CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2370|Reply: 22

[Tempatan] CASH ITU BENAR: Denda Sehingga RM 150,000 & Penjara Sehingga 20 Tahun Menant

  [Copy link]
Post time 15-7-2020 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya, 15 Julai – Individu yang didapati memandu dalam keadaan mabuk bakal berdepan denda sehingga RM150,000 dan penjara sehingga 20 tahun jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan di Parlimen.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Jemaah Menteri telah melakukan beberapa pindaan berhubung kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

“Jemaah Menteri pada 24 Jun 2020 telahpun bersetuju secara dasarnya untuk meminda Seksyen 41 hingga 45 secara khusus untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu.

Di bawah Seksyen 44 berkait kesalahan memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan
atau dadah, kerajaan bercadang meningkatkan tempoh penjara maksimum buat pesalah.
“Kita sudah mencadangkan kadar penjara maksimum ditetapkan dari 10 tahun dengan pindaan kepada 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun untuk kesalahan berikutnya.

“Kadar denda yang dicadangkan untuk dinaikkan dari maksimum RM20,000 kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama dan RM150,000 untuk kesalahan berikutnya.

Tegas beliau, Jemaah Menteri turut bersetuju melanjutkan tempoh penggantungan lesen dariapda 10 tahun kepada 20 tahun bagi pemandu mabuk.

Selain itu, pesalah turut berhadapan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

“Seksyen 45(a) juga, memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had, hukuman penjara akan dicadangkan untuk dijadikan hukuman mandatori kepada mereka yang disabitkan kesalahan.

“Amaran kita, kalau sudah mabuk, jangan memandu,” tegas beliau.
Katanya, kerajaan juga mempertimbangkan untuk menurunkan kadar alkohol dibenarkan di dalam badan mengikut syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pindaan itu meliputi pengurangan dari 35 mikrogram (μg) alkohol kepada 22 μg alkohol dalam 100 ml nafas; 80 miligram (mg) alkohol kepada 50 mg alkohol dalam 100 ml darah; atau 107 mg alkohol kepada 67 mg alkohol dalam 100 ml air kencing.

“Sesiapa yang melebihi had ini akan terus dihukum,” katanya.

“Tujuan kita berbuat demikian adalah membendung pemanduan mabuk yang menyusahkan orang lain. Kita jangan biarkan jalan raya kita sebagai jalan maut,” tegasnya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Ucapan mengenai pemanduan mabuk bermula pada minit ke 50:00.

Sumber: RTM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 02:39 PM | Show all posts
bagusss laaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 02:42 PM | Show all posts
dah alang2 usul tu bole tak dari 150k tu letak 10% portion utk mangsa ke..nak harap mangsa fight balik biasanya takde harapan...duit lagi hurmmm.
ke memang law kena buat asing2
i tak reti tapi ni sekadar cadangan ----ecehhhh mcm diorang baca porum plak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 02:44 PM | Show all posts
Baguslah tu.  Kalau nak mabuk pastikan tak memandu mintak orang lain je tolong hantar balik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 15-7-2020 02:42 PM
dah alang2 usul tu bole tak dari 150k tu letak 10% portion utk mangsa ke..nak harap mangsa fight bal ...

Mangsa 90% la.. baru adil
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 15-7-2020 02:42 PM
dah alang2 usul tu bole tak dari 150k tu letak 10% portion utk mangsa ke..nak harap mangsa fight bal ...

Iols percaya depa2 ni baca forum..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2020 02:53 PM | Show all posts
150k? ok la tu dari sebelum ni, kalau boleh hukum gantung terus untuk pemandu mabuk,
kalau tak mampu bayar boleh jadi agen mamasab

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Seret pemabuk atas jalan tar yg berlobang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 15-7-2020 06:53 AM
150k? ok la tu dari sebelum ni, kalau boleh hukum gantung terus untuk pemandu mabuk,
kalau tak mam ...

Sempat lagi promot mamasab
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya ada la jgk perubahan. Harapkan PH 22 bulan asyik pinda jah, buatnya tak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 03:15 PM | Show all posts
bagus, bagus laaaa at least 20 thn RM 150 K , yes lah kete yg hentam org yg tak bersalah pun nampak mampu bayar denda sebanyak itu.

ehhh jap - berapa threshold kepekatan ALCOHOL dalam darah  yg ditentukan as melebihi paras bahaya?

