CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5418|Reply: 71

[Tempatan] Akta sewaan kediaman digubal. Nak elak tuan rumah sesuka hati naikkan sewa setia

[Copy link]
Post time 5-8-2020 09:12 AM | Show all posts |Read mode
KPKT sedang gubal dasar akta sewaan kediaman bagi kawal harga rumah - Zuraida
Bernama | Diterbitkan pada Ogos 05, 2020 04:23 +08

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menggubal dasar Akta Sewaan Kediaman bagi mengawal harga rumah di negara ini, kata Menterinya Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata perkara itu mengambil kira kepentingan pemilik tanah dan penyewa selain memastikan pemilik tanah tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga sewa rumah atau mengusir penyewanya.
"Ini juga antara perkara yang boleh mengawal harga sewa rumah untuk setiap penyewa rumah dalam negara," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Menyentuh mengenai Dasar Rumah Mampu Milik, beliau berkata KPKT bercadang membina perumahan untuk disewa sahaja dan mungkin akan memberi pengecualian kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk terus menyewa di rumah itu sehingga keadaan (kewangan) penyewa stabil.
"Sekarang ini, KPKT ada skim pembelian, sewa, dan Rent-To-Own (RTO) tetapi buat masa depan KPKT dengan Dasar Rumah Mampu Milik ini akan hanya membina rumah untuk disewa sahaja...Jadi, ini antara perkara pembaharuan yang dibawa KPKT dalam isu perumahan untuk B40 dan M40," katanya.

Mengulas Laporan Ketua Audit Negara mengenai kementerian itu pada Julai lepas, Zuraida tidak menafikan bahawa terdapat beberapa isu teknikal dan pentadbiran dalam kementeriannya.

"Saya tak menafikan ia harus diperkemaskan, dinaik taraf, dipantau dan ditukar cara menguruskannya. Namun demikian, ada juga isu-isu yang ada sebab munasabah yang tidak dapat dilaksanakan maka ada isu kelewatan dan sebagainya.

"Ada sembilan projek perumahan dibangkitkan dalam audit ini, namun KPKT telah berjaya membina sebanyak 342 projek perumahan...(tetapi) KPKT iktiraf teguran dibuat laporan audit dan kami akan memperbaikinya," katanya yang mengakui kelemahan itu berlaku di peringkat pentadbiran kontrak.

Sebelum ini, media melaporkan proses pengisian program perumahan rakyat RTO bagi menyediakan penginapan untuk golongan setinggan dan berpendapatan rendah, mengambil masa sehingga 40 bulan kerana ia tidak diuruskan dengan cekap.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 3 mendapati walaupun projek RTO disempurnakan dalam tempoh ditetapkan, namun KPKT mengambil masa hingga 866 hari untuk menyerahkan projek siap, bagi tujuan pengisian kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN).

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

-- BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 09:17 AM | Show all posts
Edited by damsel_fiji at 5-8-2020 09:18 AM

mohon juga gubal akta limitkan brp org tinggal dalam 1 rumah (kecuali family), mcm kt europe sana..
ni ada yg sampai belas2 org sumbat dalam satu rumah apartment 800 sqft, ni kebiasaannya geng2 studen n pekerja asing la ni, gangguan sgt kepada jiran2 sekeliling
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:21 AM | Show all posts
Sukahati la tuan rumah nak setkan sewa berapa, naikkan sewa berapa.

Menteri tu tak ambik kira kenaikan cukai tanah, pintu, indah water & etc setiap tahun?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2020 09:30 AM | Show all posts
pada yg ada homestay letakkan limit penghuni
dh ada byk kes penyewa bawak masuk berbelas penghuni
sewa homstay sekitar RM200-RM300
tapi bila terlalu ramai penghuni masuk
of course lah ada peralatan rosak
kos baiki tak pulang modal
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:34 AM | Show all posts
akta untuk penyewa lahanat pun kena buat jugak...  banyak sangat owner jadi mangsa penyewa lahanat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Akta melindungi tuan rumah jgn lupa buat sekali. Jgn nak bela lahanat2 penyewa rumah perosak harta benda org je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2020 09:41 AM | Show all posts
Edited by pasa at 5-8-2020 09:49 AM
R2D2 replied at 5-8-2020 09:30 AM
pada yg ada homestay letakkan limit penghuni
dh ada byk kes penyewa bawak masuk berbelas penghuni
...

