CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9517|Reply: 140

[Tempatan] SPRM tahan isteri Lim Guan Eng. #18, Isteri Lim Guan Eng akan didakwa bawah Amla

  [Copy link]
Post time 7-8-2020 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 7-8-2020 02:11 PM

SPRM tahan isteri Guan Eng

https://www.malaysiakini.com/news/537713

Diterbitkan Hari ini 12:23 pm
Dikemaskini Hari ini 3:05 pm



SPRM menahan Betty Chew, isteri bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Sumber SPRM berkata, ahli perniagaan Phang Li Koon, yang sebelum ini telah pun dibebaskan daripada tuduhan berkaitan pembelian banglo Lim, turut ditangkap.

Difahamkan Phang ditahan malam tadi sementara Chew hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang hari ini.

Menurut sumber lagi, Chew disoal siasat berkaitan kes mahkamah Guan Eng pada Selasa depan.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kontroversi pembelian banglo bawah harga pasaran itu akan dibawa ke mahkamah sekali lagi.



Isu pembelian banglo itu dibawa ke mahkamah pada 2015.

Guan Eng membeli rumah itu daripada Phang pada 2015 ketika bertugas sebagai ketua menteri.

Dia juga dituduh salah guna kuasa dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam Magnificient Emblem Sdn Bhd - syarikat yang dikaitkan dengan Phang.

Phang dituduh bersubahat.

Kedua-dua mereka di dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2019, langkah yang dianggap “mengejutkan” oleh SPRM.

Permohonan menyemak semula pembebasan itu sepatutnya didengar di Mahkamah Rayuan pada Februari tetapi terganggu oleh keadaan politik yang menyaksikan berlakunya Langkah Sheraton ketika itu.

Guan Eng dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada Isnin dan Selasa depan.

Kes pada hari Isnin dipercayai berkaitan projek terowong bawah dasar laut.

Guan Eng hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta suapan 10 peratus daripada jumlah keuntungan dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Terdahulu, Chew dilihat hadir ke pejabat SPRM negeri hari ini.

The Star melaporkan, adik Guan Eng, Lim Hui Ying, turut hadir ke SPRM bersama Chew.

Malaysiakini sudah menghubungi SPRM dan Hui Ying untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Opismate aku yg dapig kata guan eng ni baik, tak pernah mencuri, dia dapat rumah besar murah tu sebab orang rumah tu kata guan eng baik, tu yg dia jual murah gila...

Kena tang guan j eng, semua baik kan????
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 05:17 PM | Show all posts
ni semua mesti bermotif poltik
maklum la kena pd DAP
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahhahhahahahaha

Padam muka
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 05:56 PM | Show all posts
sama macam kes ex MB selangor jer.
setakat penjara setahun,
bila keluar jer boleh kawin baru bini muda

curi duit rakyat juta2 penjara 1 tahun,
curi duit tabung mesjid RM2, penjara 2 tahun.

so next time nak jadi pencuri, jadi la ahli politaik
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berhenti lagi hadiah tahun 2020 ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosmah mansur dah ada kawan membawang kat penjara nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 09:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 09:14 PM | Show all posts
kalau aku minta analisis pemuja perasuah lim guan eng axl-bach

msti dia jawab

pray for adib

ramai dalam forum ni dah x de nilai2 integriti

konon pejuang menentang rasuah

kawan sendiri rasuah diam

memalukan

dap dan macai2nya parti rasuah

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 09:24 PM | Show all posts
apa komen panjang2 drpd @Maideen.

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 09:40 PM | Show all posts
Kurex replied at 7-8-2020 04:24 PM
Opismate aku yg dapig kata guan eng ni baik, tak pernah mencuri, dia dapat rumah besar murah tu seba ...




Opismate ko xcukup akal ,harap ko janganlah buat dia kawan balik ko kurexx
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 09:44 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-8-2020 05:23 PM
Hahahhahhahahahaha

Padam muka

Tahu lah muka isteri dia xlawa
tp xkan nak padam mcm tu saja bangkem
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 09:44 PM | Show all posts
Aku xhairan isteri dia kena tahan sebab mmg isteri dia pun kuat makan rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 09:46 PM | Show all posts

Aku tertanya mcm mana audit duit  perjalanan kewangan  Negeri Pulau Pinang.

cina DAP nampak mcm bermaharajalela sangat di Pulau Pinang.

