CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6162|Reply: 89

[Tempatan] Ayah Adib: Mengapa tuduh seksyen lebih ringan?

  [Copy link]
Post time 5-8-2020 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Ayah Adib: Mengapa tuduh seksyen lebih ringan?

https://www.malaysiakini.com/news/537404

N Faizal Ghazali

Diterbitkan Hari ini 1:32 pm
Dikemaskini Hari ini 1:38 pm



Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mempersoalkan mengapa suspek kematian anggota bomba berkenaan dituduh dengan pertuduhan lebih ringan.

Ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, kerajaan perlu meneliti cadangan itu sebaik mungkin dalam usaha membela keadilan terhadap kematian anaknya.

"Saya ada tengok perkembangan cadangan itu, jadi kami hairan juga kenapa tuduhan semula itu dibuat dengan seksyen (peruntukan) lebih ringan, sebaliknya bukan dengan pendakwaan kerana membunuh?

"Saya akan berhubung dengan barisan peguam berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.



Semalam Menteri Dalam Negeri (KDN) Hamzah Zainuddin berkata kertas siasatan kes kematian Muhammad Adib dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu, dengan disusuli beberapa cadangan.

Menurutnya antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK).

Seksyen itu berkaitan penyertaan dalam perhimpunan menyalahi undang-undang yang memperuntukkan hukuman sehingga enam bulan, denda atau kedua-duanya.

Cadangan lain yang turut dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.


Kesan rusuhan berdekatan kuil Sri Maha Mariamman.

Muhammad Adib, 24, merupakan anggota bomba yang cedera ketika rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada 27 Nov, sebelum meninggal dunia pada 17 Dis 2018.

Pada 27 September 2019 Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, pada 13 Julai lalu dilaporkan berkata masih tiada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Muhammad Adib dipukul.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 5-8-2020 02:08 PM

Nampaknya situasi sekarang tidak berpihak pada adib
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:20 PM | Show all posts
selalunya org malaysia ni rajin rakam kejadian2 yg berlaku dpn mata .. tapi kes arwah adib ni mmg takder langsung ke org yg rakam?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:24 PM | Show all posts
akuMNdia replied at 5-8-2020 02:20 PM
selalunya org malaysia ni rajin rakam kejadian2 yg berlaku dpn mata .. tapi kes arwah adib ni mmg ta ...

semua saksi dah disenyapkan ke?

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 5-8-2020 02:20 PM
selalunya org malaysia ni rajin rakam kejadian2 yg berlaku dpn mata .. tapi kes arwah adib ni mmg ta ...

Somehow aku rasa dipadamkan supaya x nampak yg bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:33 PM | Show all posts
ayah adib kena paham.
gomen zaman bmf dulu da kena khianat.

so,
keputusan lebih berpihak pada golongan pengkhianat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Di mana ilang abih pejuang Adib? Tidakkah dgn pendakwaan bawah akta 143 ni satu ketidakadilan buat Allahyarham Adib?

Bukankah ramai yg kenal pembunuh2 yg dilindungi oleh Tomny Rhomas?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 05:09 PM | Show all posts
Harap tak ada tangan2 jahat yang ganggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 05:31 PM | Show all posts
axl_bach replied at 5-8-2020 04:58 PM
Di mana ilang abih pejuang Adib? Tidakkah dgn pendakwaan bawah akta 143 ni satu ketidakadilan buat A ...



Pejuang Adiab masih ada

tp pengkhianat lebih ramai.


neraka jahannam untuk tomitomas dan kpd siapa yg lantik tomitomas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 05:40 PM | Show all posts
axl_bach replied at 5-8-2020 04:58 PM
Di mana ilang abih pejuang Adib? Tidakkah dgn pendakwaan bawah akta 143 ni satu ketidakadilan buat A ...

dulo justice 4 adib, skrang tukar jd justice 4 jibby!

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 05:52 PM | Show all posts
for me aku rasa better tukar tuduhan dr kes lepas camtu je..
masalah kes adib ni lebih pd politik, bukan keadilan sgt pun..
itu yg susah rakyat nak menilai.. lgpun legal principle pun, biar tersalah lepas, dari tersalah hukum..
igt dgn post2 fb and hashag bagai tu ada power ke kat court.. everything kena bukti..
bukti takde susah la.. semoga adib dpt syahid kat sana.. kat dunia ni byk sgt versi cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
begitulah pakcik, lawyer saya pun kata.. undang2 manusia yg gubal maka manusia juga yg bole manipulate, pandai carik loophole sebenar-sebenar penjenayah pun bole lepas. Lagi satu lawyer saya ckp, takde yg adil kat mahkamah dunia ni, yg adil mahkamah kat akhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:36 PM | Show all posts
Menteri mengelak jawab isu kematian Adib
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON August 5, 2020 3:57 pm



RSN Rayer (PH-Jelutong) mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin cuba mengelak daripada menjawab persoalannya berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib yang diutarakannya dalam sesi sidang Dewan Rakyat semalam.

