CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 721|Reply: 1

[Tempatan] Remaja 14 tahun ditipu Love Scam, rugi RM295,950

 Close [Copy link]
Post time 5-8-2020 04:22 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN: Remaja lelaki 14 tahun diperdaya seorang 'gadis' yang dikenalinya dalam laman Facebook sehingga sanggup menyerahkan RM295,950 menerusi 21 transaksi pindahan wang antara 2 Mei hingga 20 Jun lalu.

Remaja itu yang dipercayai diperdaya sindiket Love Scam bukan sahaja menyerahkan wang simpanannya tetapi juga wang simpanan bapanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata perkenalan antara mangsa dan suspek bermula Februari lalu menerusi iklan jualan telefon di Facebook yang dibuat oleh seorang gadis bernama Dea Anis atau Anis Anis.

"Remaja itu tertarik dengan telefon yang diiklankan lalu menghubungi gadis berkenaan melalui nombor telefon yang disertakan.
"Bermula dari situ, terjalin hubungan antara mereka dan mangsa sering menghubungi gadis itu untuk berbual melalui aplikasi WhatsApp dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, selepas empat bulan berkenalan, gadis itu meminta bantuan mangsa untuk meminjam wang dan permintaan itu dipenuhi.
"Dalam tempoh 2 Mei hingga 20 Jun lalu, mangsa meminjamkan wang kepada gadis itu melalui 21 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank yang diberikan namun atas nama individu yang berlainan.

"Suspek berjanji akan membayar hutangnya itu namun hingga kini dia gagal berbuat demikian," katanya.
Menurutnya, selepas mengetahui penipuan itu, bapa mangsa yang berusia 53 membuat laporan polis di Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands semalam.

"Polis kini sedang mengesan seorang lelaki pemilik nombor akaun yang digunakan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 04:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061115 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list