CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 7

[Tempatan] Pulau Pinang henti aplikasi PgCARE. Rakyat wajib guna MySejahtera sahaja. Selan

[Copy link]
Post time 5-8-2020 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang hentikan aplikasi PgCARE
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 5 Ogos 2020

GEORGETOWN- Kerajaan Pulau Pinang akan menghentikan sistem pendaftaran bagi pengesanan kontak iaitu aplikasi Penang Contact Tracer (PgCARE) susulan kerajaan mewajibkan aplikasi MySejahtera kepada semua rakyat.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, PgCARE akan dihentikan bermula bulan depan dan semua rakyat Pulau Pinang akan menggunakan aplikasi MySejahtera sebagaimana ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, tindakan menghentikan aplikasi PgCARE itu menunjukkan kerajaan negeri akur terhadap arahan kerajaan Persekutuan iaitu mewajibkan penggunaan MySejahtera dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa perkara ini ke Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang iaitu PgCARE dihentikan dan MySejahtera akan diwartakan sebagai pengesanan kontak yang wajib digunakan di negeri ini.

"PgCARE yang dilancarkan pada 15 Mei lalu mempunyai 1.35 juta pengguna berdaftar dan 35,521 premis perniagaan. Aplikasi ini merekodkan 16.48 juta pendaftaran masuk sejak ia dilancarkan," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri perlu mengambil langkah tersebut bagi mengelakkan penduduk Pulau Pinang yang menggunakan PgCARE berhadapan dengan masalah kelak.

"PgCARE diterima dengan baik, jadi saya harap pihak penguat kuasa akan memberi sedikit masa untuk rakyat Pulau Pinang memuat turun aplikasi MySejahtera. Oleh itu, saya menasihatkan semua premis perniagaan dan seluruh rakyat Pulau Pinang memuat turun aplikasi MySejahtera.

"Selain itu, saya akan memohon kepada Majlis Keselamatan Negara bagi memaklumkan agensi penguatkuasaan masing-masing untuk membenarkan orang Pulau Pinang dan premis perniagaan menggunakan PgCARE sehingga 31 Ogos sebelum bertukar kepada MySejahtera," katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri menanggung kos sebanyak RM36,000 untuk 'data server' manakala syarikat Madison Technologies menanggung sejumlah RM89,282.

PgCARE merupakan projek usaha sama antara kerajaan negeri menerusi Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) dengan Madison Technologies yang disokong oleh Maxis Broadband Sdn Bhd Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2020 07:10 PM | Show all posts
masa mula-mula PKP
asal kerajaan PN umum SOP
Selangor, Pulau Pinang mesti umum lewat
ingatkan ada buat perubahan
tak ada pun
acah-acah konon nak buat pembaikan SOP
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 07:33 PM | Show all posts
haah.. guna je la satu apps kan senang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:13 PM | Show all posts
Ada orang cakap apps tersebut boleh memantau kita di mana kira berada, tetapi bagi kawan selagi kita tidak membuat apa-apa kesalahan apa yang nak ditakutkan, dapat lagi duit e-wallet RM50.00
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:46 PM | Show all posts
Aku pun confuse jugak masa balik Penang hari tu aku scan QR code pakai MySejahtera hahaha mmg tak valid la QR code tu. mana aku nak tau tak sama. Berpeluh2 scan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna satu apps saja senang.. Aku selesa guna my sejahtera.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-8-2020 07:33 PM
haah.. guna je la satu apps kan senang..

Semua ketegaq nk simpan data dik.. Gittuhlaa.. Dh jd kluster sivagangga ni br gelabah msg2 pikir..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngade2 la nak mcm2 apps..pastu last2 suh tulis buku gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059685 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list