CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2364|Reply: 28

[Tempatan] Di Selangor, 5 kes suami jadi mangsa dera. Kena penumbuk sedas dgn bini. Reject

[Copy link]
Post time 16-7-2020 08:23 AM | Show all posts |Read mode
5 kes suami jadi mangsa dera isteri sepanjang PKP di Selangor
Bernama -
July 15, 2020 11:32 PM


SHAH ALAM: Selangor merekodkan 5 kes keganasan rumah tangga membabitkan suami menjadi mangsa sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 3 Mei lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri, Siti Mariah Mahmud berkata semua mangsa berumur 18 hingga 60 tahun itu didera isteri secara fizikal dan emosi.

“Mangsa kelima-lima kes ini membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kita dapati ia berlaku dalam tempoh PKP,” katanya di lobi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Bagaimanapun, beliau percaya jumlah kes keganasan rumah tangga membabitkan mangsa dalam kalangan suami di Selangor sebenarnya lebih daripada yang dilaporkan.

Ini kerana, katanya, kebanyakan mangsa tidak membuat laporan atas pelbagai sebab, termasuk malu, tidak mahu digelar dayus serta masih menyayangi isteri.

“Semasa PKP, saya juga menerima laporan seorang suami cedera di mata akibat ditumbuk isteri, tetapi kita hanya dapat bagi bantuan tempat perlindungan, berikutan mangsa tidak mahu membuat laporan.”

Beliau menasihatkan mangsa keganasan rumah tangga tidak malu membuat laporan supaya bantuan susulan dapat diberikan agensi berkaitan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkahkah kena penumbuk sedas punnnnn nak report
Yg bini korang jadi punching bag golongan bewak idop tuh aman2 je juai nasik lemak tepi jalan takde pulak korang kesahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya pernah satu tempat kerja dengan sorang akak asal Rawang. Dia sendiri cerita dia pernah terajang pinggang suami pertama dia kerana geram bekas suami dia tu main kayu tiga.

Sekarang akak tu dah kawin lain. Memang nampak garang. Tapi baik hati dan pemurah. Masih bertanya khabar sekali sekala. Raya haji ni dia jemput ke rumah makan-makan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 08:43 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 16-7-2020 08:45 AM
Ini kerana, katanya, kebanyakan mangsa tidak membuat laporan atas pelbagai sebab, termasuk malu, tidak mahu digelar dayus serta masih menyayangi isteri.

ko memang jantan dayus pun, taknak mengaku pulok
mat saleh panggil, simp @ beta male


Bagaimanapun, beliau percaya jumlah kes keganasan rumah tangga membabitkan mangsa dalam kalangan suami di Selangor sebenarnya lebih daripada yang dilaporkan.

betul la nih. thirsty beta male is everywhere
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagussss... asyik kes laki dera bini je.. biar bini tibai laki pulak..jgn lemah bila laki pukul buat tak tau.. kau lawan balik macam tinju
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ang ni TT.. Saja nak bagi panas dipagi hari yg sejuk ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2020 09:00 AM | Show all posts
Saya percaya suami tu terlalu baik sebenarnya, jenis tidak pernah meninggikan suara pada anak anak mahupun isteri dia.

Sama seperti seorang kawan saya..pinggan mangkuk terbang dan dia juga pernah ditetak oleh isteri dia menggunakan pisau dapur di bahagian peha dan lengan dan pernah tidak dibenarkan masuk rumah. Terpaksalah dia memanjat dinding rumah dan masuk melalui tingkap dapur...ni jenis townhouse kitchen di first floor.



Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dengan laki aku amalkan prinsip keadilan dalam rumah tangga. Kalau aku tak puas hati dengan dia memang aku kerjakan dia.. sambil warning.

Kilas tangan ke, macam sparring tu.. tapi takdelah tumbuk penerajang bagai. Kita nak mendidik bukan nak membelasah pun. Anak aku kalau nampak, dia  pun macam nak join sambil gelak2. Ingat kelakarlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 16-7-2020 08:29 AM
Kahkahkahkah kena penumbuk sedas punnnnn nak report
Yg bini korang jadi punching bag golongan bewak ...

Kannn Acikkk....

Yg bewak ni selalunya dorang yg dera bini...pelik betul...bini masih tgu lg....
yg kena dera dgn bini ni selalunya yg baik, mgkin sbb pkp, keja tak de....duit pun tak de....bini pun jd singa.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Di kelilingi oleh perempuan/isteri dan lelaki/suami normal.  So the stereotype is there.  Jadi x dpt imagine otherwise.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:18 AM | Show all posts
adoiiii..mcam2 la
dpt laki baik bini pulak mcm singa
dpt bini baik laki pulak mcam harimau

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:26 AM | Show all posts
rasakan kuasa penerajang wanita! aaaakkk uwoo uwooooo......
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:28 AM | Show all posts
alah bukan mati pun....  ko jantan ke tidak.. sikit2 tu padan muka je lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboii penumbuk bini kuat mana je ....x tau la kalau bini tu join muay thai mcm mamat mindef seluar senteng haritu....kihkih....

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang jantan ka perempuan ka didera mental emosi akak tetap simpati. Sebab ada kelig akak gini la. Ujung2 bini pi kongkek dengan jantan lain. Dah selamat cerai. But still baik ati bagi bini dan suami baru tinggal di rumah dia (dia tinggal di kampung), dan DIA BAYAR BULANAN TANPA MINTAK SESEN PUN DARI BINI DAN LAKI BARU. Korang boleh hadam tak? Gila tak gila?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:41 AM | Show all posts
mamasab pulak macam mana yer? ada tak termasuk dalam individu yang di laporkan di atas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 09:46 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 16-7-2020 09:35 AM
Orang jantan ka perempuan ka didera mental emosi akak tetap simpati. Sebab ada kelig akak gini la. U ...

manusia ni klu baik mmg baik
smpai tak masuk dek akal
mcm tu jgk klu jahat
gila jahat smpai tak boleh masuk dek akal jgk
yg kes ni sama la dgn bini
yg laki perangai mcm mana jahanam pun
setia tunggu
lps tu pok pek pok pek bising blkg laki
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 16-7-2020 09:46 AM
manusia ni klu baik mmg baik
smpai tak masuk dek akal
mcm tu jgk klu jahat

Betul la tu. Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:24 AM | Show all posts
kesian....

tapi lagi kesian klu wife yang kena dera...tapi still setia kat laki tak guna...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang ada tika bila isteri lebih educated..lebih berduit..jawatan lagi besar..malah segala2 melebihi si suami..sedangkan suami ni jenis biasa2..jadinya rasa hormat si isteri tu hilang pada suami. Isteri jadi lebih dominan.

Contohnya ada depan mata aku skrg ni hah. Time kerja pun..leh on the phone marah laki dia beria2. Si laki ni baik orgnya..kerja dreber jer. Si ppuan gaji lagi besar. Kadang aku geram..asal dia nak stat marah laki dia kat tepon..aku terus panggil dia suh buat keje. Pernah skali dia cerita dia tumbuk laki dia sbb laki dia tak buat apa yg dia nak. Aku skrg macam tertunggu bila pulak dia nak ngadu kot2 laki dia tumbuk dia pulak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.070230 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list