CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9648|Reply: 61

[Tempatan] Update: Dibangkit di Parlimen #62, KPKT dan KPN TIADA HALANGAN #59, #55. Kerana

  [Copy link]
Post time 16-7-2020 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 20-7-2020 12:25 PM

Keluarga Adib akan tuntut ganti rugi terhadap polis
admin 1 hour ago



KELUARGA anggota bomba yang maut ketika menjalankan tugas, Muhammad Adib Mohd Kassim akan menuntut ganti rugi terhadap pilihak polis.

Menurut peguam yang memakili keluarga itu, Mohd Kamaruzaman A Wahab, tuntutan dibuat terhadap kegagalan pihak polis mengawal kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 sehingga menyebabkan kematian Muhammad Adib.

“Kami akan mulakan tindakan sivil terhadap polis dalam masa terdekat. Saman ini bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis mengawal keadaan pada hari kejadian yang kemudiannya menyebabkan kematian Adib,” katanya Mohd. Kamaruzaman.

Memetik laporan FMT, Mohd. Kamarulzaman memaklumkan perbincangan dengan pihak keluarga sedang berjalan bagi mengambil tindakan sivil tersebut.

Dalam kejadian awal pagi 27 November dua tahun lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya mendapat kecederaan parah dalam rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Beliau meninggal dunia pada 17 Disember tahun itu selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Mohd Kamaruzaman berkata, pihak peguam bela dan keluarga Muhammad Adib masih berpegang pada pandangan dengan keputusan Mahkamah Koroner 27 September 2019 bahawa punca kematian anggota bomba itu akibat dipukul.

Mahkamah Koroner pada 27 September tahun lepas memutuskan Adib menemui ajal akibat perbuatan pihak ketiga yang menyerang dan memukul beliau dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 itu.

Koroner Rofiah Mohamad yang mendengar inkues kematian anggota bomba itu memutuskan perkara itu setelah berpuas hati dengan keterangan saksi sepanjang prosiding.-SM

Single Polls, Total 22 Users voted
54.55% (12)
45.45% (10)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2020 04:59 PM | Show all posts
Keyword di sini adalah:
Saman ini bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis mengawal keadaan pada hari kejadian yang kemudiannya menyebabkan kematian Adib
Menurut saya, kes ini pasti akan lebih panjang kerana campur tangan politik.

Tetapi hasilnya keluarga Adib akan gagal dalam tuntutan ganti rugi ini kerana adalah sukar untuk membuktikan kecuaian pihak polis ini.

The burden of proof adalah pada peguam yang mewakili keluarga Adib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 05:00 PM | Show all posts
Keluarga Adib mahu mulakan tindakan sivil terhadap polis
Faiz Zainudin -July 16, 2020 2:23 PM



PETALING JAYA: Peguam mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim berkata, pihaknya berpegang pada pandangan sebelum ini bahawa punca kematian anggota bomba itu akibat dipukul dan ia selaras dengan keputusan Mahkamah Koroner 27 September 2019.

Mohd Kamaruzaman A Wahab berkata, kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador bahawa sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar menyatakan melihat Adib dipukul sebagai bercangah dengan dapatan Mahkamah Koroner.

“Kami masih berpegang kepada pandangan sebelum ini (bahawa Adib dipukul) .Tindakan ketua polis negara adalah bercanggah dengan dapatan koroner dalam inkues,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas kenyataan terbaru KPN berhubung status kematian Adib.

Kamaruzaman berkata, pihak keluarga juga akan memulakan tindakan sivil terhadap polis.

“Kami akan mulakan tindakan sivil terhadap polis dalam masa terdekat. Saman ini bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis mengawal keadaan pada hari kejadian yang kemudiannya menyebabkan kematian Adib,” katanya sambil memaklum perbincangan dengan pihak keluarga juga sedang berjalan.

Isnin lalu, Abdul Hamid berkata, sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Adib dipukul.

