CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3937|Reply: 10

Fakta sebenar mengenai Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan

[Copy link]
Post time 25-7-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Dalam mengejar dan mengecapi kehidupan yang lebih berkualiti, adalah penting untuk kita berusaha menikmati hidup dengan mengambil dan meneroka peluang mendatang sebaiknya.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang tidak berbaloi untuk diambil risiko. Sebagai contoh, tekanan yang tidak sepatutnya berlaku kepada kita sekiranya tidak mempunyai insurans/takaful kesihatan dan perubatan. Justeru itu, sekiranya kita dilindungi secukupnya oleh insurans/takaful, ia memberi keyakinan bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada orang yang tersayang.

Walaupun penjagaan perubatan dan rawatan di hospital kerajaan secara umumnya adalah berpatutan, purata rakyat Malaysia seringkali memilih untuk mendapatkan rawatan daripada hospital swasta, yang dilihat sebagai lebih baik serta masa menunggu yang lebih pendek.

Bagaimanapun, kos perubatan telah meningkat pada kadar melebihi 12% setahun, menjadikan ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Oleh itu memiliki insurans/ takaful perubatan adalah satu keperluan pada hari ini. Namun, ketika ini kadar penembusan insurans hayat di Malaysia adalah sekitar 41%. Ini menjadikan ia sangat kritikal untuk rakyat Malaysia memahami keperluan mendapatkan perlindungan.

Sebelum memilih perlindungan yang diperlukan, adalah lebih baik untuk memahami dengan lebih jelas asas insurans/takaful itu sendiri. Dengan pelbagai terma industri yang wujud pada ketika ini, konsep insurans/ takaful dan cara ia diperkenalkan mungkin agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Bagi membantu anda, kami telah menyenaraikan beberapa terma utama yang akan anda temui dalam usaha mencari perlindungan insurans/takaful yang paling sesuai dengan keperluan anda.

1. Kad Perubatan

Secara umumnya, perlindungan insurans/takaful perubatan individu menawarkan kemudahan kad perubatan untuk kemasukan ke hospital.

Terdapat pelbagai jenis produk perlindungan di mana ia boleh bermula daripada perlindungan komprehensif sehingga ke perlindungan yang mesra bajet dan termasuklah bayaran untuk pembedahan, bilik, bayaran caj berkaitan wad (bilik pembedahan, peralatan, ubatan dan perkhidmatan hospital, bius, rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital dan bermacam lagi).

Kad perubatan menyediakan perlindungan insurans/takaful kepada anda. Apabila kad perubatan dikemukakan, pihak hospital akan menghubungi dan memaklumkan kepada syarikat insurans/pengendali takaful mengenai kemasukan, diagnosis dan rawatan yang ditetapkan. Syarikat insurans/pengendali takaful akan menyemak dan setelah kelayakan perlindungan disahkan, surat jaminan kepada hospital akan dikeluarkan bagi perbelanjaan yang dijangkakan.

Kad ini sering membantu keperluan untuk membayar deposit yang tinggi dan memfailkan tuntutan selepas anda menyelesaikan pembayaran. Bagi kes-kes bukan kecemasan, anda boleh menjimatkan masa dengan mendapatkan surat jaminan hospital anda daripada syarikat insurans/pengendali takaful beberapa hari sebelum kemasukan ke wad.

Sementara itu, bagi perlindungan perubatan yang disediakan oleh majikan, kebanyakan orang membuat kesilapan dengan berfikir mereka tidak perlu membeli perlindungan insurans/ takaful kesihatan tambahan kerana percaya mereka sudah ‘dilindungi’. Apa yang mereka tidak sedar ialah perlindungan itu mungkin terhad (dari segi had dan rawatan harian). Dalam situasi begini, adalah lebih bijak untuk anda mendapatkan insurans/takaful kesihatan tambahan bagi menjamin anda dilindungi daripada sebarang bayaran tambahan yang mungkin berlaku.

2. Hospital Panel

Kad perubatan yang anda daftar mempunyai senarai hospital panel. Anda perlu mendapatkan perkhidmatan di hospital panel yang telah disenaraikan untuk menikmati kemudahan jaminan insurans /takaful tersebut.

