CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1175|Reply: 16

[Tempatan] Cabaran jadi guru sekolah pendalaman. 7 jam perjalanan 300km Stesen Wakaf Bharu-

[Copy link]
Post time 5-8-2020 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Berkereta api 7 jam demi anak bangsa
Nor Fazlina Abdul Rahim



KOTA BHARU: Alah bisa tegal biasa, itulah perumpamaan sesuai bagi menggambarkan kegigihan dua guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga, berulang alik ke sekolah sejauh 300 kilometer (KM) menaiki kereta api setiap hari bagi mencurahkan ilmu kepada anak bangsa di pedalaman.

Seawal jam 3.45 pagi, Muhammad Asuhan Ramli, 38 dan Muhammad Hilmi Zahari, 31, sudah terpacak di Stesen Wakaf Bharu bagi menunggu kereta api yang mengambil masa tujuh jam bagi perjalanan pergi balik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong.

Tidur malam mereka tidak seperti guru lain kerana hanya mampu lena beberapa jam sahaja sebelum bangun seawal jam 2 pagi untuk bersiap ke sekolah.

Biarpun terpaksa berkorban masa dan tenaga setiap hari, namun dua sahabat berkenaan tidak pernah mengeluh sebaliknya bersyukur kerana tidak perlu berjauhan dengan keluarga.

Muhamamd Asuhan Ramli, 38, berkata situasi itu dilaluinya sejak awal tahun ini selepas berpindah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nenasi di Pahang.

Katanya, pada peringkat awal situasi itu agak menguji fizikal dan mental kerana perlu bangun seawal 2 pagi untuk bersiap memandangkan perlu tiba di stesen kereta api jam selewat-lewatnya jam 4 pagi.

"Perjalanan mengambil masa selama tiga jam setengah dan saya akan tiba di SK Dabong jam 7.30 pagi.

"Cabaran besar yang saya terpaksa lalui adalah tanggungjawab selaku ketua keluarga terpaksa diserah kepada isteri dalam menguruskan anak-anak.

"Masa saya dengan anak-anak agak terbatas kerana setiap hari saya hanya akan berada di Setesen Wakaf Bharu jam 6.30 petang sebelum pulang ke rumah di Pengkalan Chepa," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, selepas beberapa bulan bertugas, dia sudah terbiasa dengan keadaan itu dan tidak menganggap ia satu bebanan.

"Saya terpaksa berulang alik kerana isteri bekerja di Kota Bharu. Jika saya menyewa di Dabong, saya perlu tinggal berjauhan dengan anak-anak dan isteri.

"Selain saya, kira-kira lima lagi guru yang bertugas di SK dan SMK Dabong yang menaiki kereta api setiap hari. Namun mereka naik di stesen lain dan hanya saya dan seorang lagi guru naik di Wakaf Bharu," katanya yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu, Muhammad Hilmi berkata, dia memilih untuk menaiki kereta api kerana kos yang jauh lebih jimat selain boleh berehat sepanjang perjalanan memandangkan terpaksa bangun awal setiap hari.

"Ketika mula mengajar di SK Dabong, saya pernah memandu kereta ke sekolah namun kos minyak kereta sahaja sudah mencecah RM50 sehari.

"Sedangkan, dengan menaiki kereta api, saya hanya perlu membayar RM10 untuk tiket pergi dan balik dan sudah tentu saya dapat tidur sepanjang perjalanan.

"Dalam perjalanan pulang, saya akan menyemak segala urusan sekolah di dalam kereta api kerana masa agak terhad di rumah," katanya.

Katanya, jika dibandingkan pengalamannya mengajar di kawasan pedalaman di Selangau, Sibu, Sarawak selama tujuh tahun, keadaan di sana lebih mencabar berbanding di sini.