Abdul Hamid berkata, kesemua keterangan yang diperoleh pihaknya adalah bersifat dengar cakap dan juga pendapat.

Bagaimanapun katanya, usaha-usaha mengenal pasti pelaku jenayah masih dijalankan, jika ada.

“Beberapa isu perlu disiasat dengan lebih lanjut ekoran daripada keputusan inkues yang mengatakan Adib dipukul dan diserang oleh 2 orang atau lebih.

“Sekiranya benar berlaku serangan seperti yang dinyatakan berdasarkan pendapat saksi dan pendapat seorang pakar, pastinya wujud kesan serangan.

“Pasukan siasatan masih lagi memperhalusi perkara ini bagi mendapatkan suspek sebenar atau sebarang petunjuk yang akan memungkinkan tangkapan,” kata Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Abdul Hamid menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan bahawa polis tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.

“Tidak ada fakta yang terpesong, tidak benar dan menyimpang dalam sidang media yang dibuat. Segala fakta yang diberikan adalah hasil siasatan dan dapatan terkini. Ia bukan untuk menyanggah hasil daripada keputusan inkues,” katanya.

Pada sidang media 10 Julai lalu, Abdul Hamid juga berkata, lanjutan keputusan inkues itu, siasatan dijalankan dengan memanggil semula kesemua 30 orang saksi yang terlibat semasa siasatan inkues.

Selain itu, 52 saksi baru direkod percakapan oleh pihaknya.

“Siasatan juga dibuat dengan memanggil 2 orang pegawai bomba yang berada di tempat kejadian berhampiran dengan arwah.

“Tetapi pegawai terbabit secara konsisten mengatakan tidak nampak orang yang memukul arwah. Jadi, tiada keterangan yang dapat mengaitkan arwah dibunuh.

“Pakar dari Institut Jantung Negara (IJN) juga sudah hadir dirakam percakapan dan memperakui arwah Muhammad Adib tidak dapat berkomunikasi secara efektif,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, 10 Julai lalu.

Abdul Hamid berkata, pihaknya juga mengambil semula keterangan salah seorang saksi dalam perbicaraan inkues yang mendakwa melihat Adib dipukul.

Bagaimanapun katanya, ketika keterangan direkodkan beliau memberitahu perkara sebaliknya.

Polis akan mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menubuhkan pasukan petugas bagi meneliti testimoni pakar pathologi berhubung kematian anggota bomba itu.

Mahkamah Koroner pada 27 September tahun lepas memutuskan Adib menemui ajal akibat perbuatan pihak ketiga yang menyerang dan memukul beliau dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 pada 27 November 2018.

Koroner Rofiah Mohamad yang mendengar inkues kematian anggota bomba itu memutuskan perkara itu setelah berpuas hati dengan keterangan saksi sepanjang prosiding.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 05:03 PM | Show all posts
Ketua Polis Negara telah berulang lagi tegaskan, TIDAK ADA saksi yang melihat Adib dipukul.

Jika dengan pejelasan Ketua Polis Negara pun masih ada orang tidak percaya, tak tahu nak kata apa lagi.

Maaf cakap, macam berbahas dengan golongan anti-vaksin la pula rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 05:35 PM | Show all posts
Mana nak nampak, waktu malam gelap gelitaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 05:37 PM | Show all posts
Saman ini bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis mengawal keadaan pada hari kejadian yang kemudiannya menyebabkan kematian Adib

Mohon maaf, bukan saya tidak sensitif, tetapi cuba mengupas isu ini dengan lebih objektif.

