CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 964|Reply: 4

[Tempatan] Kanak-kanak parah gara-gara terlajak undur lori

[Copy link]
Post time 5-8-2020 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara terlajak undur

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/607105/gara-gara-terlajak-undur

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 10:26 AM

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my


KEADAAN Proton Wira dinaiki tiga beranak yang remuk.  FOTO Ihsan Pembaca

TINDAKAN pekerja kedai cuci kereta yang gagal mengawal lori ketika mengundur menyebabkan seorang kanak-kanak parah, manakala ibu dan adiknya cedera ringan di Jalan Kampung Teluk Rhu, Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam, semalam.

Kejadian pada 3.45 petang itu berlaku apabila pekerja cuci kereta berusia 22 tahun gagal mengawal lori yang selesai dicuci ketika mengundur dan terlajak hingga ke jalan utama.

Akibat, kereta Proton Wira yang dinaiki tiga beranak berkenaan tidak sempat mengelak dan melanggar belakang lori terbabit.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kemalangan berlaku ketika Proton Wira dari arah Sungai Lang menuju ke Bagan Nakhoda Omar (BNO).

"Tiba di lokasi, pengadu (pekerja cuci kereta) sedang mengundurkan lori yang selesai dicuci namun gagal mengawal kenderaan itu dan terlajak hingga melepasi jalan utama.

"Pada masa sama, kereta dinaiki mangsa berusia empat tahun bersama ibunya, 24 dan adik perempuan berusia dua tahun tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat," katanya hari ini.

Agus Salim berkata, kanak-kanak lelaki luka pada badan, patah tangan dan mengalami pendarahan dalaman.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan.

"Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki dirujuk ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut kerana kecederaan serius di kepala dan tidak sedarkan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..sedih dengar. apesal pulak lah tukang cuci tu yg nk reverse lori..mne driver lori tu..??
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:31 AM | Show all posts
tengok style kereta, sure anak tak duduk dalam child car seat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 12:08 PM | Show all posts
sebab tu kalau basuh kereta di car wash,
iols sendiri yang alih kereta..

dah ler pekerja2 warga asing..
ntah2 lesen pun takdak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 01:25 PM | Show all posts
hadoi wrong place at the wrong time.

cepat sembuh, nak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.093354 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list