CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1182|Reply: 9

[Dunia] COVID-19: Pelarian Syria sedia terbeban kini makin terdesak

[Copy link]
Post time 1-8-2020 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Malapetaka besar hanya menunggu masa menimpa hampir empat juta pelarian dan orang awam di utara Syria sekiranya masyarakat antarabangsa serta badan dunia tidak bersungguh-sungguh melakukan usaha membendung penularan COVID-19 di utara Syria.
Dalam keadaan serba kekurangan, sistem kesihatan di kawasan dikuasai kumpulan antikerajaan sama sekali tidak mampu berdepan dengan pandemik.


Lebih membimbangkan, daripada 10 kes terawal dikesan awal Julai, ia membabitkan enam petugas barisan hadapan.
Ia realiti sebenar apa yang berlaku di utara Syria ketika ini dengan pelarian yang lama menderita dengan pelbagai dugaan akibat konflik kini terpaksa menempuh satu lagi musuh tidak nampak, iaitu COVID-19.
Kebimbangan itu disuarakan di mana-mana dan hampir setiap hari sama ada dalam negara itu dan juga di luar.
Bagi Dr Ahmed Subeh, pelarian Syria yang kini mendapat perlindungan di yang berasa begitu beruntung walaupun terpaksa menempuh tugasan menjerihkan di hospital di tempat dia berada sekarang.
"Kita tengok bagaimana kematian dan ketakutan akibat COVID-19. Cuba bayangkan apa akan ditempuhi dengan ancaman COVID-19 apabila tinggal di khemah pelarian yang sesak yang penjarakan fizikal mustahil dan tidak mempunyai kemudahan air bersih untuk mencuci tangan," katanya di Aberdeen Royal Infirmary.
Dr Ahmed membuat rayuan itu kepada orang ramai di Scotland supaya tampil membantu jutaan mangsa konflik di Syria.
Apa disampaikannya, sebahagian situasi sebenar yang jutaan pelarian sedang bertarung untuk hidup kini terpaksa melalui satu lagi fasa.
Pandemik yang berlaku menyebabkan segala keperluan semakin terdesak. Jika sebelum ini, pelarian kekurangan segala keperluan asas, kini dengan COVID-19, ia menambah lagi beban.
Seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengelak penularan, orang ramai diminta mengambil langkah pencegahan. Namun, semua arahan dan garis panduan sangat sukar diikuti kerana segala keperluan hidup seperti makan, minum dan tempat tinggal masih bergantung ihsan luar. Inikan pula untuk membeli pelitup muka dan pencuci tangan.
COVID-19 juga menjadi cabaran besar kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kemanusiaan untuk melipat ganda usaha mencari dana membekalkan keperluan tambahan kepada pelarian. Ini termasuk untuk mendapatkan keperluan mengekang penularan wabak berkenaan kerana kebanyakan negara penderma turut berdepan dengan ancaman sama.
Sehingga April lalu, Pejabat Penyelarasan dan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) melalui laman reliefweb melaporkan NGO dari Qatar memperuntukkan QR15 juta (RM17.5 juta) bagi membantu pelarian Syria di Turki dan Syria menghadapi ancaman pandemik dengan menyediakan peralatan perlindungan, pelitup muka dan makanan.
Pada 27 Julai, kes COVID-19 di kawasan dikuasai kumpulan anti-Bashar al-Assad ialah 29 kes tanpa sebarang angka kematian.
Angka itu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan dikuasai kerajaan yang 40 kematian dan 694 kes dilaporkan hingga 25 Julai lalu.
Bagi Turki yang kini menanggung lebih 3.7 pelarian Syria berkongsi sempadan dengan negara itu, pandemik yang berlaku menambahkan lagi beban ditanggung.
Sehingga 29 Julai, negara itu mencatatkan 227,982 kes jangkitan dengan jumlah kematian 5,645 orang.
Ankara mengambil langkah ketat bagi mengekang penularan wabak meskipun beberapa larangan seperti perintah berkurung ditarik balik.
Berikutan pandemik berlaku, ia memberi kesan besar kepada NGO luar yang selama ini menyalurkan bantuan melalui Turki ke dalam Syria.
Bagi bantuan berupa kontena dibawa masuk dari negara ketiga, pelbagai perkara dititikberatkan bagi memastikan penghantaran bebas daripada sebarang virus.
Atas keperluan itu, NGO dari negara ini, Syria Care masih belum memutuskan penghantaran kontena pakaian musim sejuk dari negara ini ke sana.
Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki, berkata pihaknya perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkaitan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak berkuasa Turki dan agensi berkaitan di Idlib, Syria sebelum sebarang keputusan diambil.
Namun, kempen Bantuan Musim Sejuk 9.0 (BMS 9.0) akan berjalan seperti biasa dan amat mengharapkan sumbangan berterusan orang ramai kerana keadaan kritikal di sana.
Tambahnya, seperti tahun sebelum ini, sumbangan disalurkan melalui BMS akan digunakan untuk membekalkan keperluan asas berupa makanan, pakaian, khemah dan bahan api.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2020 02:52 PM | Show all posts
@sam1528     
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish ish. Arab arab.............
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 03:04 PM | Show all posts
samanlah negara yg bikin kacau negara org lain. Sebab mrk punca  pelarian ni wujud.

Mcm rohingya tu bukan pelarian tp parasit sejak azali ,dulu dari Bangladesh lari ke Mynmar ,now ke Bangladesh kemudia ke negara kita????

Bapak Dafi ,amanah untuk ko jaga smepadan negara dari dicerobohi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 03:05 PM | Show all posts
5 dari 10 negara paling kaya kat Asia adalah negara arab , haramjadah2 nie buat apa? awat depa tak tulung, yg kita pulak tehegeh2 nk tulung depa sangat tu pasaipa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 03:08 PM | Show all posts
syria dahulunya bumi yang membangun... sekarang tinggal rakyat yang susah, miskin, kebuluran...


peperangan tak membawa manfaat apa-apa pun, termasuk lah perang dunia kedua dan pertama berkurun tahun sebelum ni... ianya hanya meninggalkan balu dan anak2 yatim serta punah kehidupan mereka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2020 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
@sam1528  
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Syria dari 2000BC perang jalan terus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2020 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah..mahu sangat demokrasi kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulahh,aritu gigih nau dok cashkan isreal kena covid..bila ummah isle sendiri yg teruk kena krik2 je masing2..ummah mcm lost x tau nk blame sape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060134 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list