1. Bukan tugas anggota polis untuk menjadi babysitter kepada anggota bomba
2. Keadaan semasa itu volatile dan banyak kejadian yang sukar dikawal
3. Bukanlah pihak polis menjadi penyebab secara langsung kematian Adib

Tuntutan ini lebih kepada respon emosional yang ditiup oleh orang politik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2020 05:37 PM | Show all posts
kasihan pd keluarga arwah
rasanya keluarga lebih pd lepas geram
sbb 1 ketika ini lah isu yg org ckp tiap hari
supaya kematian arwah terbela
tiba2 kena terima hakikat
mcm takde apa jadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 05:43 PM | Show all posts
Berulang kali KPN terangkan:

Tiada saksi yang benar-benar nampak Adib dipukul – KPN
By Wartawan Malaysia Gazette - 13 July 2020
https://malaysiagazette.com/2020 ... k-adib-dipukul-kpn/

Kes Adib: Keputusan inkues tak mengikat siasatan polis, kata IGP
Diterbitkan 13 Jul 2020, 9:37 pm
https://www.malaysiakini.com/news/534227

  • Tujuan inkues adalah mencari maklumat (boleh bersifat hearsay / khabar angin) bukan fakta

  • Siasatan polis adalah mencari fakta (perlu ada pembuktian dan disahkan)

  • Kadangkala maklumat dengan fakta boleh berbeza (tidak semestinya bercanggah)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2020 05:47 PM | Show all posts
Soalanya yang perlu difikirkan...

Siapa yang menanggung kos guaman untuk tuntutan ini?

Sudah pasti kosnya mungkin akan memcecah ratusan ribu kerana pasti akan lama dan kompleks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 05:51 PM | Show all posts
Keluarga Adib kesal kenyataan KPN
AHMAD ISMADI ISMAIL | | 12 Julai 2020



SHAH ALAM - Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang didakwa tidak menghormati dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.

Dalam kenyataan bersama peguam keluarga Allahyarham Muhammad Adib hari ini memaklumkan barisan peguam telah diarahkan oleh bapa Allahyarham Adib untuk menjawab dan membetulkan fakta-fakta terpesong, tidak benar serta menyimpang yang diungkapkan oleh Abdul Hamid.

"Adalah tidak adil untuk Abdul Hamid merumuskan kononnya tiada keterangan yang dapat mengaitkan arwah Muhammad Adib dibunuh, hanya kerana dua orang pegawai bomba yang bersama Adib pada malam kejadian mengatakan mereka tidak nampak apa yang berlaku," katanya.

Menurutnya, Abdul Hamid cuba menggambarkan kononnya Allahyarham Muhammad Adib tidak diserang kerana tiada kesan kecederaan mempertahankan diri pada tubuhnya.

"Dakwaan ini sudahpun dijawab dengan jelas di dalam inkues dan tindakan Abdul Hamid menimbulkan semula perkara ini menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak meneliti dan tidak faham kronologi kejadian kes ini berdasarkan keterangan dan bukti-bukti yang ada," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Mahkamah Koroner telah memberikan dapatannya tentang punca dan sebab kematian Allahyarham Adib.

"Memandangkan keputusan tersebut tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak melalui proses rayuan atau semakan yang sah, maka ianya adalah kewajipan polis untuk menjalankan siasatan bagi mencari siapakah dia 'dua atau lebih orang' yang menyebabkan kematian arwah Muhammad Adib.

"Justeru itu, kami dengan tegas menolak sebarang keperluan untuk siasatan semula punca kematian kononnya melalui satu 'pasukan kajian semula'" katanya.

Peguam keluarga Allahyarham Adib terdiri daripada Mohd Kamaruzaman A Wahab, Ahmad Taufiq Baharum, Syazlin Mansor, Mohd Zubir Embong, Mohd Tajuddin Abd Razak, Ahmad Lutfi Awang, Mohammed Zamri Ibrahim dan Yahaya Othman.

Barisan peguam itu turut memaklumkan keluarga Allahyarham Muhammad Adib meletakkan harapan yang sangat tinggi agar PDRM menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh dan telus bagi mencari dan menangkap pembunuh arwah Adib sesuai dengan dapatan terperinci Mahkamah Koroner yang mengesahkan bahawa arwah mati dibunuh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 06:07 PM | Show all posts


Terima kasih kepada yang telah sudi mengundi.

