CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 2

[Tempatan] Remaja 14 tahun rugi hampir RM300k kerana love scam

 Close [Copy link]
Post time 5-8-2020 03:52 PM | Show all posts |Read mode
REMAJA lelaki berusia 14 tahun terpaksa menanggung kerugian RM295,950 selepas diperdaya sindiket Love Scam.

Kejadian bermula Februari lalu apabila remaja berkenaan berkenalan dengan gadis melalui Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, perkenalan antara mangsa dan suspek awalnya bermula dengan satu iklan penjualan telefon di Facebook dipercayai milik gadis yang menggunakan nama Dea Anis atau Anis Anis.

"Remaja itu tertarik dengan telefon yang diiklankan lalu menghubungi gadis berkenaan melalui nombor telefon yang disertakan pada iklan berkenaan.

"Bermula dari situ, terjalin hubungan antara mereka dan mangsa sering menghubungi gadis tersebut untuk berbual melalui WhatsApp dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile," katanya dalam kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, selepas kira-kira empat bulan berkenalan, gadis itu meminta bantuan mangsa untuk meminjam wang dan permintaan itu dipenuhi.

"Dalam tempoh 2 Mei hingga 20 Jun lalu, mangsa meminjamkan wang kepada gadis itu melalui 21 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank yang diberikan namun atas nama individu lain.

"Suspek berjanji akan membayar hutangnya itu namun hingga kini dia gagal berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui penipuan itu, bapa mangsa berusia 53 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands semalam.

"Polis kini sedang mengesan seorang lelaki pemilik nombor akaun yang digunakan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Difahamkan, mangsa terpaksa mengguna wang simpanannya dan meminjam wang daripada ahli keluarganya untuk memberi kepada suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 11:05 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ade : https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1210123

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Umo 14 tahung dah rugi rm300k..
Jumlah kerugian ko dah lebihnkurang cam makcik iols kena scam dolu masa dia baru lepas bercerai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.152651 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list