CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10402|Reply: 52

[Tempatan] Yes... lubuk baru untuk kroni jadi kaya, hasilnya diragukan! Menteri: Program ba

  [Copy link]
Post time 18-7-2020 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 18-7-2020 06:18 AM

Menteri: Program baru akan diperkenal ganti PLKN, BTN
Diterbitkan Hari ini 1:19 pm



Kerajaan akan memperkenalkan satu program baru yang bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam diri rakyat, bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN), yang dimansuhkan kerajaan terdahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Yusof berkata, struktur baru bagi program berkenaan sedang dimuktamadkan, dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.

“Kita (kerajaan) sedang memuktamadkan struktur itu sendiri. Adakah kita nak wajibkan (seperti PLKN) ataupun kita ambil wakil dari setiap institusi (seperti pelajar, wakil rakyat dan sebagainya). Kita belum muktamadkan sukatan latihan itu sendiri dan siapakah yang wajib ataupun yang digalakkan hadir ke program ini.

“Harapan saya pengisian bagi program baru ini dapat dibentangkan sebelum Dewan Rakyat berakhir, supaya kita boleh jawab apa yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Zon 5 (Kelantan, Terengganu dan Pahang), yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab di Kota Bharu, hari ini.

Pada majlis berkenaan 12 pegawai APM menerima Anugerah Penkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 dan 14 orang menerima watikah pelantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM.

Ditanya adakah program baru berkenaan akan menyerupai program yang dilaksanakan BTN, Mohd Redzuan berkata, ia akan menggabungkan sukatan dan latihan yang diterapkan di dalam PLKN dan BTN, membabitkan modul patriotisme, Perlembagaan, kenegaraan dan penyatuan kaum.

“Kita lebih kepada membina semangat patriotisme, lebih kepada mahu mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu di negara kita ini, menerusi Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya.

Sebelum ini Ahmad Maslan (PN-Pontian) ketika berucap di Parlimen, memohon agar kerajaan menghidupkan kembali program dan agensi kerajaan yang dimansuhkan kerajaan terdahulu, seperti PLKN, BTN dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

-Bernama

Single Polls, Total 35 Users voted
71.43% (25)
28.57% (10)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2020 02:05 PM | Show all posts
Mari kita lihat apa komentar netizen...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 02:13 PM | Show all posts
Sekadar renungan...
PLKN; Lubuk duit
June 24, 2008 at 11:42 pm · Filed under Rasuah



PLKN, satu program yang amat baik utk membentuk remaja kita yg semakin hanyut.

Malangnya, semakin lama, PLKN semakin hancur.
Saya adalah antara ribuan jurulatih perintis PLKN, saya bermula daripada kump 1, siri 1/2004 semasa di IPTA lagi sehingga berundur pada kump 3, siri 4/2007.

Kenapa saya berhenti PLKN?

1. Saya tidak mau lagi terlibat dgn rasuah di kalangan pegawai2 tentera dalam kem PLKN dari hirarki tertinggi iaitu Komandan, Timb Komandan Pengurusan dan Timb Komandan Latihan. Rasuah sangat berleluasa. Masalah bas tak datang ke lokasi utk khidmat komuniti, masalah makanan tercemar, masalah dobi tak bersih dan busuk.. dan banyak lagi.. adalah disebabkan rasuah yg menjadi amalan bersama pegawai2 tentera ini dengan kontraktor.

Rumah masak di kem saya pernah disita selama hampir 2 minggu kerana 51 org pelatih keracunan makanan – makan ayam busuk. Kenapa ayam busuk? Kenapa sayur berulat? Kenapa buah dan kuih mengecil? Sebab tukang beli dan tukang masak hanya dapat bajet ciput utk beli stok mentah makanan disebabkan terdapat ‘persinggahan’ bajet di peringkat JLKN, pentadbiran kem dan juga kontraktor.

Kenapa bas tak mau datang amik budak2 pegi lokasi khidmat komuniti? Kenapa bas yg datang takde aircond, buruk, cermin pecah, takde permit? Sebab berlakunya ‘persinggahan’ bajet dari peringkat atasan hingga ke pentadbiran kem dan kontraktor bas. Satu pagi sedang saya menguruskan pelatih2 yg nak keluar khidmat komuniti, tiba2 bas tak datang. Saya call kontraktor, tanya kenapa tada mari? Dia jawab sebab payment kumpulan lepas pun belum dapat lagi. Siapa punya kampeni bas? Dato Nabil iaitu pemilik kepada Nakiwa Sdn Bhd. Sapa Dato Nabil? Cari la sendiri..