Setiap undi anda adalah rahsia, saya sangat hormat dan menghargai privasi pengundi dan juga followers saya yang telah mencapai 10 muka surat.

Pengundi yang bertuah akan dihubungi dan diberi hadiah misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut lama2 org naik menyampah plak dgn kes ni..kpd family beliau n dgn arwah2 skali org fedup
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 06:32 PM | Show all posts
terkedu semua acik bawang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 06:39 PM | Show all posts
Keluarga Adib tolak penubuhan pasukan kajian semula
By Norlaile Abd Rahman - 12 July 2020



Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk membentuk pasukan petugas baru untuk memeriksa kembali semua aspek kematian anggota bomba berkenaan.

"Perlu ditekankan di sini bahawa Mahkamah Koroner telah pun memberikan dapatannya tentang punca dan sebab kematian arwah Adib.

"Memandangkan keputusan tersebut tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak melalui proses rayuan atau semakan yang sah, maka ia adalah kewajipan pihak polis untuk menjuruskan siasatan bagi mencari siapakah dia “dua atau lebih orang” yang menyebabkan kematian arwah Adib, dan bukannya mempersoalkan semula punca kematiannya lagi sama ada dibunuh atau tidak, sebab hal tersebut telah pun selesai diputuskan mahkamah.

"Justeru itu, kami dengan tegas menolak sebarang keperluan untuk siasatan semula punca kematian kononnya melalui satu “pasukan kajian semula'," kata keluarga Adib dalam satu kenyataan melalui peguam mereka hari ini.

Abdul Hamid sebelum ini mencadangkan penubuhan pasukan petugas untuk menyiasat semula semua aspek kematian Adib dan mengatakan bahawa pasukan petugas itu akan memusatkan perhatian kepada para saksi.

Abdul Hamid berkata polis akan mencadangkan untuk membentuk pasukan petugas ini kepada Kementerian Dalam Negeri kerana terdapat pendapat yang bertentangan dari dua ahli patologi yang telah melakukan bedah siasat ke atas Adib.

Polis juga telah memanggil 31 saksi dari inkues dan sebanyak 52 saksi baru telah memberikan keterangan mereka, kata Hamid.

Ketua polis negara itu berkata setakat ini, tidak ada seorang pun saksi yang dapat memberitahu polis bahawa mereka melihat Adib dipukul semasa rusuhan itu.

Namun, keluarga Adib menafikan bahawa polis telah memanggil semula semua 31 saksi dari inkues tersebut kerana ayah Adib tidak pernah dipanggil oleh polis untuk mendapatkan keterangannya, selain daripada beberapa saksi utama yang lain.

"Ini menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan siasatan dan sebaliknya memberikan alasan kononnya telah menemui jalan buntu, berbohong kononnya telah ‘exhausted all means’, tanpa mengerahkan usaha yang sebenar-benar untuk mendapatkan keadilan untuk Adib," kata kenyataan itu.

Keluarga Adib juga mengatakan bahawa tidak adil bagi IGP untuk mengatakan bahawa tidak ada saksi yang dapat mengesahkan Adib dibunuh, atau mengatakan Adib tidak diserang hanya kerana tiadanya sebarang kesan kecederaan mempertahankan diri pada tubuh badannya.

Jelas keluarga Adin, perkara itu telah dijelaskan dalam inkues tahun lalu.

"Dakwaan-dakwaan ini sudah pun dijawab dengan jelas di dalam inkues dan tindakan KPN menimbulkan semula perkara ini menunjukkan PDRM tidak meneliti dan tidak faham kronologi kejadian kes ini, berdasarkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang ada," kata mereka.

Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Disember 2018, setelah mengalami kecederaan ketika bertugas di lokasi rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya kira-kira sebulan sebelumnya.

Pada 27 September tahun lalu, koroner Rofiah Mohamad dalam memberi keputusan telah mengaitkan kematian Adib dengan tindakan jenayah yang dilakukan oleh dua atau tiga penyerang yang tidak dikenali.

