SEREMBAN: Lima orang cedera parah dalam nahas yang melibatkan sebuah lori treler dan tiga kenderaan lain di Kilometer 222.7 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran persimpangan Simpang Ampat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, dalam kemalangan jam 10.14 malam, treler itu, yang menuju ke Melaka dari Klang, Selangor dipercayai hilang kawalan sebelum melintang di tengah jalan raya.
Tiga kenderaan, Honda Jazz, Toyota Hilux dan Nissan Grand Livina tidak dapat berhenti tepat pada waktunya dan merempuh treler, katanya.
Beliau mengatakan bahawa pemandu dan tiga penumpang dari Honda Jazz, dan pemandu Toyota Hilux, cedera parah sementara pemandu Nissan Grand Livina dan treler melarikan diri tanpa cedera.
"Yang cedera dihantar ke hospital Alor Gajah di Melaka untuk rawatan," kata Anuar Bakri.
Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambahnya.
- BERNAMA
Sumber : http://english.astroawani.com/malaysia-news/five-seriously-hurt-nse-crash-near-simpang-ampat-cops-254361
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan dalam muatnaik terbaru menerusi laman Twitter mereka, berlakunya satu kemalangan di kilometer 222.9 arah selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat.
Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, kelihatan sebuah treler melintang atas lebuhraya tersebut dan dilanggar oleh dua buah kenderaan yang dipercayai kereta jenis MPV dan sebuah pacuan empat roda.
LLm juga menyatakan trafik sesak sehingga 5 kilometer arah Selatan manakala arah Utara sesak di sekitar lokasi. Laluan arah Selatan hanya lorong kiri boleh dilalui manakala arah Utara hanya lorong kiri & tengah boleh dilalui.
Kemaskini terbaru kami terima, video kemalangan ini menunjukkan sebuah lagi kenderaan terlibat dan dilihat tersepit pada pembahagi jalan leburaya terbabit.
Post time 8-8-2020 01:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ak klu lalu sebelah treler , mmg ak bg dia jln dulu, klu ak nk potong (ni klu lalu highway 3 lorong ke), mmg ak tgk belah kanan, biar xde kereta sblh kanan baru ak laju ke dpn. treler ni kdg2 suka mkn jln. klu kanan ada kereta, yg tengah nk maju ke dpn, takut bergesel sesama kereta, sbb si tengah nk elak treler mkn jln.
Post time 8-8-2020 02:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
adoi.. melintang terus, kalau laju mmg x sempat brake.. ni la aku akan elak gerak mlm ni.. seboleh mungkin akan gerak tghari so akan sampai destinasi dekat2 maghrib, still tak gelap lg.. drive siang sebab terang benderang senang nk tgk jalan dan apa2 jadi pun senang nampak...
Post time 8-8-2020 03:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
FAKTA:
KEJADIAN: Kemalangan yang melibatkan 2 bas, 3 kereta, 1 van dan 1 motosikal yang menyebabkan 13 maut dan 45 cedera.
Sebuah bas ekspres dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur yang dipercayai dipandu laju terbabas lalu merempuh penghadang jalan, melambung ke laluan bertentangan dan melanggar 1 van, menghempap 2 kereta dan kemudiannya melanggar 1 lagi kereta, 1 bas milik JKM dan sebuah motosikal.
LOKASI: Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, Negri Sembilan
Post time 8-8-2020 05:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Minta kerajaan wujudkan lampu jalan di seluruh highway di Malaysia dari letak lampu lilit2 pada pokok di bandar2 yg agak membazir kegunaan. ..jarak lampu highway setiap 30m pun dah ok dari gelap gelita waktu mlm. ....
Post time 8-8-2020 05:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by kakyungpilah85 at 8-8-2020 05:33 AM
Bukan nak cakap ape.. Tempat ni memang puaka... Kakyung pernah jumpa dengan kawan2 kakyung kes macam ni.. Tapi bukan kemalangan betul2 la... Treler melintang macam ni... Nasib kawan kakyung yg drive tu jenis xcepat panik.. Cepat2 elak.. Sebab mcm pelik.. Highway tu tiba2 xde sebijik kenderaan pon lalu time tu... Esok beli paper nak tengok kot2 ade ke citer kemalangan kat highway tu.. Xde pon wehhh... Masa tu rasa seram xyah cakap laa.. Sape2 yang lalu area pedas-linggi sampai ke simpang ampat tu malam2 beringat2 la sikit ye.. Utk x OT.. Kakyung doakan semoga Tuhan ampuni dosa org yang meninggal tu.. Aminnnn