CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5502|Reply: 67

[Tempatan] Kluster kayangan. Kerenah puak-puak ni di era PKPP. Antaranya nak duduk hotel ar

  [Copy link]
Post time 9-8-2020 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Kluster kayangan - episod kedua
    myMetroutama
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


"GOLONGAN kluster kayangan belum pupus. Namun kali ini majoritinya adalah dalam kalangan warga asing yang diarah menjalani proses kuarantin wajib 14 hari di hotel," kata seorang petugas frontliner (barisan hadapan) yang menyeliakan pusat kuarantin di sebuah hotel di ibu kota.

Mendedahkan perkara itu, dia yang turut berpengalaman mengendalikan pusat kuarantin sejak Februari lalu mendakwa ramai petugas barisan hadapan terpaksa melayan pelbagai kerenah individu yang diarahkan menjalani kuarantin sebaik tiba di tanah air.

"Berbanding sebelum ini, kluster kayangan kerap dikaitkan dengan warga tempatan namun kini keadaannya berbeza apabila golongan banyak ragam ini membabitkan warga asing.

"Ramai individu dalam pemerhatian (PUS) warga asing ini tidak faham arahan mereka akan dikuarantin selama 14 hari sebaik mereka masuk ke Malaysia. Ini menyebabkan berlaku suasana tegang ketika proses pendaftaran PUS di hotel.

"Ada antara mereka meninggikan suara dan ada pula yang tidak mahu dikuarantin. Malah, pelbagai alasan diberikan termasuk ada yang memarahi kami," katanya,

Menurutnya, ada juga golongan kluster kayangan ini memberi alasan tidak mempunyai wang mencukupi untuk tinggal di hotel walaupun ada antara mereka daripada golongan berada.


PETUGAS barisan hadapan membabitkan kakitangan KKM dan APM yang kepenatan tertidur di lantai hotel apabila perlu bertugas hingga ke Subuh.

"Mereka tidak mahu membayar caj hotel ditetapkan. Oleh itu ada antara mereka terpaksa dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) yang dijadikan pusat kuarantin.

"Terdapat juga PUS yang memilih hotel dan mahu dipindahkan ke hotel lain dengan alasan tidak selesa atau mahukan hotel lebih mewah," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Rela, pihak pengurusan hotel dan ILA yang menguruskan PUS ini bersikap profesional dalam menangani kerenah PUS ini.

"Kami cuba bertoleransi dan memenuhi segala kemahuan mereka asalkan ia tidak bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) serta arahan ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 terutama membabitkan kes import," katanya.

Media sebelum ini pernah melaporkan tindak-tanduk kluster kayangan yang bertindak angkuh dan membuat pelbagai permintaan tidak munasabah termasuk meminta ditukarkan bilik hotel di Putrajaya kepada bilik mempunyai pemandangan lebih cantik.

Malah di Sarawak, seorang lelaki yang menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel di Kuching, Sarawak mencetuskan panik apabila membakar botol cecair pembasmi kuman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 7:01 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala.. Korang trlepas la nama hamjadah tu.. Biar jabatan bawang negara urusan utk korang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
TAHNIAH GOMEN kerana terlalu patuh kehendak golongan ini sehingga boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama rakyat marhaen
Sekarang ni satu per satu onar yg telah di buat oleh golongan yg di pampered sgt oleh gomen telah di tunjukkan oleh golongan ni
Sampai sekarang tak dengar tindakan @ hukuman yg gomen kenakan kpd golongan ni yg ingkar SOP kuarantin di rumah contoh kes makcik gelang pink
Kalau rakyat marhaen yg bersuara & bongkarkan kebenaran so cepat2 GOMEN ambil tindakan

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pergi bg warga asing masuk apahal
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu aku tak suka warga asing dari mana2 negara
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pkpd je balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 9-8-2020 08:16 AM
TAHNIAH GOMEN kerana terlalu patuh kehendak golongan ini sehingga boleh mendatangkan kesan yang buru ...

aku ada raisekan issue yg sama kat benang lain sblum ni...xder dgr pun mak cik gelang punk, si siva n yg kes terdahulu kluster jemaah tuh ditambil tindakan...ada forrumer ckp, skrgkan tgh kena kuarantin so xderlah tindakan diambil..now mak cik pink still kuarantin kah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita patut buat peraturan yg > ketat sblm terima masuk warga asing ni ke negara kita. Cthnya, buat perjanjian bertulis yg perlu mrk persetujui spt x boleh memilih pusat kuarantin, kos ditanggung sepenuhnya oleh warga asing tsb, x boleh berlaku biadap terhdp frontliner yg attend to them, sekiranya dorg langgar perjanjian ni, maka Kerajaan kita boleh htr dorg balik ke negara mrk, dgn kos tsb pun ditanggung oleh mrk sendiri. Atau jika memilih x bersetuju, maka x diberi kebenaran utk masuk negara kita.

Biarla org luar kata payah nak masuk negara kita, tp utk kebaikan kita juga. Dr bwk masuk org mengada2 camni. Negara luar pun pre-covid dah strict bg org masuk (cth Australia, Korea), jd apa sgt la kalah kita strict di era covid nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2020 10:03 AM | Show all posts
kluster bangangan

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
patutnya frontliners tu cucuk je puak2 babi kayangan ni dgn virus covid tu dgn injection
baru reti nak jd humble lepas tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn dilayan kayangan ni
ini negara mesia. ikut arahan jika nk masok mesia.
kalau tak nk ikut sila blahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 11:45 AM | Show all posts
Patutnya jgn bagi balik trus.susah jaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
amerald replied at 9-8-2020 11:43 AM
jgn dilayan kayangan ni
ini negara mesia. ikut arahan jika nk masok mesia.
kalau tak nk ikut ...

Xpayah bagi masuk..apa kepentingan tah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 9-8-2020 11:47 AM
Xpayah bagi masuk..apa kepentingan tah

Undi daripada kayangan ini sangat penting berbanding kita yg tinggal di bumi ini.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bi bukan kluster melancong kn?
Kluster bisnes....PR kn?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 04:17 PM | Show all posts
Edited by kmelankolia at 9-8-2020 04:20 PM

bg muka sgt kayangan & warga asing...depa2 ni yg byk bw masalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah ngan pak long korang kan baik hati bagi bwn import masuk. Mendapat la frontliner. Nak handle peranagai hanat seko2, kes pulak makin bertambah. X berbaloi langsung buat masuk. Kos treatment pun dh brape
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 9-8-2020 09:36 AM
aku ada raisekan issue yg sama kat benang lain sblum ni...xder dgr pun mak cik gelang punk, si siv ...

Makcik pink tu masih warded di HRPB ngn anknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 9-8-2020 09:36 AM
aku ada raisekan issue yg sama kat benang lain sblum ni...xder dgr pun mak cik gelang punk, si siv ...

@msdummy.2018  I ada followed posting hang tu
Sekarang ni I lebih banyak reserved comment coz sebelum ni I dah buat comment seperti pasal sesi persekolahan di buka semula ( ramai pelajar yg kurang sihat tapi tak di dedahkan), pasal tak benarkan rentas desa utk balik beraya Aidilfitri ( sekarang dah ada kes pasal balik baraya), pasal kuarantin di rumah & kluster kayangan (sekarang kluster tu tengah meledak) dll
So sekarang ni satu persatu dah mula keluar apa yg aku suarakan sebelum ni

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 9-8-2020 08:40 PM
@msdummy.2018  I ada followed posting hang tu
Sekarang ni I lebih banyak reserved comment coz seb ...

Memang dr noor  x bgilah rentas desa but kerajaaan tetap bagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.088275 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list