CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4456|Reply: 44

[Tempatan] Tunggu kereta api (bukan KTM Komuter) 6 pagi untuk ke sekolah

  [Copy link]
Post time 15-7-2020 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Tunggu kereta api 6 pagi... [METROTV]
MyMetro Mutakhir



Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my


PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, di Kuala Krai, teruja memulakan sesi persekolahan hari ini, apabila pelajar yang menaiki kereta api sudah menanti pengangkutan utama itu seawal 6 pagi.

Mereka yang tinggal di beberapa kampung termasuk Kampung Bukit Pacak, Kampung Bukit Abu dan Kuala Geris terpaksa menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antarabandar sebagai pengangkutan utama, memandangkan lokasi agak jauh untuk ke sekolah berkenaan iaitu antara 14 hingga 25 kilometer.

Setiap hari, kira-kira 200 pelajar dari SK Dabong dan SMK Dabong akan menggunakan perkhidmatan itu dengan pas bulanan RM8 sebulan.

Pelajar Tingkatan Dua, Tuan Intan Suraya Tuan Ismail berkata, selepas lebih tiga bulan bercuti, akhirnya dia dan rakan-rakan dapat kembali ke sekolah.

Katanya, perasaan hari pertama sesi persekolahan sangat berbeza memandangkan sekian lama bercuti dan dia begitu teruja untuk ke sekolah bertemu rakan dan guru.

"Seawal 5 pagi, saya sudah bangun kerana perlu bersiap dan jam 6 pagi, saya sudah tiba di stesen kereta api untuk ke sekolah.

"Kami yang bersekolah di SMK Dabong memang kebanyakannya menggunakan kereta api kerana tambang yang sangat murah iaitu RM8 sebulan.

"Sangat gembira dapat kembali ke sekolah dan lebih senang apabila dapat berdepan dengan guru, berbanding sebelum ini belajar menerusi dalam talian," katanya.

Rakannya, Siti Alisya Sofea Admi yang juga pelajar Tingkatan Dua berkata, walaupun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia masih belajar seperti biasa menerusi dalam talian, namun ia agak sukar kerana tidak dapat belajar secara berkumpulan.

"Ada perkara yang kita tidak faham dan rasa tidak puas kerana tidak boleh berbincang secara berdepan. Alhamdulillah akhirnya hari ini kami dapat kembali ke sekolah.

"Selain teruja ke sekolah, saya juga agak teruja kerana dapat menaiki kereta api memandangkan lebih tiga bulan tidak menggunakan pengangkutan itu kerana tidak bersekolah," katanya.


SEBAHAGIAN pelajar SMK Dabong teruja memulakan sesi persekolahan hari ini apabila pelajar yang menaiki keretapi sudah menanti pengangkutan seawal jam 6 pagi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Berbeza dengan Safwan Azeeman Mohd Saufi iaitu pelajar Tingkatan Satu, dia nyaris terlepas kereta api kerana terlewat bangun.

"Jika sebelum ini 5 pagi saya sudah bangun namun hari ini 'terbabas' mungkin disebabkan sudah lama bercuti.

"Saya sedar jam hampir 6 pagi dan terus bersiap sebelum bergegas ke perhentian Kuala Geris. Syukur sebaik sahaja saya sampai, kereta api pun tiba," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 9:15 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
wah penat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 15-7-2020 03:49 AM
wah penat tu.

Penat tapi akan ingat seumur hidup..
Nanti boleh la gebang kat anak cucu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgs adik2 ni semua
Sok2 dh bsr majukan tmpt korg ni
Mdhkan generasi2 kemudian

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik jiran kat kg, cikgu stay kat satu pulau di Tumpat, mengajar kat Dabong ni la. Hari2, kena naik bot dari rumah di di Pulau tu ke jeti, then drive gi stesen keretapi, cont naik train gi Dabong.. 3 pagi keluar rumah, 7.30 am sampai sekolah..

Btw, he ditukarkan sbb politik (zaman PM4)
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:13 PM | Show all posts
semoga semuanya jadi insan berguna...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2020 12:32 PM | Show all posts
Moga kesusahan yang dilalui jadi pembakar semangat untuk berjaya dalam pelajaran
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya berkabus.. kalau joging waktu macam ni, memang best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 15-7-2020 12:07 PM
Penat tapi akan ingat seumur hidup..
Nanti boleh la gebang kat anak cucu..

huhu gebang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 15-7-2020 11:49 AM
wah penat tu.

Tapi rm8 tu murah gila berbanding budak2 lain naik bas sekolah or bas mini
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 15-7-2020 01:19 PM
Tapi rm8 tu murah gila berbanding budak2 lain naik bas sekolah or bas mini

baru perasan rm8 sebulan.. mmg murah sgt cuma jarak rumah ke sekolah agak jauh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap.. Klu 6pagi dh terpacak kt situ.. Solat subuhnya kat mana?

Lagi satu.. Awat semua xpakai mask? Concept tawakal badan mmg sentiasa sihat ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2020 02:30 PM | Show all posts
Normabaru replied at 15-7-2020 02:04 PM
Jap.. Klu 6pagi dh terpacak kt situ.. Solat subuhnya kat mana?

Lagi satu.. Awat semua xpakai mas ...

Dabong jauh dari Wuhan konsepnya.


Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 15-7-2020 02:30 PM
Dabong jauh dari Wuhan konsepnya.

Oh ingtkn konsep "too excited to come back to school" hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 15-7-2020 12:12 PM
Adik jiran kat kg, cikgu stay kat satu pulau di Tumpat, mengajar kat Dabong ni la. Hari2, kena naik  ...

Tak tau nk urus kehidupan le tu.....

Knp tak cari rumah sewa kat sebelah sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ui best. Ada kenangan untuk dicerita ke anak cucu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-7-2020 04:40 PM
jazaa100 replied at 15-7-2020 04:24 PM
Tak tau nk urus kehidupan le tu.....

Knp tak cari rumah sewa kat sebelah sekolah?


Mungkin tak sanggup tinggal di luar bandar/pedalaman. Macam cikgu2 tempat aiol, tiap hari gi sekolah, 2 jam setengah, balik 2 jam setengah travel melalui gravel road lenjan keta four wheel memasing pun sanggup kerana tamau tinggal di ulu kampung internet hanat (ni sekolah menengah paling jauh dari pekan, elaun pedalaman 1k).  
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-7-2020 04:38 PM
Mungkin tak sanggup tinggal di luar bandar/pedalaman. Macam cikgu2 tempat aiol, tiap hari gi sek ...

Klu akk...bior le dok pendalaman 5hari...pastu weekend, balik le pekan....2jam setengah tu, alangkah nikmatnya di isi dgn tido.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 15-7-2020 12:12 PM
Adik jiran kat kg, cikgu stay kat satu pulau di Tumpat, mengajar kat Dabong ni la. Hari2, kena naik  ...

br tau kat tumpat ada pulau.
iols otw blk kg selalu nmpk signboard dabong ni. tatau plak bdk2 yg sek sini jauh betul duduknye. takde hostel setempat ke kat kelate?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian adik2 ni 6pg gi skolah dah
Petang baru sampai rumah...
Rutin 5 6 tauun

Kalau skolah rendah lg la pg petang ade skolah
Kuatkan semangat yer....
Nanti dah jadi org, boleh la bangga kesusahan kita dulu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.468425 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list