CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2415|Reply: 23

[Tempatan] 58 peratus rakyat Malaysia memburu kerja

[Copy link]
Post time 5-8-2020 02:10 PM | Show all posts |Read mode
58 peratus rakyat Malaysia memburu kerja

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/607175/58-peratus-rakyat-malaysia-memburu-kerja

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 1:45 PM

Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


FOTO HIASAN

KEINGINAN untuk bertukar kerjaya dan diberhentikan kerja antara punca utama 58 peratus rakyat Malaysia kini memburu pekerjaan baharu.

Ia berdasarkan satu kajian 'The Covid-19 Labour Pulse Survey' oleh agensi penyelesaian sumber manusia terkemuka dunia, Randstad membabitkan 531 responden tempatan bermula 26 Jun hingga 5 Julai lalu.

Hasil kajian itu juga mendapati, 58 peratus responden mempunyai niat untuk mencari pekerjaan dalam tempoh 12 bulan ke depan.

Kajian bertujuan memahami sentimen tenaga kerja tempatan mengenai pasaran pekerjaan tahun ini serta cabaran dan pengalaman bagi pemburu pekerjaan.

Daripada 58 peratus responden yang berhasrat mencari pekerjaan baharu, 24 peratus mengatakan mereka ingin mengubah kerjaya atau industri, 13 peratus lagi menunjukkan kemahiran dan pengalaman mereka tidak lagi memenuhi keperluan pekerjaan sekarang dan 15 peratus diberhentikan kerja.

Pengarah Urusan Randstad Malaysia dan Singapura, Jaya Dass berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan banyak syarikat melabur dalam membangunkan infrastruktur dan rangkaian digital mereka menyebabkan sejumlah besar pekerjaan secara digital.

"Kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pekerjaannya terpaksa berubah secara drastik untuk memenuhi tuntutan kerja baharu dan mencari syarikat lain di mana kemahiran dan pengalaman mereka masih relevan.

"Ada juga yang mungkin menukar industri dan kerjaya serta mencari peluang pekerjaan yang dianggap lebih selamat seperti bidang kesihatan dan teknologi. Kita boleh melihat lebih banyak pergerakan di pasaran pekerjaan selepas ekonomi meningkat dan peluang pekerjaan baharu muncul," katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.

Katanya, kajian juga mendapati gaji juga antara punca mereka mahu menukar majikan iaitu 26 peratus responden melaporkan pengurangan gaji atau pembekuan gaji sama ada selama-lamanya atau sementara waktu dan 24 peratus menyatakan rasa tidak puas hati dengan gaji diterima sekarang.

"Perintah berkurung secara global dan kemelesetan perdagangan serta pertukaran antarabangsa turut mempengaruhi kewangan syarikat tahun ini.

"Sejumlah syarikat melaksanakan langkah penjimatan supaya kos operasi dan 'overhead' tetap rendah serta berusaha untuk mengoptimumkan kecekapan operasi dengan tenaga kerja yang lebih sedikit.

"Langkah pengurusan kos ini menyebabkan ketidakpastian dalam tenaga kerja dan pekerja mungkin merasa syarikat tidak cukup stabil daripada kewangan untuk mengatasi wabak ini. Untuk mengelakkan kerugian kepada mereka, beberapa pekerja memilih mengambil risiko dengan mencari majikan baru yang dilihat lebih stabil kewangan secepat mungkin," katanya.

Jaya berkata, berdasarkan keadaan pasaran buruh semasa, 72 peratus daripada semua responden bersedia mengambil kontrak profesional atau pekerjaan berdasarkan projek.

"28 peratus responden tidak cenderung mengambil pekerjaan kontrak manakala 70 peratus lagi berikutan kurang keselamatan dan kestabilan pekerjaan sebagai alasan mengapa mereka lebih suka menunggu tawaran tetap.

"Walaupun pekerjaan secara kontrak tidak begitu popular dalam kalangan orang Asia kerana kurangnya keselamatan dan kestabilan pekerjaan, banyak yang mulai melihatnya sebagai pilihan yang sesuai dalam tempoh sukar ini," katanya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan utk 58% malaysian yg mencari kerja tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur aku dah dpt kerja baru since jun 2020 slps solat hajat
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kucim replied at 5-8-2020 03:10 PM
Syukur aku dah dpt kerja baru since jun 2020 slps solat hajat

tahniah uols...i jugak la terpaksa tolak. skrg tgh memburu kerja. hrp2 ada la yg memanggil iols kerja
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 03:16 PM | Show all posts
Seluruh dunia pun hadapi masaalah yang sama sejak covid19 melanda.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 03:19 PM | Show all posts
Yg masih bekerja tu, kerjalah bersungguh2 dan jujur dlm bekerja. Kalau tak, ramai jer yg suka menggantikan tmpt mrk. Bersyukurlah masih ada pekerjaan.

Bagi yg mencari pekerjaan, semoga dpt pekerjaan yg sesuai utk menampung kehidupan dan menabung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 5-8-2020 03:11 PM
tahniah uols...i jugak la terpaksa tolak. skrg tgh memburu kerja. hrp2 ada la yg memanggil iols ke ...

