Aidil memberitahu MStar beliau sanggup bercuti sebulan untuk menjaga Fasha dalam pantang serta membantu menguruskan baby Ai-Sha
Anak bongsu pasangan ini merupakan anak ke-3 bagi Fasha dan pertama bagi Aidil. Pemenang Anugerah Skrin 2017 Pelakon Wanita Terbaik (Drama) ini mempunyai dua orang cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu dengan Rizal Asharam (Jejai) iaitu Putra Rayfal Ramli (7) dan Putri Raysha Jemyma (5)
Fasha bertunang dengan Aidil pada 18 November 2018 dan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mac 2019
Pasangan ini mengumumkan kehamilan pada bulan Mei 2019 namun Fasha mengalami dua keguguran pada Jun 2019 dan November 2019. Kasihan beliau benar-benar berusaha untuk hamil serta turut menggunakan produk Nona Roguy baru-baru ini
Saya serta warga Forum CARI mengucapkan tahniah kepada Fasha dan Aidil, kami menanti nama penuh babygirl