CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1149|Reply: 6

[Dunia] COVID-19: Kluster kelab malam, pantai dlm gelombang kedua

[Copy link]
Post time 5-8-2020 02:19 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Kunjungi kelab malam, pantai punca peningkatan kes dalam kalangan remaja
Agensi | Diterbitkan pada Ogos 05, 2020 07:00 +08

GENEVA: Golongan muda yang mengunjungi kelab malam dan pantai antara faktor peningkatan kes baharu COVID-19 di seluruh dunia.

Berdasarkan analisis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ini kerana, kadar jangkitan dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 24 tahun meningkat tiga kali ganda dalam tempoh tiga bulan.

"Analisis itu juga mendapati terdapat enam jangkitan antara 24 Februari dan 12 Julai direkodkan dalam senarai individu berusia 15 hingga 24 tahun meningkat daripada 4.5  peratus kepada 15 peratus.

"Selain itu, Amerika Syarikat yang mendahului jumlah global dengan 4.8 juta kes, negara-negara eropah termasuk Sepanyol, Jerman dan Perancis serta negara-negara asia seperti Jepun mengesahkan jangkitan terbaharu adalah daripada golongan muda," katanya yang dipetik laporan Reuters pada Rabu.
Sementara itu, seorang pengurus jururawat di Hospital Johns Hopkins di Baltimore, Maryland berkata orang muda cenderung terkena jangkitan kerana kurang kesedaran terhadap amalan penjarakan fizikal.

Katanya, peningkatan kadar jangkitan dalam kalangan mereka berpunca daripada kecenderungan melawat ke kawasan awam seperti pantai, kelab malam, atau di kedai makanan.
"Lonjakan kes baharu yang dipanggil gelombang kedua mendorong beberapa negara melaksanakan semula sekatan perjalanan dan dalam masa sama ratusan syarikat perubatan berusaha mencari vaksin virus tersebut.

"Negara-negara lain seperti Vietnam yang dipuji kerana berjaya mengawal penularan wabak dilaporkan wujud semula dan kini berusaha memerangi jangkitan baharu itu," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 5-8-2020 02:56 PM

Fuh tajuk pon.. Agak2 la..

Ingt tadi kelab malam,Pantai Dalam kat mesia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 03:08 PM | Show all posts
ayoooo ingat kt pantai dalam
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 03:09 PM | Show all posts
Ramai keluar berlibur sempena musim panas tak ikut sop kesihatan masih nak hidup macam sebelum covid19 melanda mana tak bertambah kluster
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2020 03:12 PM | Show all posts
kebetulan korang sebut Pantai Dalam
mcm mana dpt nama pantai walhal mana ada pantai tgh bandar
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Europe kan tgh summer. Pantai la jd tumpuan depa. Kwn aku yg duk German pun br je anta gmbr dia dgn famili plus member sekolah kitaorg yg duk sana gak bersantai, mkn2 kt pantai. Rilek je, dgn xde masknya. Beza sungguh dgn kita kt sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2020 03:53 PM | Show all posts
Mujur bukan pantai dalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.068357 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list