SELEPAS menjalani pembedahan gastroplasty atau 'membuang perut' pada November dua tahun lalu, berat badan penerbit dan pengarah Michael Ang kini turun dengan mendadak.
Bagaimanapun, Michael nampaknya kurang gembira dengan situasi itu kerana menurutnya, dia kelihatan seperti orang yang sakit.
"Saya kehilangan berat sehingga 52 kilogram dan kini berat badan saya adalah 76 kilogram.
"Dari luaran, sebenarnya tak ada masalah pun. Proses pembedahan dan pemulihan berjalan dengan lancar tanpa komplikasi.
"Tapi, saya sendiri secara peribadi rasa macam melihat orang yang sakit bila tengok diri sendiri dalam cermin," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, jangkaan jumlah penurunan berat badannya sebelum ini adalah sekitar 35 kilogram sahaja.
"Tapi, semakin lama, berat badan saya semakin menurun dengan mendadak.
"Apapun, yang membuatkan saya tidak risau adalah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan, saya didapati sihat dan tak ada sebarang masalah penyakit," katanya.
Baca lagi:
Harian Metro
Chuolss ghaserrr?