Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1699
View
24
Reply

[Politik] Update: Saksikan video kita sembang adik beradik dulu #25 Ck... ck... ck... Tok Mat bakal bertanding di Rembau pada PRU15, KJ DIPINDAHKAN ke Tampin

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-8-2020 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 17-8-2020 02:04 AM

Tok Mat bakal bertanding di Rembau pada PRU15, KJ pindah ke Tampin
Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 09, 2020 12:29 +08 | Durasi: 1 minit, 1 saat



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, lapor Malaysiapost.

Mohamad dilaporkan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Sri Kota, pada Sabtu.

Saya kena pergi pusat dan besar kemungkinannya nanti, PRU15 ini saya akan menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen di Rembau.

Disebabkan dua orang dari satu tempat, kita kena berpecah ke kawasan yang lain.
Saya pula tak tahu nak pergi ke mana, ini kawasan saya dan sebagai Ketua Bahagian (Umno) saya menawarkan diri di sini, katanya.

Dengan pengumuman rasmi yang dibuat Mohamad itu, penyandang kerusi parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi perlu mencari kerusi lain untuk bertanding.
Bagaimanapun, Mohamad memberi jaminan bahawa Khairy akan diberikan kerusi yang boleh menjamin kemenangannya dalam pilihanraya umum akan datang.

Sebelum itu, Ketua Umno Cawangan Sri Kota, Datuk Seri Dr Awaludin Said membentangkan usul tergempar mencadangkan agar Mohamad bertanding di Parlimen Rembau dalam PRU15 nanti.

Difahamkan Khairy bakal bertanding Parlimen Tampin yang jatuh ke tangan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14 lalu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 9-8-2020 12:55 PM | Show all posts
Laporan: Umno 'terpaksa pindahkan' KJ ke kerusi lain
Diterbitkan Hari ini 8:45 am



Selepas bertapak selama tiga penggal, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilapor akan 'dipindahkan' ke kerusi di luar Rembau pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Langkah itu akan diambil bagi membolehkan kerusi berkenaan ditandingi ketua Umno kawasan itu, Mohamad Hasan.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dipetik sebagai berkata dalam PRU akan datang dia tidak lagi bertanding di peringkat dewan undangan negeri.

[...] ini kawasan saya dan sebagai ketua bahagian (Umno) saya menawarkan diri di sini, katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Sri Kota semalam.

Dipetik portal Malaysia Post, Mohamad berkata dia tidak tahu ke mana Khairy Jamaluddin akan diletakkan pada PRU akan datang. Pun begitu Mohamad yang juga timbalan presiden Umno membayangkan Khairy Jamaluddin tidak akan dibiarkan begitu saja.

Kata Mohamad, Khairy Jamaluddin tidak akan dibiarkan begitu saja sebaliknya kemungkinan akan diletakkan di sebuah kawasan lain yang dianggap selamat buat bekas ketua Pemuda Umno.

Khairy Jamaluddin dijangka diberi tugas untuk merampas kembali kerusi Tampin yang kini diwakili Hasan Bahrom dari Pakatan Harapan (PH).

Ia dijangka tidak menjadi masalah besar kerana kedudukan Mohamad sendiri sebagai pengerusi Umno Negeri Sembilan.

Dua orang di satu tempat

Untuk rekod Khairy Jamaluddin, 46, merupakan salah seorang pemimpin berprofil tinggi sejak awal dia menyertai politik. Selain merupakan menantu kepada perdana menteri kelima Malaysia, pendekatan politik anak bekas diplomat itu juga berwarna-warni.

Dalam pemilihan Umno pada 2018, dia menawarkan diri bertanding untuk jawatan presiden tetapi gagal apabila dikalahkan anggota parlimen Bagan Datuk, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy Jamaluddin mula bertanding di Rembau pada PRU ke-12 yang diadakan pada 2008.

Dia sekali lagi memenangi kerusi Rembau pada PRU ke-13 dengan mengalahkan tiga calon lain.



Dalam PRU ke-14 Khairy Jamaluddin mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti lebih 4,300 undi.

Akhir-akhir ini Khairy Jamaluddin menarik perhatian ramai apabila memberikan komen yang kurang disenangi sesetengah pihak mengenai bekas perdana menteri keenam, Najib Razak.

Antaranya Khairy Jamaluddin menyarankan agar Umno mengambil langkah ke depan apabila Najib didapati bersalah oleh mahkamah atas semua tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Menurut Khairy Jamaluddin masih ada sesetengah pihak yang berharap agar Najib kembali mengetuai Umno walaupun dia sudah didapati bersalah atas dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Mohamad berkata dalam PRU akan datang dia perlu bertanding di kawasan parlimen.

