View: 7823|Reply: 75
|
[Tempatan]
COVID-19. Jururawat klinik kesihatan di Ipoh positif. Usaha mengesan kontak rapa
[Copy link]
|
|
Kontak jururawat positif Covid-19 sedang dikesan
myMetroutama
BERNAMA
JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat Covid-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di Ipoh.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, ia berikutan anggota kesihatan yang dimaksudkan merupakan kes positif Covid-19 yang dilaporkan semalam.
Beliau berkata, anggota kesihatan itu sudah menjalani saringan selepas menunjukkan gejala jangkitan saluran pernafasan di sebuah klinik kesihatan pada Rabu lalu sebelum ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 mendapatinya positif pada keesokannya.
"Ketika ini, anggota terbabit sudah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
"Siasatan rapi untuk mengesan punca jangkitan masih dijalankan.
"Saringan awal ke atas lima orang kontak keluarga yang tinggal serumah dengan anggota ini didapati negatif untuk Covid-19," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Dr Ding berkata, pihaknya mengambil maklum mesej tular di media sosial membabitkan seorang lelaki yang marah terhadap tindakan anggota kesihatan itu masih menjalankan tugas meskipun mempunyai gejala jangkitan saluran penafasan.
Terdahulu, tular di Facebook, seorang lelaki menyatakan isteri dan anaknya diminta untuk membuat saringan selepas seorang anggota kesihatan yang menjalankan tugas di kemudahan berkenaan positif Covid-19.
Turut dinyatakan, isteri dan anaknya menerima rawatan daripada jururawat berkenaan ketika menjalankan pemeriksaan rutin di klinik kesihatan itu.
Mengulas lanjut, Dr Ding berkata, anggota kesihatan berkenaan sebelum ini mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) dan bukan diletakkan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) untuk jangkitan Covid-19.
"Anggota itu juga tidak mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kedah dan tiada sejarah kontak rapat dengan mana-mana kes positif Covid-19 sebelum ini.
"Sepanjang menjalankan tugas dalam tempoh ini, anggota ini sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pensanitasi tangan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 11:49 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah mmg meningkat kaw2 ni..risau sgt2.dpt dr mana pulak nurse ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Google Datuk Dr Ding Lay Ming, sweet muka dia suka senyum. Macam familiar nama ni. Ke dia pernah rawat iols dulu?
|
|
|
|
|
|
|
|
rosmahisham replied at 9-8-2020 12:26 AM
Ya Allah mmg meningkat kaw2 ni..risau sgt2.dpt dr mana pulak nurse ni.
Harap bukan sporadik. Gerun pulak rasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 9-8-2020 07:37 AM
klinik kesehatan Ipoh yg mana tu ni.selalu nya doktor yg bagi rawatan, nurse hanya membantu. mungkin dia pun jangkit dr pesakit yg dtg kesitu . harap tak ramai yg terlibat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini yang ditakuti. Same case dengan pesakit yg positif pra pembedahan. Ntah dari mana dapat jangkitan |
|
|
|
|
|
|
|
ya Rabb...isk...muncul balik ye kes kes macam ni - semoga dapat dimudahkan segala urusan pengesanan kontak rapat secara aktif dan habis habisan. |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 9-8-2020 12:39 AM
klinik kesehatan Ipoh yg mana tu.selalu nya doktor yg bagi rawatan, nurse hanya membantu
Jelapang katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dari kluster Sivagangga? |
|
|
|
|
|
|
|
"Anggota itu juga tidak mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kedah dan tiada sejarah kontak rapat dengan mana-mana kes positif Covid-19 sebelum ini
Habis tu dpt dari mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni klu kluster siva
Memang hanat btl |
|
|
|
|
|
|
|
Pun begitu, aku x setuju ayat die ni yang salahkan nurse tu, and specifically mcm nk salhkan die more sbb die melayu.
I understand the frustration, tp nurse tu mane le tau die covid.
Lain la kalau die sepatutnye kuarantin tp gatal nk keje jgk
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kes Jelapang tak dpt trace lagi dari mana
tu sebab perlunya scan mySejahtera
sebab nak trace travel history 14 hari ke belakang
ni di Perak
setakat nak install SeLangkah
tak guna pun di negeri lain
kesian PKR/PH Selangor
tak leh fikir benda2 mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 9-8-2020 12:39 AM
klinik kesehatan Ipoh yg mana tu.selalu nya doktor yg bagi rawatan, nurse hanya membantu
Kalau di klinik jelapang ni, semua pesakit akan jumpa misi untuk check bp and such dulu, baru jumpa doktor |
|
|
|
|
|
|
|
ellez replied at 9-8-2020 05:35 AM
Habis tu dpt dari mana?
Mungkin dapat dr pesakit yg dtg ke klinik tu.ramai jgk pesakit yg kena demam flu ambik rawatan disitu.entah entah ada yg positif covid tp pesakit sendiri pun tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 9-8-2020 07:59 AM
Mungkin dapat dr pesakit yg dtg ke klinik tu.ramai jgk pesakit yg kena demam flu ambik rawatan dis ...
Ya..betul juga kan..
Tapi iols xtau yg ni cthnya klu kita demam flu,batuk2 dimusim sekarang,mmg klinik tak buat test covid kpd semua pesakit ke(tak kira samada ada atau tidak sejarah keluar negara/close contact dgn pesakit +covid dan etc)..
Adakah sekadar terus bg ubat je dgn anggapan penyakit biasa..
.. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 9-8-2020 12:33 AM
Harap bukan sporadik. Gerun pulak rasa.
Kan..mmg gerun .nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
ellez replied at 9-8-2020 08:12 AM
Ya..betul juga kan..
Tapi iols xtau yg ni cthnya klu kita demam flu,batuk2 dimusim sekarang,mmg k ...
Itu lah masalah nya sekarang. test covid hanya diberi pd phk tertentu yg ada kontek dgn pesakit dr klaster tertentu je.yg lain tu dianggap tak de risiko jadi tak perlu di uji. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 9-8-2020 09:19 AM
Aku ni dr area Tasek tk.jauh dr Jelapang.dengar nya nurse ni ok je masa hari dia bertugas tu.dah tu baru tunjuk tanda2 sakit dan terus buat covid test.jadi tak wajar lah pesakit yg kena buat test covid tu nak salahkan nurse melayu tu. mentang mentang lah nurse tu melayu....cina ipoh ni rasist sgt.dia patur berterima kaseh sbb phk klinik ambik berat utk call dn buat ujian. sesiapa pun boleh kena kalu nasib tak baik.usah mudah nak maki petugas kerajaan yg berkorban jd frontliner. |
|
|
|
|
|
|
|
Adududu
Dh sampai ipoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|