CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I.am.PH

[Tempatan] Update: Dibangkit di Parlimen #62, KPKT dan KPN TIADA HALANGAN #59, #55. Kerana

  [Copy link]
Post time 17-7-2020 11:10 AM | Show all posts
tugas polis adalah menjaga keselamatan awam, pada hari kejadian, polis ada di tempat tersebut, so, polis cuai, patut disaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 17-7-2020 09:49 AM
kesian family arwah
smoga kematian arwah mendpt pembelaan yg sewajarnya

Insyaallah Abah Mahiaddin sbg PM yg baik akan memastikan Aahyarham Adib terbela
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 16-7-2020 06:59 PM
Let me straight to the point:



Exactly..

Spatutnya family adib saman je pmimpin pas/umno  sbb mempolitikan kematian anak mereka hingga menimbulkan ketegangan antara kaum
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 12:38 PM | Show all posts
Dah banyak kali bagi tau yang Tommy Thomas tak ada kait mengait dengan kononnya tiada orang yang didakwa pada kes ini pasal Polis pon tak dapat kenal pasti sapa yang serang arwah Adib

Tapi geng2
@kemaruk
@harizs
@dizekni
@harisbee
@sarah82

mati2 dengan hasutan & tuduhan melulu & rasis iaitu Tommy Thomas adalah kelly ng DAP yang tak mau dakwa kelly ng yang lain

Camno sekarang?

Kebenaran dah tersembur ... ada malu ka? Lu worang tak tau malu ka?

Tapi orang macam kemaruk akan jawab
- ko ni pengkhianat melayu
- ko ni talibarut DAPig yang nak hancurkan melayu
- hidup melayu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 17-7-2020 12:38 PM
Dah banyak kali bagi tau yang Tommy Thomas tak ada kait mengait dengan kononnya tiada orang yang did ...

Whatever la pengkhianat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2020 01:00 PM | Show all posts
Sekali lagi saya bertanya...
Manusia jenis apakah yang sanggup jadikan tragedi kematian dan perasaan keluarga arwah sebagai tunggangan politik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg adib dibunuh kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2020 02:09 PM | Show all posts
Pelbagai reaksi netizen di ruang komentar FB...

Ada yang rasional, ada yang beremosi, ada yang rasis dan tak kurang juga yang menyalahkan DAP.

Bukti rakyat Malaysia berbelah bagi dalam kes ini.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 02:20 PM | Show all posts
sarah82 replied at 17-7-2020 12:46 PM
Whatever la pengkhianat.

Translation : aku , sarah82 , tak mau terima kebenaran & hakikat pasal aku ni rasis

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 17-7-2020 02:20 PM
Translation : aku , sarah82 , tak mau terima kebenaran & hakikat pasal aku ni rasis

Lantak la aku nak terima kenyataan ka tak.. Ikut suka aku.. Yg aku tau ang tu pengkhianat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan mengikut segala saluran yang ada

majoriti rakyat di belakang keluarga arwah Adib

hanya rayKat yang buta tuli sokong pembunuhan
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 17-7-2020 02:42 PM
Teruskan mengikut segala saluran yang ada

majoriti rakyat di belakang keluarga arwah Adib

Btol, bertindak ikut saluran dan lunas undang2 yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 05:38 PM | Show all posts
Kes ni blarutan sbb cmpur tgn politik!!! Sesiapa pun memetintah mesti susah juga nk bawa ke tengah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 06:55 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 17-7-2020 06:58 PM
dizekni replied at 17-7-2020 02:42 PM
Teruskan mengikut segala saluran yang ada

majoriti rakyat di belakang keluarga arwah Adib

Tak ada sapa sokong pembunuhan

Yang bersalah patut kena hukum pasal arwah Adib jalankan tugas dia sebagai penjawat awam

Tapi pasal apa segelintir kat sini macam ko tak habis2 klaim Tommy Thomas adalah kelly ng DAPig yang tak mau dakwa geng kelly ng dia?

Bukan kah ni tuduhan & hasutan rasis bermotifkan politik yang langsung tak berdasarkan fakta?

Ni pon kenyataan Tommy Thomas
No stone will be left unturned when the police submit the investigation papers (IP) on the death of firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim, said Attorney-General Tommy Thomas.

“That is our promise,” he said in a statement this afternoon.

Geng ko , sarah82  dah konfom , apa jadik pon DAPig & kelly ng Tommy Thomas tetap salah

Apa pendirian ko pulak?

