktu bersara dan ketika masih berkhidmat.

"Bezanya mereka rugi RM12,198.90, maka atas dasar inilah kerajaan bercadang membuat kajian semula demi faedah dan kepentingan penjawat awan sendiri," katanya

GCR adalah faedah persaraan yang dibayar kepada pegawai apabila bersara pilihan, bersara wajib atau meninggal ketika dalam perkhidmatan.

Pemberian pencen, ganjaran dan GCR apabila penjawat awam bersara adalah penghargaan kerajaan atas sumbangan bakti sepanjang perkhidmatan dan sumber pendapatan kepada pegawai dan keluarga.

Cadangan penebusan GCR yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 sepatutnya dibayar awal Januari lalu tetapi belum dilaksanakan.

Pada 31 Mei lalu, Presiden CUEPACS, Adnan Mat, dalam kenyataannya menggesa kerajaan menyegerakan proses pindaan Peraturan Pencen 1980 bagi membolehkan penebusan awal GCR dilaksanakan.

JPA pada 6 Februari lalu telah memaklumkan bahawa kerajaan perlu melakukan pindaan ke atas peraturan yang berkaitan Peraturan Pencen 1980 untuk melaksanakan GCR.

Langkah itu supaya pelaksanaan penebusan awal GCR itu dibuat teratur mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.


Sebahagian kakitangan awam yang hadir pada Amanat Menteri Besar Kedah Darul Aman dan Bicara Integriti di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman. - Foto fail NSTP/Sharul Hafiz Zam



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/710498/cadangan-penebusan-ganti-cuti-rehat-dengan-wang-tunai-dikaji-semula


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 08:20 AM | Show all posts
Thread dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1207490

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.106582 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list