3. Premium/Sumbangan

Ini adalah bayaran/sumbangan yang dibuat kepada syarikat insurans atau pengendali takaful yang perlu ditanggung/ disumbangkan oleh pengguna, sama ada dia telah menemui doktor atau menggunakan mana-mana manfaat yang ditawarkan oleh syarikat insurans/ pengendali takaful. Premium insurans/sumbangan boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan atau tahunan. Bergantung pada syarikat insurans/ pengendali takaful, pilihan pembayaran premium/ sumbangan tahunan boleh memberi penjimatan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

Menggunakan jadual di lampiran sebagai contoh, disini terdapat beberapa senario mengenai jenis skim yang tersedia untuk dua orang dewasa muda tanpa syarat tersedia; Lelaki berusia 25 tahun yang mendaftar untuk potongan sifar pelan MHE150 dan dijangkakan bayaran premium/sumbangan bulanan ialah RM89.50. Polisi/ sijil ini mempunyai had tahunan sehingga RM1 juta dan tiada had sepanjang hayat.

Sementara itu, seorang wanita berusia 29 tahun yang memilih pelan MHE150 dengan potongan sebanyak RM500 mempunyai perlindungan yang sama tetapi membayar premium/ sumbangan kurang iaitu kira-kira RM78 sebulan atau RM936 setahun.

4. Had sepanjang hayat dan tahunan

Ini adalah jumlah maksimum yang boleh dituntut daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda sepanjang hayat selagi polisi / sijil anda masih aktif dengan syarikat insurans/ pengendali takaful. Apabila had sepanjang hayat anda tamat, sebarang kos perubatan lanjut tidak lagi akan dilindungi. Jumlah had maksimum sepanjang hayat mungkin berbeza, bergantung kepada pelan / penanggung insurans yang dipilih. Sebaliknya, had tahunan adalah amaun maksimum (seperti yang dinyatakan dalam pelan pilihan anda), dimana anda layak menuntut untuk satu tahun polisi/sijil anda

5. Tanggungan sendiri (Deduktibel)

Ia adalah sejumlah wang yang ditanggung sendiri oleh anda sebelum perlindungan sebenar anda bermula. Syarikat insurans/pengendali takaful hanya akan menampung kos yang melebihi amaun tangungan sendiri (deduktibel). Sebagai contoh, kebanyakan pelan pada hari ini disertakan bersama pilihan sifar atau tangungan sendiri (deduktibel RM500). Pelan tangungan sendiri (deduktibel) sifar bermaksud anda tidak perlu membayar apa – apa ketika kemasukan ke hospital dan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh penanggung Insurans/ pengendali takaful.

Sementara itu, dengan pelan tangungan sendiri (deduktibel) RM500, anda hanya perlu membayar RM500 daripada keseluruhan amaun bil manakala bayaran selebihnya akan ditanggung oleh penanggung insurans/pengendali takaful anda.

Kelebihan memilih pelan tangungan sendiri menjadikan insurans/takaful kesihatan anda lebih murah dan bayaran premium bulanan anda adalah 10 - 20 % lebih rendah berbanding pelan tanggungan sifar


6. Satu Pelan mandiri vs Pelan tambahan

Pelan perubatan mandiri berfungsi seperti insurans berpenggal di mana anda akan dilindungi selagi anda membayar premium/ sumbangan anda. Sebaliknya, pelan insurans perubatan tambahan adalah sebahagian daripada polisi insurans hayat/sijil takaful keluarga asas yang kebiasaannya merupakan suatu polisi/sijil Insurans/Takaful berkaitan pelaburan (ILP). Lumrahnya, kos pelan insurans perubatan tambahan adalah lebih rendah berbanding pelan perubatan mandiri.

Walau bagaimanapun, jumlah kos keseluruhan anda akan lebih tinggi disebabkan perlindungan insurans hayat/takaful keluarga adalah tambahan yang disertakan bersama ILP.

7. Jaminan Pembaharuan

Selagi pembayaran premium dibuat tepat pada masanya dan anda ingin melanjutkan polisi insurans, syarikat insurans diwajibkan memperbaharui polisi anda (dengan syarat anda belum melebihi had tuntutan sepanjang hayat dan anda belum mencapai umur kelayakan maksimum untuk perlindungan).

8. Pembaharuan Tidak Terjamin

Ini bermakna polisi/sijil anda diperbaharui setiap tahun, tertakluk kepada kelulusan syarikat insurans/ pengendali takaful. Sebagai contoh, jika anda diserang oleh penyakit yang mungkin berulang pada masa akan datang, syarikat insurans/pengendali takaful mungkin memutuskan untuk tidak memperbaharui polisi/sijil anda. Apabila anda ingin mendapatkan insurans/takaful yang baru, anda perlu memaklumkan keadaan kesihatan anda sebelum ini. Ia akan menyebabkan premium/sumbangan anda menjadi lebih tinggi atau dalam sesetengah kes penyakit tertentu mungkin dikecualikan daripada perlindungan. Atas sebab-sebab ini, polisi/ sijil di bawah pembaharuan tidak terjamin adalah lebih murah.