Macam tu jugak dgn dobi.. ah ceritanya sama je..

Menteri yang berkenaan iaitu seorang menteri yang bakal jadi PM kita tak lama lagi setelah peralihan kuasa dibuat oleh PakDolah, berkata pada tahun 2007 “kita akan buat tender terbuka utk PLKN”. Ooohh!! Sebelum ni tender tertutup la??

2. Saya sudah JELAK dengan perangai GILA KUASA pegawai2 tentera dalam kem dan juga di Tingkat 10 Menara TH Selborn, termasuk yang dah pun ada title (B) di nama masing2.

Tahun lepas saya dan kawan2 juruletih buat aduan ttg salah laku komandan kem saya.

Read carefully. SALAH LAKU KOMANDAN KEM SAYA.

Bukan salah laku saya.

Tapi apa yg kami dapat?

Kami dipersalahkan 100%. Saya hampir dibuang daripada PLKN, tapi saya amat bersyukur kerana belum sempat mereka membusukkan nama saya, saya telah buat keputusan utk berhenti sendiri terlebih dulu. Saya dapat tahu ttg misi dan niat hendak membuang saya dari PLKN, setelah saya buat keputusan utk berhenti. Saya tau kerja sapa, tak lain tak bukan dialah Timbalan Komandan Latihan di kem millennium, beranang iaitu Lt Kol (B) Shamsuddin bin Thani. Sebab dia ambil alih sementara tugas Mejar Sakir masa buat TOT KJ hujung tahun 2007.

Baru sebentar tadi saya dapat call drp kawan saya, yang pernah buat aduan ttg Shamsuddin Thani ke pihak atasan JLKN pada awal tahun 2008. Mereka buat aduan sbb PLKN di kem millennium dah jadi PLKS (Program Latihan Khidmat Shamsuddin).

Setelah mereka buat aduan, mereka dicampak keluar daripada kem millennium dan mereka pun menghuni kem2 lain.

Tadi, mereka dapat surat tamat perkhidmatan berkuatkuasa pada 25 Jun 2008. Hari ini, hari mereka dapat surat ni adalah 24 Jun 2008.

GILA! KEJAM!! TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!!!

3. Objektif PLKN ada 5, dan 4 modul utama PLKN yang menjadi pemangkin kepada 5 objektif berkenaan. 4 modul utama:

* Modul Fizikal
* Modul Kenegaraan (KN)
* Modul Pembinaan Karakter (CB)
* Modul Khidmat Komuniti (KK)

Tapi sekarang, semuanya dah kena CANTAS. Modul Kenegaraan paling teruk kena cantas disebabkan lambakan modul2 yang masuk di antaranya:

* Integrasi / Silang Budaya
* Jenayah
* Kewangan
* Sastera & Budaya (PPSB)
* ni nak masuk pendidikan seks pulak..

Akibatnya daripada 36 LDK, tinggal 5 atau 6 LDK je yg dapat dijalankan di kem2.

Modul KK pulak dah takde maknanya lagi. Kalau dulu tahun 2004, kami pulun mencari agensi yg dipanggil ‘Sahabat Negara’ utk pastikan modul berjalan lancar dan pelatih dpt kesedaran dalam 4 elemen utama modul KK.

Tapi sekarang, dah jadi modul jalan2 makan angin.

Pegi muzium, pegi majlis sambutan sana sini.. Pegi pameran..

Pegang cangkul tak boleh, cabut rumput x boleh, sapu sampah tak boleh.. cat kerb tak boleh.. pegang pongkes tak boleh.. kikis lumut kat dinding tandas awam tak boleh..

Apa gunanya buat modul KK kalo semua tak boleh buat.. nak manjakan aje pelatih baik tak payah buat PLKN. duduk je bkepit bawah ketiak mak masing2.

Saya fed up dengan ini semua. Add ons – jurulatih2 baru yang jadi jurulatih sebab susah nak dapat kerja lain. Hatinya tak ada utk mendidik pelatih2 ni. Sekadar nak mengisi poket aje. GAGAL. Lembab, nak senang, banyak komplen. Fed up! Fed up!

Tolonglah sesiapa buat sesuatu utk selamatkan remaja kita.. sebab PLKN dah tak relevan lagi…
Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 02:17 PM | Show all posts
Cukup banyak pemberitaan di internet mengenai PLKN horror stories of misused of power, rasuah, kontrak yang tidak telus, keselamatan pelatih yang terancam yang membuatkan banyak bekas pelatih mengundi Pakatan Harapan tempoh hari.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 02:25 PM | Show all posts
Apa yg function buat segala ni? Rakyat x perlukn plkn btn bagai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 02:33 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 18-7-2020 10:28 AM

FYI...