Bila dah ada akta sewa ni homestay, sublet dah susah nak cari makan.

ada dengar cerita pasal akta sewa ni nak buat 3 thn lepas tapi sampai skg belum wujud lagi. ramai kawan-kawan sy stop buat sublet bila ada ura-ura akta sewa rumah ni nak wujud.

akta sewa ni kene ada sbb skg perjanjian sewa rumah tak terikat dengan mana-mana akta.

apa yg ada dlm tenancy rumah tu je pemilik rumah tu shj yg blh guna pakai kepada penyewa ,apa yg tak ada mmg tak blh nak buat apa.

lagi satu buat masa skg ni penyewa dan pemilik rumah, hak penyewa tu terhadap rumah yg dia duduk tu lebih dari hak tuan rumah itu sendiri.

kalau salah cara halau penyewa, tuan rumah blh duduk dlm lokap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2020 09:58 AM | Show all posts
aku pernah jumpa penyewa cina
dia nak blah dari apartment yg dia sewa
tak tahan
katanya agent naikkan sewa setiap tahun RM100
ingatkan selama ni cina sesama cina bantu membantu
rupanya tak

agent hartanah memang mcm tu
dia nak pastikan hasil sewa rumah pertama sekurang2nya boleh cover rumah kedua kalau rumah kedua belum ada penyewa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena lindung dua2 pihak
Penyewa and owner
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:17 AM | Show all posts
elok jugak buat database penyewa2 ni mcm ctos ni, sekurang2 nye tuan rumah bole tau jugak background penyewa2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:21 AM | Show all posts
damsel_fiji replied at 5-8-2020 09:17 AM
mohon juga gubal akta limitkan brp org tinggal dalam 1 rumah (kecuali family), mcm kt europe sana..
...

setuju.
bila dah ramai2 pekerja asing tu..takut jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:22 AM | Show all posts
Betara_Indera replied at 5-8-2020 10:17 AM
elok jugak buat database penyewa2 ni mcm ctos ni, sekurang2 nye tuan rumah bole tau jugak background ...

setuju.
minta tuan umah jgn kira nak ambik untung dan lepas utang bank je
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:26 AM | Show all posts
R2D2 replied at 5-8-2020 09:58 AM
aku pernah jumpa penyewa cina
dia nak blah dari apartment yg dia sewa
tak tahan

setiap tahun tuuuu..gila betul
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:27 AM | Show all posts
pasa replied at 5-8-2020 09:41 AM
Bila dah ada akta sewa ni homestay, sublet dah susah nak cari makan.

ada dengar cerita pasal ak ...

sublet tu camana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:52 AM | Show all posts
hak landlord pun kena jaga jugak

jangan pikir tenant je

berapa ramai yg dapat balik rumah jahanam hancur
tau tau & takde hala tuju nak report ke mana
end up keluar duit sendiri jugak

elhamdulillah la setakat ni tenant aku bagus
rumah terjaga & sewa betul2 ikut date
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:54 AM | Show all posts
game changer ke ni????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 10:55 AM | Show all posts
habislahhhhhhh xdpt nak buat duit dengan beli rumah byk2 dan sewa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:56 AM | Show all posts
akta tuan rumah xde ke ??? penyewa lehnet patutnya boleh disaman dek tuan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:56 AM | Show all posts
kesian tuan tanah kedaung kena hadap penyewa lahanat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tenant tu good paymaster,  mmg kita pun tidak naikkan sewa, even selama 5-6 tahun... dpt good tenant ialah satu rahmat jua,....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.259224 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list