CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3060|Reply: 25

[Tempatan] 'Ini bukan Colombia, nak ugut-ugut' - Ayob Khan

[Copy link]
Post time 5-8-2020 02:31 PM | Show all posts |Read mode
'Ini bukan Colombia, nak ugut-ugut' - Ayob Khan

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/607187/ini-bukan-colombia-nak-ugut-ugut-ayob-khan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 2:09 PM

Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my


AYOB Khan pada sidang media kes sindiket pengedaran dadah di sekitar Seri Alam dan Johor Bahru.  FOTO Zain Ahmed.

SEORANG pegawai agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab memantau kemasukan bot di perairan Johor Timur menerima ugutan sekumpulan lelaki dipercayai anggota sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati), semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ugutan itu dibuat oleh tiga lelaki yang meminta anggota berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan terutama membuat pemeriksaan terhadap bot-bot yang memasuki perairan Johor Timur.

"Laporan sudah dibuat semalam. Polis sudah mengenal pasti tiga lelaki berkenaan dan sedang menyiasat sama ada mereka anggota sindiket penyeludupan Pati atau penyeludupan rokok dan minuman keras.

"Kita sudah buka kertas siasatan kes ini dan akan mengambil tindakan lanjut segera.

"Antara ugutan diberikan termasuk akan ada aksi tembak-menembak jika tindakan pemantauan dan pemeriksaan terus dijalankan ke atas bot-bot yang memasuki perairan Johor Timur.

"Perlu diingatkan ini bukan Colombia, tapi Malaysia dan Johor. Saya beri amaran polis tidak akan bertoleransi terhadap sebarang ugutan jenayah sebegini yang mahu menakut-nakutkan anggota penguat kuasa daripada menjalankan tugas, " katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Ditanya mengenai kebimbangan penduduk di kawasan Johor Timur terutama di sekitar Sungai Rengit dan Sungai Tiram, Kota Tinggi yang khuatir keselamatan terancam kerana kawasan itu dijadikan laluan tikus penyeludup Pati, Ayob Khan berkata, mereka diminta membuat laporan polis segera.

Katanya, penduduk yang mempunyai maklumat atau diugut sindiket tidak perlu takut dan bimbang membuat laporan polis kerana mereka akan dilindungi pihak berkuasa.

"Jika tak mahu ke balai, maklumkan di akaun Facebook Polis Johor atau Facebook saya malah boleh terus hubungi saya menerusi telefon.

"Memang ada penduduk atau orang kampung pun yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan namun masyarakat sudah mempunyai kesedaran dan banyak salurkan maklumat pada polis.

"Polis Johor tidak akan bertoleransi terhadap sindiket penyeludupan apa lagi jika membuat ugutan. Ini Johor," katanya.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka suka betul si ayob ni.. Nmpkla bkn semua polis tu xguna.
Ayat dia bagus.. Berani kerana benar

Baru betul professional polis mcm ni..

Ugut2 sindir perli ni perangai pondan notelo je.. hujung2 sentap! Apoo

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 05:15 PM | Show all posts
Steady Dato Ayob

inilah dia kualiti yang kita mahukan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 05:23 PM | Show all posts

Org yg buat jahat bukan berani .
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguih laa dia ni.. i like
Baru ada ciri2 kepolisan yang tegas dan berani.. baik jadi ketua polis negara laa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 05:37 PM | Show all posts
Bagus...sangat tegas. Pastu follow up dengan action..

Jauh beza ayat dengan Ketua Polis Perlis kat TV3 semalam pasal kes seludup barang ikut laluan tikus..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2020 05:47 PM | Show all posts
bangga iols dgn heols ni.. very strict tak makan dek politikus..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaiklah tegas mcm ni....bertuah betul rakyat johor ada ketua polis yg berani...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 07:26 PM | Show all posts
ini kawasan hometown aku, desaru / pengerang.. mmg laluan utama PATI keluar masuk.. dari punggai nak ke berakit (bintan) tu 45 minit je

hmmm... dh lama tak gi mancing kat pulau batu putih & karang mas
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon bintan tengah terdesak tu. Singapura dah tak masuk. Hotel2 dan klub kena tutup sebab tak laku. Sekarang makin rancak nak lari dan seludup masuk malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:14 PM | Show all posts
kalau kat Colombia tu sampai tahap tentera kena turun setel kes kartel dadah, takat polis ni depa kerat kepala cincang2
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm ni punye berani mmg layak jadi kpn nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah johor dapat ketua polis yang berani.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
God bless Him
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
This kind of leadership la yg kita mahu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Ketua Polis Johor Dato Ayob panjang umur, sihat & dilindungi dari sebarang kecelakaan manusia. Aamiin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2020 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Steadyyy lah.

You go boy!

Jazakallah Khair.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih juga kepada penduduk yg bagi info..tanpa maklumat polis pun tak buat kerja....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga mampos cepat penjenayah2 seludup PATI ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 09:06 AM | Show all posts
tak payah takut, tembak jer.
tahun 80an, selalu dengar kes polis tembak mati penjenayah.
sekarang takde lagi dah.
terrorist LTTE pun boleh lepas, macam jilake.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.165763 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list