Saya tidak mengikuti PLKN kerana mendapat tawaran masuk ke Universiti

Kebanyakkan rakan-rakan saya yang terpaksa ikut program PKLN komplain seperti berikut:

1. Keselamatan tidak terjamin
2. Pengajar dan pentadbiran yang terang-terangan rasis tidak sensitif dengan pelatih non-Malay dan non-Muslim
3. Pelaksanaan modul yang ala kadar
4. Pengajar, pentadbir dan fasilitator yang mengambil kesempatan kepada pelatih perempuan
5. Rasuah dalam pelbagai bentuk dipraktikkan, contohnya jika hendak balik ke rumah kena bayar atau lakukan sesuatu dahulu baru dilepaskan
6. Latihan ala ketenteraan yang tidak masuk akal untuk remaja belasan tahun
7. Perkhidmatan sokongan yang luar biasa dirasuahkan (bas buruk, tidak ada permit, perabot yang usang, makanan yang kualiti penjara, peralatan yang disediakan bawah standard dan macam-macam lagi)
8. Untuk survive, pelatih belajar untuk mengampu pengajar, pentadbir dan fasilitator
PLKN : Kaji, Tangguh Atau Batal?



Jangan buat keputusan syok sendiri. Jangan buat tindakan tanpa mengambil tahu apa yang rakyat rasa mengenai PLKN ini.

Baru2 ini kita dikejutkan sekali lagi dengan seorang pelatih PLKN mati dalam kem latihan. Kes dipercayai kes dera. Mati dibunuh. Ini menjadikan kita sudah ada 22 kes kematian sepanjang PLKN di laksanakan.

Harus di ingat, kematian adalah salah satu cabang masalah. Salah satu. Selain dari kematian kita juga dihadapkan dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam PLKN iaitu;

1. Kes buli + dera.

2. Kes mengandung ketika dalam PLKN ataupun selepas balik PLKN ** [terpencil]

3. Kes rogol + ganguan seksual. Ada yang dilaporkan ada yang tidak dilaporkan.

4. Kes pegawai pelatih hantar surat2 cinta kepada pelatih2 perempuan.

5. Kes kecacatan kekal.

6. Kes keracunan makanan.

Bayangkan. Untuk anak yang kita jaga dan tatang dengan penuh kasih sayang, dengan berat ahti hantar dia ke satu program yang kita rasa belah bahagi, tapi akhirnya perasaan belah bahagi kita itu dimuktamadkan dengan kematian anak sendiri, adakah itu boleh diterima?

Pada saat ibu dan bapa benar2 mahu menghalang pemergian anak2 masing2 tapi mereka tak mampu untuk mengubah suasana, akhirnya terpaksa berat ahti menerima anak kesayangan mereka mati dalam PLKN. Itu kalau mati. Kalau yang kena cabul? Kalau yang kena buli dan dera sehingga menganggu psikologi budak2 itu, macam mana?

Kita boleh faham. Ini memang salah anak2 kita sendiri yang terlibat dengan zina dan seterusnya mengandung dan terberanak. Kita boleh salahkan diri kita kerana sikap anak2 kita yang gagal kawal tingkah laku mereka. Tapi adakah kita boleh terima anak2 kita yang baik, yang bukan budak jahat, mati dalam kem tahanan kerana kes buli?

Mana2 ibu bapa pun takan boleh terima.

Sebab itu kerajaan perlu buka ruang untuk kita kaji semula mengenai PLKN di Parlimen. Baru2 ini MP Pas ada membawa usul berkaitan bagi membincangkan permasalahan2 yang berlaku dalam PLKN tetapi ia ditolak oleh speaker. Berkali2 PAS bawa isu tersebut dan berkali2 pula speaker tolak. Atas alasan2 yang tidak munasabah bahkan karut marut.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 18-7-2020 06:37 AM
I.am.PH replied at 18-7-2020 06:17 AM
Cukup banyak pemberitaan di internet mengenai PLKN horror stories of misused of power, rasuah, kontr ...


Cakap banyak takda guna ayam.. Bekas bos ko di  PH jga termasuk dlm golongan ni.

Sbgai bekas pelatih, aku bangga dpt join. Makan sedap, aktiviti best, kawan ramai, merasa masuk kem2 tentera, penjara & paling best penyebab I lost 20kg selama 3 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni menteri kereta terbang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 18-7-2020 06:33 AM
FYI...

