CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 2

[Jenayah] Kes SRC: Najib bersalah atas 1 pertuduhan salah guna kuasa

[Copy link]
Post time 28-7-2020 12:22 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalah guna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

‪Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

"Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009," kata Mohd Nazlan.

Ketika ini sedang berlangsung alasan penghakiman bagi enam lagi pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.
Ikuti LAPOR LANGSUNG perkembangan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


BERITA LANJUT MENYUSUL


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2020 12:31 PM | Show all posts
jibon didapati bersalah atas 7 pertuduhan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahkamah Rayuan jer lah.
Lepas ni Atok pulak kena salahgunakuasa jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053412 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list