Pergi halau  cina


Masukkan pemimpin PAS disana.

Pulau Pinang tu mcm transit dadah, pengubahan wang haram.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 09:47 PM | Show all posts
Jenayah yg mengambil ruang pelabuhan banyak berlabuh di Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik rasuah ker, curi duit ker, baik menteri BN,PN,PH, Pas harus kita tentang dan sumbat mereka dalam jail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 7-8-2020 04:24 PM
Opismate aku yg dapig kata guan eng ni baik, tak pernah mencuri, dia dapat rumah besar murah tu seba ...

Aku harap takdo la adegan terejun bgnan kerajaan lagik ye.....ni bini..next saper plak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2020 10:10 PM | Show all posts
Isteri Guan Eng akan didakwa bawah Amla Selasa ini

https://www.malaysiakini.com/news/537797

Diterbitkan Hari ini 8:30 pm
Dikemaskini Hari ini 8:30 pm



Isteri bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Betty Chew, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal hari ini untuk membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 11 Ogos.

Chew yang hadir di ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur pada 10.45 pagi, ditemani peguam Lee Khai dan adik iparnya, Lim Hui Ying.

Lee berkata beliau mengiringi anak guamnya ke SPRM pagi tadi untuk merekodkan kenyataan untuk membantu siasatan SPRM mengenai penglibatan beliau dengan sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

“Siasatan ini berkaitan perunding perundangan yang beliau tawarkan kepada syarikat dan ia disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Dia akan didakwa pada Selasa pagi di Mahkamah Butterworth,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata Hui Ying tidak terlibat dalam kes itu dan kehadirannya di situ adalah sebagai penjamin. Chew diikat jamin RM50,000.

Bagaimanapun, Lee menafikan siasatan ke atas Chew ada kaitan dengan projek kontroversi terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

“Tidak… tiada kaitan dengan projek terowong dasar laut,” katanya.

Selepas lebih lima jam, Chew dilihat meninggalkan pejabat SPRM Pulau Pinang pada 4.30 petang diiringi Hui Ying dan Lee.

Terdahulu, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja yang bagus SPRM

aku cukup bangga kita ada agensi yang all out begini
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 10:39 PM | Show all posts

Guan Eng's wife to be charged under Amla on Tuesday (Aug 11), says lawyer
    Friday, 07 Aug 2020
    7:22 PM MYT


GEORGE TOWN (Bernama): Former finance minister Lim Guan Eng’s wife, Betty Chew (pic), who was arrested by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) earlier on Friday (Aug 7) to assist investigations into a case of her involvement with a private company, will be charged at the Butterworth Sessions Court on Aug 11.

Chew who turned up at MACC headquarters here at about 10.45am, was accompanied by her sister-in law, Lim Hui Ying and lawyer Lee Khai.

Lee said he accompanied his client to the MACC to have her statement taken over the investigation on her alleged involvement with a private company, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

"The investigation is relating to the legal consultancy she provided to the company and it was investigated under the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities (Amla) Act.

"She will be charged on Tuesday morning (Aug 11) at the Butterworth Court," he told reporters before leaving the MACC office in Jalan Sultan Ahmad Shah.

He added that Hui Ying was not involved in the case and was there to post the RM50,000 bail after Chew’s arrest.

Lee also denied that the investigation on Chew has anything to do with the controversial RM6.3bil Penang undersea tunnel project.

"No...it has got nothing to do with the undersea tunnel project," he said.

After more than five hours, Chew was seen leaving the Penang's MACC office at 4.30pm accompanied by Hui Ying and Lee.

It was reported earlier that Guan Eng was charged in the Kuala Lumpur Sessions Court with soliciting gratification to help a company secure the Penang undersea tunnel project.

Guan Eng pleaded not guilty to the charge which was read out to him before judge Azura Alwi.

Guan Eng is also expected to be charged at Penang Sessions Court on Aug 10 and 11 under Section 23 of the MACC Act 2009.- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.409971 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list