Satu video memaparkan situasi kacau bilau di dalam sebuah hospital selepas letupan berlaku telah tular di media sosial.
Berdasarkan perkongsian salah seorang warga maya Abdul Qadeer, kelihatan darah memenuhi ruang lantai sebuah hospital dipercayai di Beirut yang dipenuhi pesakit dengan pelbagai kecederaan.
Sumber: Abdul Qadeer, CNN
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Betul2 tamparan hebat buat petugas kesihatan mana nak memerangi dan merawat pesakit wabak covid19 tambah lagi dengan nak kena rawat mangsa letupan, benar2 mencabar. Moga mereka terus semangat dalam menghulurkan bantuan.
BEIRUT: Letupan kuat menggegarkan ibu kota Beirut dengan sekurang-kurangnya 70 dilaporkan terbunuh manakala lebih 4,000 cedera.
Kejadian pada pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) di gudang dekat pelabuhan itu menjejaskan beratus-ratus kediaman dan bangunan berhampiran, termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri.
BBC melaporkan, punca kejadian masih disiasat.
Antara yang terbunuh adalah Setiausaha Agung Parti Kataeb, Nazar Najarian.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, gudang itu menyimpan ammonium nitrat.
Angka kematian dijangka meningkat.
Presiden Lebanon, Michel Aoun menegaskan adalah sesuatu yang ‘tidak boleh diterima’ apabila 2,750 tan ammonium nitrat disimpan di dalam gudang dalam keadaan tidak selamat.
kesiannya ya allah, pray for lebanon...
mostly memang kena ke hospital jugak sebab mungkin luka dalam tak boleh tutup... jadi kena jahit jugak so takde tempat lain nak pergi dah melainkan hospital