Disebabkan (ada) dua orang dari satu tempat, kita kena berpecah ke kawasan yang lain," katanya.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-8-2020 12:59 PM | Show all posts
Throwback tahun lepas...

Riuh apabila KJ disebut Ahli Parlimen Tampin
By Muhammad Azizul Osman - 7 April 2019



PRK RANTAU C Ceramah Barisan Nasional (BN) yang menampilkan calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan disulami dengan suasana yang mencuit hati.

Sebaik majlis mesra bersama Tok Mad di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sri Lalang bermula, pengacara yang ingin memperkenalkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tersilap menyebut kerusi yang disandang oleh beliau.

Dipersilakan saudara Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Tampin memberikan sepatah dua kata, kata pengacara majlis.

Sebaik menerima mikrofon, Khairy pantas membuat komen berseloroh.

Tau lah Tok mad nak tanding Rembau, tapi awal sangat tu, katanya di hadapan Mohamad yang jelas tersenyum bersahaja.

Khairy berkata demikian selepas pengacara majlis tersebut salah menyebut beliau Parlimen Tampin.

Ia disambut dengan gelak tawa dan tepukan gemuruh kira-kira 500 penyokong BN dan pengundi Rantau.

Minggu lalu, Mohamad secara tiba-tiba membuat kenyataan bahawa beliau menaruh harapan untuk bertanding di kerusi Parlimen selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Rasa-rasanya PRU-15 saya tidak akan lagi bertanding di Rantau, saya akan bertanding di Parlimen pulakan.

Tapi bertanding di Rantau, Parlimen pun bertanding juga kan, takkan sudah dapat girlfriend baharu, orang tua kita tinggalkan, katanya sewaktu berucap dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sendayan, minggu lalu.

Khairy ketika mengulas perkara tersebut menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan empat mata sekiranya Mohamad tetap mahu bertanding kerusi Parlimen.

Boleh, tapi kita kena bincang dulu, balas Khairy. C MalaysiaGazette
Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Berebut tempat pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kj patut bertanding di seremban la aper barang gi tampin
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-8-2020 01:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-8-2020 01:13 PM | Show all posts
Faham-faham sahaja lah...


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok kit siang pun sesat hingga ke gelang patah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 9-8-2020 01:01 PM
kj patut bertanding di seremban la aper barang gi tampin

anthony DAP is abang long kawasan seremban
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:23 PM | Show all posts
ck ck ck

bunyi ayam ka?

atau bunyi perasuah DAP bila didakwa pertuduhan rasuah

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeay.. Kampung omak den.. Huhu.. Ghombau pun waghih ado yo..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-8-2020 01:22 PM
anthony DAP is abang long kawasan seremban

kamon keri takkan chinese tak nak vote dak okspod kot hahaha kek tampin tanding apo bondo...seghomban la
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
apsal plak kj dgn tokmat nak merebut kerusi tradisi bersatu??

tunggu la din pagoh bg keputusan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 9-8-2020 01:27 PM
kamon keri takkan chinese tak nak vote dak okspod kot hahaha kek tampin tanding apo bondo...seghom ...

tu la.kalo betul anak jantan, pi la compete dgn anthony tu
KJ umno vs Anthony DAP
kita tgk siapa yg hebat
seremban - tgh2 bandar dan area rasah mmg kawasan cina, area ampangan,senawang,paroi ramai la melayu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:36 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-8-2020 01:30 PM
tu la.kalo betul anak jantan, pi la compete dgn anthony tu
KJ umno vs Anthony DAP
kita tgk siapa ...

kj suci budak tingkat empat itu hanya dongeng mahathir


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-8-2020 01:30 PM
tu la.kalo betul anak jantan, pi la compete dgn anthony tu
KJ umno vs Anthony DAP
kita tgk siapa ...

tu la se botoboto konpiden kalau keri kempen kek seghomban sekali dia sepiking landen berdesup nyonya rasah pangkah...kamon keri u ken duit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa berkempen PRK DUN Rantau lagi, memang Tok Mat disebut bertanding Parlimen Rembau.
KJ ke Tampin atau diluar N9 maybe Putrajaya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Risau pulak ayam PH ye pasal hal umno...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 9-8-2020 02:57 PM

i rase umno senyap2 nak khianat c zahid hamidi, nak tutup pluang jd pm, sbb dieorg tau zahid hamidi n najib is liabiliti, pastu lantik tok mat jd ketua umno dan seterusnya jd pm,mengamukla nurul zahid dlm socmed nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 05:46 PM | Show all posts
tercapailah impian acik acik nk tgk tok mat jadi PM
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list