Saya tidak mengikuti PLKN kerana mendapat tawaran masuk ke Universiti


Bukti mana bukti..
Setakat hearsay & dengar drp yg tak puas hati kena reject penangguhan baik tak payah..
T***k betul ko ni ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 02:50 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 18-7-2020 06:59 AM

Budget datang dari mana? Dari langit kah?

Bukankah wang ini dapat disalurkan kepada sistem pendidikan yang sedia ada?

Bolehlah baca mengenai PLKN di Wikipedia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pr ... dmat_Negara#Masalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 02:52 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 18-7-2020 10:16 AM

Jika kita google, "BTN rasuah" atau "PLKN rasuah"

Bertaburan berita penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kalangan pelaksana BTN dan PLKN ini.

Kenapa perlu sediakan lubuk rasuah?

[youtube]ykWt_2f2wyE[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 03:25 PM | Show all posts
selama ni xde PLKN kita ok je
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung lah dah ada projek untuk kroni... Ini yang kita mahu demi kelangsungan politik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 04:09 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 18-7-2020 10:13 AM

[youtube]71PjpTTouTw[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ok je asalkan bkn dap haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahdavas replied at 18-7-2020 02:25 PM
Apa yg function buat segala ni? Rakyat x perlukn plkn btn bagai

Boleh buang passport malaysia and malaysia kau
Pastu leh p duduk mana mana pulau yg kau suka and buat kerajaan sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 18-7-2020 02:33 PM
FYI...

Saya tidak mengikuti PLKN kerana mendapat tawaran masuk ke Universiti

Kepala hotakk kau la cina gampang
Ko cina gampang mmg la
Genggeng student cina bila suh p plkn semua kata x mau p and bahi alasan nak masuk universiti
Tapi masuk uni pom x guna sbb jadi sampah dlm.negara macam ko nihhh
Sejenis s

Comments

abang dodol tidak suka bahasa awak  Post time 20-7-2020 10:44 PM
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 18-7-2020 02:50 PM
Budget datang dari mana? Dari langit kah?

Bukankah wang ini dapat disalurkan kepada sistem pendid ...

Kerajaan ada jer duit
Guanneng menteri cap ayam tu ke kata Malaysia bankrupt sampai pelabursemua tak nak invest dlm.malaysia
Sampai harga komoditi merudum
Yeri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2020 06:03 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 18-7-2020 10:55 AM

Semoga kita dapat berfikir secara rasional

Pelatih PLKN lahirkan bayi dalam tandas, bayi meninggal dunia
Bernama | Diterbitkan pada Jun 19, 2013 23:07
http://www.astroawani.com/berita ... ninggal-dunia-16771

Mangsa rogol saman kerajaan Malaysia, jurulatih PLKN
[04/08/2006]
http://arkib.harakahdaily.net/ar ... jurulatih-plkn.html

Kenyataan media mangsa rogol PLKN
admin 10/30/2009
http://kerabubersuara.blogspot.c ... gsa-rogol-plkn.html

Isu Samseng Di Kem PLKN : 2 Geng Pelatih PLKN Gaduh, 27 Orang Ditahan
Okt 2012
https://www.wanista.com/2012/388 ... h-27-orang-ditahan/

Pelatih PLKN didakwa bunuh rakan asrama
Bernama | Diterbitkan pada Oktober 07, 2013 15:25 +08
http://www.astroawani.com/berita ... -rakan-asrama-23408

Pelatih PLKN dakwa diliwat rakan
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dakwa-diliwat-rakan

Tiga Pelatih PLKN Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Muhammad Suhaimi
Rabu, 25 September 2013 12:00 AM
https://www.mstar.com.my/lokal/s ... an-muhammad-suhaimi

20 jurulatih PLKN didapati lakukan gangguan seksual
Published 10 Oct 2005
https://www.malaysiakini.com/news/41584


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 18-7-2020 02:52 PM
Jika kita google, "BTN rasuah" atau "PLKN rasuah"

Bertaburan berita penyalahgunaan kuasa dan rasu ...

Semua org dlm famili aku pergi btn and Plkn
Aku ulang yer semua famili aku pergi btn and plkn
Takde apa masalah pon happy je enjoy jer masuk universiti jugak result pon cemerlang jer takde pon bagi excuse x nak pergi plkn n


Eh cina babi and cina gambpang ko tak.suka malysia ko boleh berambus

Comments

abang dodol komplen bahasa awak  Post time 20-7-2020 10:44 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.120165 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list