Membeli insurans/takaful perubatan mungkin merumitkan dan sukar. Oleh yang demikian, nasihat daripada penasihat profesional adalah diperlukan. Oleh itu, lebih banyak yang anda pelajari, maka ia akan menjadikan keputusan pembelian insurans/ takaful anda lebih baik.

* Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2020 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you for the info. Thoughtful of u. Yes, now tanpa insurance jgn harap dpt keselesaan utk medical treatment.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk dgr cite yg org tak ready nak amik insurance / takaful sbb company dah ade personal and family plan. Time still employed ok lah but let say keje sampai umur pencen or resign awal, tiber org tu diagnosed critical illnesses, tak ke habis duit nak masuk hospital kan? Blum lagi cost ubatan & post hospitalization. Silap2 abis duit epf & savings hasil penat lelah keje. Bila umur dah meningkat, lagi mahal premium & lagi susah nk amik insurance/ takaful bila dah ade medical history. So, hrp2 bila tgh sihat & umur muda, consider amik insurance or takaful ikut kemampuan kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 25-7-2020 10:42 PM
Thank you for the info. Thoughtful of u. Yes, now tanpa insurance jgn harap dpt keselesaan utk medic ...

Betul tu even ada choice nak pergi government tapi keselesaan dan kecepatan tu penting kalau nak dapatkan rawatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
djzara81 replied at 25-7-2020 11:07 PM
Byk dgr cite yg org tak ready nak amik insurance / takaful sbb company dah ade personal and family p ...

Betul tu sebab tu semasa muda lagi digalakkan ambil. Semoga ramai lagi orang yang kat luar sana dibukakan hati untuk ambil takaful
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 03:02 PM | Show all posts
i ada dua insurance, perlu ke i ada dua insurance ek?
sejak covid ni, i tak mampu nak bayar dua2..
ingat nak letgo Prudential and keep AIA

masalahnya AIA coverage rendah je dalam 60k, i pulak memang dah ada penyakit
tapi ini yang i mampu, bayaran dalam 3 bulan sekali je ( tak lah rasa beban )

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2020 03:26 PM | Show all posts
intanazlynna replied at 4-8-2020 03:02 PM
i ada dua insurance, perlu ke i ada dua insurance ek?
sejak covid ni, i tak mampu nak bayar dua2..
...

kedua dua insurance ni bagus. Tapi dulukan yg mana u mampu utk bayar sbb kedua duanya adalah conventional insurance meaning to say sekiranya ada laps, more than 3 months takut tak boleh dah digunakan, depends pd how good your agent yg uruskan. Dia akan ingatkan u. Why not u refer balik package u. 60k tu utk coverage apa? medical bill ? hospitalization sahaja?

Talk to your agent yg uruskan insurance you. Then dulukan yg u rasa memberi kemudahan utk u dgn penyakit yg u sedia ada ni. Dan emergency nanti.


Ehh TT thread ni dah troublemaker pulok doh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada amek medical card utk whole family. My spouse mula2 mcm meragui jgk la tindakan i betul ke nk amek medical card. Katanya duit tu pd byr bulanan medical card, baik simpan (iyolah tu simpan pdhl membaxir beli ntah hape jadah). Lgpn company i dh cover utk staff & family (ada yearly limit) katanya. Tp i teruskn jgk la, lgpn bkn byr guna duit dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Rotisserie replied at 16-8-2020 05:02 PM
I ada amek medical card utk whole family. My spouse mula2 mcm meragui jgk la tindakan i betul ke nk  ...

Biasaklah tue.  Memula dia akan bebel pasal tak faham n tak nampak.  Bila nampak baru dia akan tahu pentingnya ambik personal takaful nie. Tahniah. Kerna cekalkan hati ambik perlindungan takaful.  En suami jangan fokus medikal saja,  hibah takaful dan takaful gaji  (penyakit kritikal dan kemalangan)  pun kena ada jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 11:18 PM | Show all posts
kalau ambik SSPNI plus kira takaful jugak kan. contoh i ambik pakej Nilam, bayar RM300 bulanan. RM30 dari situ jadi sumbangan takaful. I tak nampak lagi prudential ke AIA ke yang ade fix amount yang kita boleh nampak cam SSPN ni. Dia pun cover untuk kematian biasa dan kemalangan.

Cuma kekurangannya takde waiver rasanya. cover pun sampai had umur 65 je. Kalau salah tolong betulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:18 PM | Show all posts
kadang2 sesetengah orang tak faham fungsi takaful ni apa dan bagaimana.

ada 3 fungsi takaful

1) income protection (perlindungan pendapatan)
2) asset preservation (pengekalan aset)
3) debt settlement (penyelesaian hutang)

boleh baca di sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075676 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list