Amin...jika ketemu yg cocok sambar aja sis..skrg x boleh choosy sgt..byk company blom stabil..ada yg x mo byr ot..hnya basic shj...sedeh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 06:19 PM | Show all posts
utk yg msih tdk dpt cari pekerjaan, semoga segala dipermudahkan ya.. uolls blh buat keje freelance, dropship, grab delivery, buat kuih apa2 jer , janji jgn putus asa ya...

ni artikel yg byk link website yg uolls blh check..

cara jana pendapatan tambahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dianasofia replied at 5-8-2020 06:19 PM
utk yg msih tdk dpt cari pekerjaan, semoga segala dipermudahkan ya.. uolls blh buat keje freelance,  ...

betul..mcm2 kerja tambahan boleh buat..husband i msh ada kerja tp gigih buat part time jugak..buat freelance acctg service utk co sme..selain tu dia buat part time repair laptop and hp juga..dia amik sub job dr kedai2 repair appliance..
dulu i pnh buat part time jual cookies..biskut florentine tu..1 jenis tu je..tp buat bersungguh2 la..marketing fb ig siap letak opis dlm pek kecik2 bg opismate beli..skrg stop lah..nk fokus netflix n tusyen anak2..skrg selain cr duit lbh..jimat pon stil jimat..da stop anta anak tusyen..i ajar sdiri je kat umah..jimat 2-3rat kat situ..
kwn i pon br2 ni laki nya jobless..dr duk umah teres derang downgrade abis pegi duk flat..saving dia ckp ada utk survived lg 6-7bln tp nk guna utk buat bisnes kecik2..so downgrade dulu apa boleh downgrade skrg..jgn tggu bila saving da menyusut or memotarium abis br nk downgrade..rugi ms n duit..umah n kete yg kne byr installment lbh 1k sbln derang buat bodo je..bank nk tarik ke nk lelong ke dia da xkisah..janji anak beranak ckup mkn sudah nya katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sitisitu25 replied at 5-8-2020 07:48 PM
betul..mcm2 kerja tambahan boleh buat..husband i msh ada kerja tp gigih buat part time jugak..buat ...

fuhhh senapas baca kerja2 yg hb cik siti buat... Rajinnya dia . utk isteri tersayang....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 5-8-2020 07:56 PM
fuhhh senapas baca kerja2 yg hb cik siti buat... Rajinnya dia . utk isteri tersayang....

utk isteri tersyg dan dia sdiri jua..dia buat lbh sb dia pon ada htg..duk byr ptptn n bakal byr umah br plk nnt..kete lg..cc lg..
mkn pkai kat umah ni i da tlg tanggung..tmsuk la baju raya or baju tido dia anak2 dan kami sekeluarga..duit saving utk blk kg n insurans kete2 dr i..so bukan la dia kne tanggung semuanya sorg2..sama2 la kan..dia buat keje2 tu rs sb passion dia pon yer..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan mrk yg sdg mencari kerja
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan mendapat pekerjaan baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
yg nk keje gomen pasti semakin ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 10:27 AM | Show all posts
syukurlah sesape yg bekerja tu
masih lg perangai pemalas tu baik berenti kje..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 06:20 PM | Show all posts
sitisitu25 replied at 5-8-2020 07:48 PM
betul..mcm2 kerja tambahan boleh buat..husband i msh ada kerja tp gigih buat part time jugak..buat ...

nak tanya sikit sis..berapa charges utk buat accounts part time ni.. kira macam mana ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sitisitu25 at 6-8-2020 07:22 PM
ajiqah replied at 6-8-2020 06:20 PM
nak tanya sikit sis..berapa charges utk buat accounts part time ni.. kira macam mana ye?


per transactions actually..normal charges utk co sme selalunya 2k sbln..buat dr terima invoice/resit smpi la buat p&l statement..tp buat pakai system je..xde la manual..cuma kitaorg kne simpan docs customers la..kne ada bilik keje la kat umah..dulu simpan manual..tp skrg husband i simpan kat cloud je semua docs..hard copy biasa pulang blk kat clients lepas scan..xperlu amik byk client pon actually..4-5 je da ckup..client husband i semua kwn2 dia jugak actually..

time eco tgh cm ni lg sme co ni nk amik service mcm ni..sb jimat..byr 2k da dpt full set acc..kalau hire staff byr 2k tu br dpt level kerani je sbnrnya..x dpt expertise smpi leh buat full set pon..nk hire akaunta smpi leh buat full set da kne byr 5-6k kan at least..husband i tambah value added servis dia..smpi buat financial analysis..mitigate risk utk bisnes clients..sb tu kwn2 dia stay kot dgn servis dia..sb details dia bg..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn pilih keje .janji halal .
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 06:44 PM | Show all posts
shopee naik kan komisen pulak da
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sitisitu25 replied at 6-8-2020 07:18 PM
per transactions actually..normal charges utk co sme selalunya 2k sbln..buat dr terima invoice/r ...

akak sarankan sis tulis novel jah
seperti kak @Modngengade sarankan seketika dulu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.633720 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list