Rayer berkata, soalannya sama sekali tidak dijawab dengan jelas yang meminta kepastian adakah akan ada individu yang akan didakwa di bawah akta 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Namun menurutnya, jawapan yang diterima hanyalah cadangan bahawa 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu, akan dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK) mengenai rusuhan.

“Apabila didesak, beliau beri jawapan bahawa kes akan disiasat semula dan akan dituduh atas Seksyen 143 kerana merusuh. Ia tidak menjawab soalan saya.

“Soalan saya siapakah yang akan dituduh di bawah kesalahan membunuh (Seksyen) 302 kanun keseksaan,” katanya.

Dakwaan Rayer itu kemudiannya dicelah ahli Parlimen Krau, Datuk Seri Dr Ismail Said yang mempertahankan jawapan Hamzah semalam.

Katanya, Hamzah tidak melarikan diri dari menjawab soalan sebaliknya suasana dewan yang kecoh ketika itu menyebabkan ahli Parlimen Larut itu tidak mempunyai banyak masa untuk menjawab pertanyaan tersebut.

Bagaimanapun Ismail berkata, Menteri telah menjelaskan bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sama ada akan terus menuduh 12 suspek di bawah Seksyen 143 atau mengadakan inkues semula.

Speaker Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kemudiannya meminta Rayer membuat satu surat bertulis kepadanya untuk menyatakan di manakah kekeliruan yang timbul berhubung jawapan Hamzah.

“Mengikut peraturan, kalau nak bangkitkan soal pengeliruan dalam Dewan, maka Yb perlu satu usul mengenai perkara itu.

“Surat boleh ditulis kepada saya dan tunjuk bagaimana benda itu mengelirukan. Usul boleh dikemukakan untuk diambil tindakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu.. Knpa nak kena ringan.. Mesti kena dgn tuduhan berat.. Hukuman pun mesti berat..
Pengikut kuil yg ada di tmpt kejadian tu bersikap jujur laa tampil jadi saksi bagi keterangan.. Supaya perusuh2 ni dpt dihadap ke muka pengadilan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 5-8-2020 05:31 PM
Pejuang Adiab masih ada

tp pengkhianat lebih ramai.

Kalau dah konfem si lahanat Tomitomas tu lepaskan pesalah dakwa sekali mamat tu biar bogel dlm mahkamah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 5-8-2020 05:40 PM
dulo justice 4 adib, skrang tukar jd justice 4 jibby!

Tgk statement Lawyer Haniff Khatri dia siap persoal Abah Mahiaddin punya action masa jadi menteri di KDN.....Gila berani dia jentik Abah Mahiaddin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pi geng2 justice for adib ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:24 PM | Show all posts
axl_bach replied at 5-8-2020 08:53 PM
Tgk statement Lawyer Haniff Khatri dia siap persoal Abah Mahiaddin punya action masa jadi menteri  ...

dulo masa phanceng merintah, xpernah lgi aku tgk org tua arwah adib ni kuar membela anak dia sbb time tu ada pejuang2 sarkas adib dr umno pas..la ni sejak jadi  kerajaan,pejuang2 ni jgk dah ilang, terus arwah sekali kot..kesian weyy tgk org tua adib terkapai2 sorg diri ,membela nasib anak dia yg blom tentu lg  smpai 100 tahun x selesai2 dpt pembelaan angkara politaik ..puihhh

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 5-8-2020 09:24 PM
dulo masa phanceng merintah, xpernah lgi aku tgk org tua arwah adib ni kuar membela anak dia sbb t ...


Patut Politician ph la ganti sbg pemerhati kes adib

Teo beng hock blh je tolong.

Racist gila.  Siap forensic Thailand lg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:35 PM | Show all posts
pasa replied at 5-8-2020 09:29 PM
Patut Politician ph la ganti sbg pemerhati kes adib

Teo beng hock blh je tolong.

dapig takde pon kes adib masih x dpat setel2 gak! mcm jibauk...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.786488 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list