Mahkamah juga telah menerima teori bekas ketua forensik Hospital UKM Dr Shahrom Abdul Wahid bahawa Adib mengalami kecederaan parah ketika dia tersepit di antara pintu kenderaan bomba.

Ia menyimpulkan bahawa pintu kenderaan telah beberapa kali menghempap Adib dengan penyerang menendang pintu berulang kali.

Rofiah juga mengatakan bahawa berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh saksi, termasuk N Suresh, mahkamah telah menetapkan bahawa sekitar 20 hingga 30 orang telah menyerang mangsa.

Susulan keputusan Mahkamah Koroner, yang diadakan bagi menentukan penyebab kematian Adib, polis telah membuka kembali penyiasatannya terhadap insiden tersebut sebagai siasatan kes bunuh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 06:44 PM | Show all posts
Di bawah ini bukti serta dalang-dalang yang mempolitikkan kematian Adib

Inkues kematian Adib bukan modal politik
Jumaat, 18 January 2019 @ 2:59 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bukan-modal-politik

Inkues Adib: Ummah anjur perhimpunan di mahkamah esok
Diterbitkan 26 Sep 2019, 6:18 pm
https://www.malaysiakini.com/news/493442

Ummah mahu demo kali ketiga untuk Adib
Haspaizi Zain Diterbitkan 28 May 2019, 1:43 pm
https://www.malaysiakini.com/news/477678

Kematian Muhammad Adib: UMNO desak tubuh RCI, pecat Waytha
Firdaus Azil, Astro Awani | Diterbitkan pada Disember 21, 2018 19:38 +08 | Durasi: 1 minit, 13 saat
http://www.astroawani.com/berita ... pecat-waytha-194157

Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 06:47 PM | Show all posts
Jangan guna isu Adib untuk menghasut..

TPM: Melayu, Cina atau India, jenayah tetap jenayah
27 September 2019



Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan bahawa keadilan harus ditegakkan tanpa mengira kaum orang yang melakukan kesalahan.

“Jenayah tetap jenayah, tidak kira Melayu, Cina atau India,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah koroner yang menyiasat kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas.

Kata Wan Azizah insiden yang menimpa Muhammad Adib tidak melibatkan isu perkauman.

Beliau juga berharap kejadian itu tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Ia (kes kematian Adib) bukan kes rasisme, justeru kalau salah, sesiapa pun dia tetap salah. Kita mahukan keadilan.

“Jangan juga kita politikkan isu Adib dan menghasut agar menjadi satu isu perkauman,” katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Rahmah 2019 (KR19) di Dataran Putrajaya hari ini.

Mahkamah koroner hari ini memutuskan kematian Muhammad Adib, 24, sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Muhammad Adib yang telah cedera parah akibat serangan tersebut disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 17 Dis 2018.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2020 06:59 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 16-7-2020 11:37 AM

Let me straight to the point:

  • UMNO dan PAS telah memperkudakan arwah Adib dan keluarganya untuk menimbulkan kebencian terhadapan Pakatan Harapan.

  • Collateral damage-nya semangat perkauman semakin meningkat

Soalan saya, manusia jenis apakah yang sanggup jadikan tragedi kematian dan perasaan keluarga arwah sebagai tunggangan politik?

Saya harap ada yang berani bantah point-point yang saya bentangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini tindakan yg btol, saman pihak polis sbb dapatan koroner court tempohari mmg secara khusus meletakkan kegagalan Polis antara 2 punca kematian Allahyarham Adib, selain kemungkinan perbuatan jenayah 2 atau lebih perusuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 16-7-2020 05:37 PM
Mohon maaf, bukan saya tidak sensitif, tetapi cuba mengupas isu ini dengan lebih objektif.

1. B ...

Beg to differ, tindakan saman ni mmg wajar bagi aku
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 07:12 PM | Show all posts
bukan tomie tomas ke yg langgar adib?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.076886 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list