CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2911|Reply: 25

[Tempatan] Bila dah sampai masa ajal maut... Arwah suami meninggal 15 minit lepas menunggan

[Copy link]
Post time 15-7-2020 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Tercapai hajat arwah, walaupun hanya 15 minit tunggang motosikal [METROTV]
    myMetro>utama
Zuliaty Zulkiffli



"HAJAT arwah suami tercapai juga walaupun hanya 15 minit dia menunggang motosikal Yamaha R15 terpakai yang baru dibelinya daripada seorang kenalan di Kuantan, Pahang.

"Arwah memang dah lama berhasrat membeli motosikal terpakai itu tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia menangguhkan dulu namun apabila dapat, dia pula pergi buat selama-lamanya, " kata Dalila Zolkofli, 27.

Dalam kejadian Jumaat lalu, dia menemani suaminya, Ahmad Faizal Abdul Ghani, 27, untuk membeli motosikal terpakai berharga RM7,000 yang menjadi idaman daripada rakan arwah di Kuantan.

Dalila berkata, selepas selesai urusan pembelian dilakukan, dia mengekori motosikal suaminya dari belakang dan merakam detik manis suaminya bersama motosikal itu menggunakan telefon bimbit.

"Arwah suami memang seronok dan gembira apabila menunggang motosikal itu untuk pulang ke rumah kami tidak jauh dari situ.

"Dia kemudian hilang dari pandangan apabila kami melalui jalan sesak dan tidak lama kemudian saya nampak orang ramai mengerumuni satu kemalangan tetapi saya tak syak apa-apa sebelum ternampak motosikal suami menyebabkan saya tak sedap hati," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Mawar di Jitra, hari ini.

Dalila berkata, sebaik mendekati kawasan kemalangan di Jalan Permatang Badak, Kuantan jam 1 tengah hari, dia ternampak tubuh suaminya di tepi jalan menyebabkan dia terus memberhentikan kenderaan.

Katanya, dia sempat melihat suaminya memberi reaksi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan tetapi separuh sedar sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun doktor mengesahkan suami meninggal dunia jam 12.20 tengah hari Sabtu lalu akibat kecederaan parah.

"Saya tak sangka dia pergi dulu walaupun kami hanya sempat melayari rumah tangga lebih setahun lalu dan arwah seorang suami yang sangat baik dan suka tolong orang," katanya.

Dia berkata, suaminya yang bekerja sebagai juru x-ray di Kuantan sebelum ini menggunakan Honda EX-5 untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Katanya, rakaman video yang sempat diambil pada hari kejadian adalah kenangan yang akan disimpan untuk selama-lamanya.

"Saya luahkan semuanya menerusi Instagram dan Facebook (FB) isi hati yang terbuku selepas kehilangan arwah namun saya perlu tabah kerana ini semua ujian Allah," katanya.

Jenazah Ahmad Faizal dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Baluh, Pendang jam 4 pagi, Ahad lalu.

Dalila berkata, arwah pernah berkata, kehidupannya kini lengkap apabila dia sudah berkahwin, memiliki rumah sendiri dan dapat membeli motosikal baru walaupun terpakai.

Pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata namun mereka sangat bahagia.

"Kami berdua juga sempat menunaikan umrah bersama keluarga pada Februari lalu sebelum PKP," katanya.



Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 8:19 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
aku menangis juga tgk video ni.. Sedih l
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 10:53 AM | Show all posts
Sedih...
dari seronok-seronok tukar jadi ajal..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Video full ada tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tragisnya kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bergenang air mata tgk video diorg. Tapi tak pasti accident langgar org atau terbabas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiraajiun
Sedihnya laa.. Klu dpn mata tgk suami eksiden tu mesti trauma gila si bini..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiraajiun...takziah kpd keluarga.
sedih dari gembira bertukar duka.hrp isteri dia tabah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:12 AM | Show all posts
Innalillhiwainnailaihirajiun
Takziah buat Pn Dalila
aku terbaca dalam ig erin sakura semalam...sedihnyaaaaaa
siap ckp lengkap hidup dah ada motor tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:14 AM | Show all posts
innalillah... hasil titik peluh dia untuk beli motor... mesti happy sangat bila dapat... tak sangka begini pengakhirannya... iols pun memang takut motor besar2 ni.. yang kecik pun berat ya amat apakan pulak yang macamni.... sekali eksiden memang habis lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:19 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun.
kesiannya
semoga tabah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:31 AM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:35 AM | Show all posts
Innalillah..bila kehidupan sudah lengkap..
Dalila berkata, arwah pernah berkata, kehidupannya kini lengkap apabila dia sudah berkahwin, memiliki rumah sendiri dan dapat membeli motosikal baru walaupun terpakai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:53 AM | Show all posts
ninja 250 dulu aku 2 3 minggu dok pusing2 taman dan kawasan berdekatan dulu
nk biasakan throttle dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 11:54 AM | Show all posts
sedih juga bacanya kt fesbuk..

nmpak semua yg baik2 ajer tentnang arwah...

yg baik2 selalu cepat aja di jemputnya.. sama mcm kes anak menakan iols..

yg jahat x bg napkah anak bini , rogol, lambat pulak matinya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:35 PM | Show all posts
i lebih nak tau apa jadi kat orang yang langgar arwah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:43 PM | Show all posts
tolongla, sapa2 kt sni peminat motor besar sket cc dari kapchai tu..

kalu korg ada somi nk beli motor besar, pastikan dorg mula2 beli baju body armour dulu
baru berapa ratus aja , yg bagi nasihat pun member gune motor camni, dh puas.. dia tgk kwn2 lain maut dah



bukan la bermakna pakai baju ni tak mati, tapi ni usaha utk elakkan parah/maut


beli motor besar,pakai t-shirt aja umpama ko beli kereta enjin besar takde seatbelt
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Mungkin dia blum biasa bw moto besar agaknya
Kesian baca kisah ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.392100 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list