CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1044|Reply: 5

[Tempatan] Kerajaan setuju kurangkan yuran di universiti awam – Noraini

[Copy link]
Post time 15-7-2020 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan setuju kurangkan yuran di universiti awam – Noraini
By Mohd Zaini Samsu Hadi



Datuk Dr Noraini Ahmad.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan kadar yuran mahasiswa di universiti awam termasuk bayaran perkhidmatan dan aktiviti sehingga 15 peratus.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambilkira keupayaan kewangan kerajaan dan universiti berkenaan.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dengan maklum balas yang diterima daripada pelajar, ibu bapa dan pihak berkepentingan apabila mahu yuran di universiti awam dapat dikurangkan.

“Dalam hal ini, KPT membuat rundingan dan perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan hasilnya, kerajaan bersetuju mengurangkan kadar yuran asrama, perkhidmatan dan aktiviti sehingga 15 peratus,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang bertanya sama ada kerajaan menyediakan inisiatif bagi mengurangkan yuran pengajian pelajar UA yang terkesan akibat Covid-19.

Noraini menambah, pengurangan yuran bagi semester kedua untuk sesi akademi 2019/2020 pelajar itu adalah membabitkan peruntukan sebanyak RM72 juta.

Jelasnya, daripada jumlah itu, sejumlah RM20 juta dipersetujui bersama Kementerian Kewangan dan baki RM52 juta menggunakan peruntukan dalaman universiti awam menerusi penjimatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seramai 523,318 pelajar unversiti awam di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada keputusan ini,” ujarnya.

Pada 27 Mei lalu, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) meminta KPT mengkaji yuran pengajian semester IPT bagi penuntut yang terkesan akibat Covid-19.

Menurut MPPK, ketika pelaksanaan PKP, hampir 80 peratus penuntut sudah kembali ke rumah masing-masing dan tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan di universiti.

Susulan itu, KPT menjalankan kajian bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2020 05:07 PM | Show all posts
yuran PJJ out campus -  pun bg kurang sekali 25% huhuhu



Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah walaupun aku tak masuk u awam, aku dapat masuk kolej awam.. takde kena bayar apa2, takde pinjaman. Masa tu zaman Najib. elaun dapat, perkakas belajar dapat, kediaman dapat, makan 3 kali sehari (setiap hari) dapat.. yuran cuma kena bayar 60 hengget tiap sem. Tapi kena cerca dgn kawan aku yg dapat masuk u awam. Yg penting sekarang aku takde hutang kerajaan, berbanding dia tengah takde kerja & kena bayar ptptn..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah education free hmpir jd nyata
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 12:38 AM | Show all posts
yang bantuan RM200 tu tak dapat lagi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 15-7-2020 11:01 PM
tolong jgn politikkan isu yuran disini. meluat k!

Meluat dgn diri sendiri ke? Dah teruk kau perhambakan diri dekat politik.. jijiknya aku dekat manusia hamba politik.. nak muntah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049335 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list