Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 10:23 PM
BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, jam 9 pagi esok.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SRPM.
Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada jam 9 pagi, 10 Ogos ini kerana kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.
Setiausaha Agung DAP itu juga kemudiannya akan didakwa di mahkamah yang sama pada jam 9 pagi keesokan harinya (11 Ogos) kerana kesalahan mengikut Seksyen 23 akta sama.
Difahamkan, SPRM mendapat izin mendakwa Guan Eng daripada Peguam Negara.
Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu adalah bersangkutan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Terdahulu, Portal Harian Metro melaporkan Guan Eng sekali lagi hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, malam ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dilihat tiba di bangunan SPRM pada jam 9.10 malam menaiki Toyota Velfire berwarna putih.
Pada 26 Julai lalu, Guan Eng hadir kali ketiga bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Sementara itu, tersebar dakwaan dalam kalangan petugas media yang sedang 'berkampung' di Ibu Pejabat SPRM bahawa Guan Eng akan ditahan namun tiada kenyataan rasmi mengenai perkara itu dikeluarkan setakat ini.
Ayah saya telah ditahan pada malam tadi . Secara jujurnya, sejak keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan, peristiwa seperti ini telah pun dijangka akan berlaku.
Rancangan mereka mudah, fitnah dan tangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik kotor. Motif mereka jelas, fitnah dan cemarkan DAP sebagai sebuah parti yang korup, untuk hancurkan PH sikit demi sikit. Jelas ini adalah dakwaan politik, dan tindakan ini amat menjijikan.
My dad was arrested just now. To be honest we expected this day to come since the downfall of the government of Pakatan Harapan. Their plan is simple, to frame and capture those leaders who wouldn’t bow down to their dirty scheme. Their motive is clear, to dismantle DAP, ultimately destroying PH. They thrive on dirty politics, making the right wrong, and the wrong right. Unfortunately, this is how politics work here.
Post time 7-8-2020 01:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
cash lah!!!
memyampah tgk nobita ni
kalo dulu ms dia jd MoF,asal bukak mulut je,FBM KLCI jatuh merudum, pelabur asing lari
smpi tun daim suruh nobita tutup mulut la
Post time 7-8-2020 01:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
salamon replied at 7-8-2020 01:01 AM
Ayah saya telah ditahan pada malam tadi . Secara jujurnya, sejak keruntuhan Kerajaan Pakatan ...
Lawanlah di mahkamah nnt.....jgn nk coter tuduhan politik lah fitnah nk burukkan DAPig lah.....bagi ker fakta biar hakim tentukan ayah ko tu salah ke teraniaya
Post time 7-8-2020 02:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Politik ni betul2 jijik dan jahat kan..kalau puak A ni naik..abis dihukumnya puak B.kalau puak B pulak naik.dihukumnya pulak puak A...pusing2 tang tu juga...yg bkuasa akn bebas..yg hilang kuasa pulak didakwa diselongkar abis ksalahan...begitu la smpai jamil bangun balik haha...tiada yg betul2 tulus suci ...