@sarah82
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2020 08:26 PM | Show all posts
PDRM sedia terima tindakan sivil
Jumaat, 17 Julai 2020 @ 5:49 PM



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menerima tindakan sivil daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada berbuat demikian.

"Sesiapa yang tidak berpuas hati mempunyai hak untuk bertindak demikian.

"Perlembagaan dan undang-undang memberi hak itu (mengambil tindakan sivil)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan keluarga Muhammad Adib mahu mengambil tindakan sivil terhadap PDRM bagi menuntut ganti rugi berhubung insiden yang menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Bapa arwah, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, dilaporkan berkata, kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih biarpun reda dengan pemergiannya.

Malah, pihaknya juga mahu menuntut ganti rugi kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Abdul Hamid sebelum ini.

Pada 27 September tahun lalu, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Susulan itu, PDRM memulakan siasatan semula selepas mendapat arahan daripada Peguam Negara dan sudah merakam semula keterangan 30 saksi yang sebelum ini tampil ketika inkues kematian Muhammad Adib serta 52 saksi baharu.

Abdul Hamid dalam kenyataan pada 13 Julai lalu, menyangkal dakwaan keluarga Muhammad Adib bahawa PDRM tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner itu.

Katanya, tiada fakta yang terpesong, tidak benar dan menyimpang dalam sidang media yang dibuat oleh beliau pada 10 Julai lalu yang menyatakan tiada seorang pun saksi melihat Muhammad Adib dipukul termasuk dua anggota bomba yang berada dekat dengan Allahyarham.

Menurutnya, sehingga kini siasatan kes itu tidak pernah ditutup dan masih lagi diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2020 08:44 PM | Show all posts
Bila hati sudahn gelap, respon KPN pun mereka sakit hati.

Boleh baca dikomentar pembaca FB.

Kali ini tidak ada pula ahli politik keluarkan kenyataan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2020 10:08 PM | Show all posts
[youtube]4koZXf92_08[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 01:30 PM | Show all posts
PDRM tunggu saman keluarga Adib
Sabtu, 18 Julai 2020 @ 12:23 PM



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menunggu saman yang dikemukakan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya menunggu saman berkenaan untuk dikaji tindakan selanjutnya.

"Apalah yang nak (ingin) saya cakapkan. Cuma, saya tunggu sajalah saman tersebut untuk dikaji tindakan selanjutnya," katanya kepada Harian Metro.

Semalam, keluarga Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, dilaporkan berkata, kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih walaupun reda dengan pemergiannya itu.

Isnin lalu, Abdul Hamid berkata, sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Adib dipukul.

Hamid berkata, kesemua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat dengar cakap dan juga pendapat.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2020 08:53 AM | Show all posts
KPKT serah kepada keluarga Adib untuk saman polis
Bernama | Diterbitkan pada Julai 20, 2020 05:09 +08 | Durasi: 1 minit, 39 saat



IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk mengambil tindakan sivil bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata keluarga Muhammad Adib berhak mendapat keadilan di atas kematiannya.

"Keluarga Muhammad Adib tidak berjumpa dengan saya, cuma dia (keluarga) dan rakyat inginkan keadilan bagi Adib.

"Kita tidak tahu sebab kematian, sebab itu kita perlukan keadilan," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini pada Ahad.
Jumaat lalu, media melaporkan keluarga Muhammad Adib akan mengambil tindakan sivil bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba berumur 24 tahun itu pada 17 Dis 2018 setelah parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
Ditanya sama ada KPKT menyokong tindakan keluarga Muhammad Adib itu, Ismail berkata pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada undang-undang.

Menyentuh mengenai cadangan KPKT untuk meningkatkan kadar elaun tugasan anggota bomba bantuan, beliau berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat kementerian.

Tanpa mengulas hasil perbincangan itu, Ismail berkata kenaikan elaun tersebut adalah wajar kerana anggota bomba terbabit menjalankan kerja kira-kira lapan jam sehari dengan elaun RM6 sejam berbanding pasukan lain seperti Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang mendapat RM8.

"Kita bukan nak mendesak kerajaan, kita tahu kerajaan perlukan kewangan tetapi atas tanggungjawab kita sebagai kementerian, maka kita wajar membela pasukan bomba bantuan ini," katanya.

Bulan lepas, Ismail berkata KPKT akan membawa cadangan meningkatkan kadar elaun tugasan anggota bomba bantuan untuk dibincangkan di peringkat kabinet.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2020 08:57 AM | Show all posts
Komentar menarik dari pembaca...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.061762 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list