Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
499
View
5
Reply

[Tempatan] Jom kibar bendera, jangan kibar Jalur Gemilang lusuh, koyak

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-8-2020 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Jangan kibar Jalur Gemilang lusuh, koyak
MyMetro Mutakhir

image.png
ISMAIL menyampaikan Jalur Gemilang kepada anggota komuniti Pantai Kundor. FOTO Hassan Omar

Hassan Omar

KETUA MENTERI Datuk Sulaiman Md Ali mengingatkan rakyat Melaka supaya tidak mengibarkan Jalur Gemilang lusuh dan koyak kerana ia mempamerkan ketidakprihatinan terhadap kemerdekaan negara.

Beliau turut meminta rakyat supaya memastikan bendera kebangsaan tidak dikibarkan di tempat yang tidak sepatutnya bagi menghormati kedaulatan negara yang bebas daripada penjajah sejak 63 tahun lalu.

"Saya perhatikan, masih ada segelintir dalam kalangan kita yang tidak segan mengibarkan bendera lusuh dan koyak atau meletakkan Jalur Gemilang di tempat yang tidak sepatutnya.

"Saya percaya rakyat Melaka yang teguh dengan semangat patriotisme, pastinya mempunyai semangat sebenar yang mengalir dalam darah masing-masing dan ayuh, sama-sama mengangkat slogan 'Malaysia Prihatin' yang melambangkan kita amat prihatin antara satu sama lain," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan EXCO Perpaduan, Perhubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ismail Othman ketika perasmian sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor di Pantai Puteri, Tanjung Kling, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Sulaiman berkata, sebagai rakyat negeri yang kaya dengan nilai sejarah, beliau meminta anggota komuniti supaya menghayati sejarah perjuangan Bapa Kemerdekaan negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahmah menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.

"Meniti kembali sejarah kegemilangan dan kemerdekaan negara, Melaka antara negeri yang penuh dengan sejarah dan peristiwa hebat dengan kebanyakan tokoh tanah air yang membawa kegemilangan negara datangnya dari Melaka.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan anggota komunti supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi menangani penularan pandemik Covid-19 kerana wabak berkenaan masih belum tamat sepenuhnya.

Katanya, walaupun sambutan bulan kemerdekaan tahun ini berbeza dengan tahun lalu dan tahun sebelumnya, rakyat tetap perlu bersemangat bagi menzahirkan semangat patriotik kepada tanah air tercinta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 11:16 AM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 9-8-2020 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling penting tiada bendera terbalik
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastikan bucu bintang mencukupi.jangan tiga bucu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 01:53 PM | Show all posts
cuba gantung bendera China atau Singapore terbalik kat laman rumah. belum sempat kena viral dah ada kumpulan leluhur datang mengamuk. tapi kalau bendera Malaysia? haiyaa just a flag only maa.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-8-2020 03:55 PM | Show all posts
domestobot replied at 9-8-2020 01:53 PM
cuba gantung bendera China atau Singapore terbalik kat laman rumah. belum sempat kena viral dah ada  ...

dah pernah buat ka?


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2020 04:24 PM | Show all posts
Tahun ni Maideen tak kibarkan bendera di rumah.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list