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 15-7-2020 02:53 PM
150k? ok la tu dari sebelum ni, kalau boleh hukum gantung terus untuk pemandu mabuk,
kalau tak mam ...

Chuols mmg sayang mamasab ketat ketat kan..kulu kilir promote mamasab. Obses betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 03:32 PM | Show all posts
‘Penjara mandatori jika kadar alkohol pemandu lebih had’

https://www.malaysiakini.com/news/534477

Ramieza Wahid

Diterbitkan Hari ini 12:55 pm
Dikemaskini Hari ini 12:59 pm



PARLIMEN l Kerajaan bersetuju secara dasarnya untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 khususnya dari Seksyen 41 hingga Seksyen 45 untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menjelaskan pindaan ini bertujuan untuk menjadi satu pengajaran kepada orang ramai supaya mematuhi semua peraturan jalan raya.

“Ketiga-tiga komponen hukuman akan dipinda termasuklah kadar denda, tempoh penjara dan tempoh penggantungan lesen memandu kenderaan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Wee turut berkata kerajaan juga akan meminda had kandungan alkohol yang dibenarkan supaya selaras dengan piawaian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu dengan menurunkan kadar alkohol yang dibenarkan daripada 80 miligram alkohol kepada 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.

Wee menjawab soalan Shahidan Kassim (PN-Arau) yang bertanya mengenai perancangan kerajaan untuk melakukan pindaan terhadap akta sedia ada mengenai isu pemandu mabuk yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta bagi kes yang menyebabkan kematian pula, apakah hukuman mati akan diperkenalkan.

Sementara itu, berkenaan cadangan hukuman mati bagi kesalahan pemandu mabuk menyebabkan kematian, Wee berkata pihaknya berpendapat kes tersebut perlu dibuktikan di Mahkamah dahulu bahawa pemandu mabuk tersebut mempunyai niat untuk membunuh melampaui keraguan munasabah .

“Berkenaan dengan cadangan mengenakan hukuman mati bagi kesalahan menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol, kementerian pengangkutan berpendapat kes melibatkan pemandu mabuk perlulah mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Jika Kanun Keseksaan (Akta 574) digunakan untuk menjatuhkan hukuman mati, ia perlu dibuktikan di mahkamah bahawa pemandu mabuk tersebut mempunyai niat untuk membunuh melampaui keraguan munasabah.

“Memang kita geram, tetapi kita tidak boleh ambil tindakan secara melulu supaya pemandu mabuk ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya lagi.

Menjawab soalan Arau berkenaan jangkaan pindaan akta tersebut, Wee berkata antaranya di bawah Seksyen 44, kadar penjara maksimum akan dinaikkan dari 10 tahun ke 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun bagi kesalahan berikutnya.

“Kadar denda yang dicadang, (akan) dinaikkan dari maksimum RM20,000 sekarang kepada RM100,000. Kesalahan berikut denda RM 150,000.

“Tempoh pergantungan lesen dari 10 tahun kepada 20 tahun,” katanya lagi.

Tambah Wee, di bawah Seksyen 45 pula – memandu dengan kadar alkohol melebihi had- hukuman penjara telah dicadangkan sebagai satu hukuman mandatori jika disabit kesalahan.

“[…] Ini bermaksud kita serius, amaran kita ialah kalau sudah mabuk atau mengambil alkohol jangan memandu. Kami tidak mencabuli hak meminum, tapi kalau dah minum jangan bawa kenderaan yang akan memudaratkan orang lain,” katanya lagi.

Untuk rekod, Seksyen 41 adalah berkaitan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Seksyen 44 dan 45 pula antara lain berkenaan memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 03:41 PM | Show all posts
Bagi la denda tu kepada mangsa atau waris.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 04:03 PM | Show all posts
Semoga dengan pindaan hukuman ini tiada lagi kes pelanggaran daripada pemandu mabuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 05:30 PM | Show all posts
semoga ade perubahan kpd kaki mabok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjara mandatori kan bagus... Minimum 2 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 15-7-2020 02:42 PM
dah alang2 usul tu bole tak dari 150k tu letak 10% portion utk mangsa ke..nak harap mangsa fight bal ...

Rasenye insurans byr pampasan.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahap hukuman.yg sama macam yg di propose oleh Anthony Loke Dap sebelum ini. Ingatkan bila gomen Mulayu Isele naik hukuman.bertambah 30 tahun penjara ka
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts


https://pbs.twimg.com/media/EY9CbAXUEAAuzln.jpg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.250587 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list