"Memandangkan masa agak terhad dengan keluarga, saya perlu bijak membahagikan masa dan situasi yang dialami setiap hari ini sudah menjadi sebati dengan saya," katanya yang mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 10:39 AM | Show all posts
mencari rezki demi sesuap nasi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarak tumpat ke gua musang pun x sampai 200km..mcm mna wkaf baru-dabong 300km?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:50 AM | Show all posts
rasanya wakaf bharu ke dabong lebih kurang 3jam perjalanan je
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:52 AM | Show all posts
oh aku ingat sekolah dia dlm hutan ke atau kawasan sekolah takde rumah dekat2...rupanya sebab dok berulang dr kb. tabahlah cikgu ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu ni tak abes2 kjer nk tnjuk kjer korg tu paling mulia. Pastu ngukit. Snyap2 da la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2020 10:55 AM | Show all posts
tripleid replied at 5-8-2020 10:44 AM
Jarak tumpat ke gua musang pun x sampai 200km..mcm mna wkaf baru-dabong 300km?

Rasanya die mention jarak pergi balik. Bukan sehala.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:59 AM | Show all posts
iols lg respek kat cikgu2 yg ulang alik dkt kwsn pedalaman sabah sarawak...harung jalan balak ari2...silap2 kena tido kat sekolah kalau ari ujan sbb jalan balak xleh lalu....kalau artikel di atas duk dlm ketapi boleh tido what...balik keje pun smpi umah sblm kul 6ptg...
eh sori jgn kecam iols...iols nyatakan pendapat jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ashcroft86 replied at 5-8-2020 10:55 AM
Rasanya die mention jarak pergi balik. Bukan sehala.

Tajuk tered mcm 300km tu sehala
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:02 AM | Show all posts
mejaputih replied at 5-8-2020 10:59 AM
iols lg respek kat cikgu2 yg ulang alik dkt kwsn pedalaman sabah sarawak...harung jalan balak ari2.. ...

"Katanya, jika dibandingkan pengalamannya mengajar di kawasan pedalaman di Selangau, Sibu, Sarawak selama tujuh tahun, keadaan di sana lebih mencabar berbanding di sini."


beliau penah keje di pedalaman sarawak jua katanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:03 AM | Show all posts
caprut replied at 5-8-2020 10:53 AM
Cikgu ni tak abes2 kjer nk tnjuk kjer korg tu paling mulia. Pastu ngukit. Snyap2 da la

cikki ni yg share story dorg >>> Nor Fazlina Abdul Rahim
bknnya dorg yg saja2 bkk cerita




anyway, mmg respek lh kegigihan cikgu2, anak2 sekolah yg ulang alik hari2 melalui cabaran2 ni semua
termasuk sape2 jgklh yg ulang alik dr satu tmpt ke tmpt lain dlm berbuat kebaikan ni


as for me, mmg xsanggup lh
pnh je commute utk ke tmpt kje yg kena bnyk tukar2 mod transport
xlalu owhh, dlm setahun 2 je mampu








Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm best je life dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:06 AM | Show all posts
justchu replied at 5-8-2020 11:02 AM
"Katanya, jika dibandingkan pengalamannya mengajar di kawasan pedalaman di Selangau, Sibu, Sarawak ...

hihi...ok thanks..iols tak perasan...semoga dipermudahkan urusan semua guru...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat bertugas cekgu..
Terasa rindu pula cekgu2 skola iols dulu..
Plus cekgu yg penah jd bf dulu
Lekcerer sllu jumpa so xpelah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiiiii. Sewa la rumah dekat kuala krai. Kota bharu-kuala krai xsampai pun 80km.,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2020 11:23 AM | Show all posts
takkan la aku nak tulis tajuk panjang-panjang
nanti dh jadi mcm berita la pulak
the rest tu baca la dlm thread
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2020 11:25 AM | Show all posts
dari dulu lagi dh dgr cite-cite
kalau nak tgk kental ke tak cikgu-cikgu BBNU
posting dulu ke pendalaman Sabah Sarawak
hatta kalau cikgu tu asal Sabah Sarawak sekalipun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 1.346289 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list