CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5116|Reply: 59

[Tempatan] Dulu kerja kerajaan semestinya TERJAMIN pendapatan.Berhenti. Sekarang ternak 3,0

  [Copy link]
Post time 10-8-2020 01:32 AM | Show all posts |Read mode
'Arnab makan sikit saja'
    myMetro>xpresi
Fairul Asmaini Mohd Pilus



SAMBUTAN menggalakkan terhadap daging arnab mendorong anak muda, Mohamad Rizal Adha Mohd Johari, 27, menternak haiwan berkenaan secara komersial sejak empat tahun lalu.

Bermula sebagai hobi, Mohamad Rizal yang juga bekas kakitangan kerajaan kini sudah memasarkan lebih 3,000 ekor arnab ke seluruh negara.

Kata Mohamad Rizal, dia membeli baka tempatan jenis New Zealand White dan kemudian membiakkan haiwan itu di belakang rumahnya di di Kampung Tok Machang Ulu Gali, Raub, Pahang.

Katanya, menternak arnab pedaging mudah dan tidak memerlukan modal atau perbelanjaan makanan yang terlalu besar berbanding ternakan lain seperti ayam, itik serta kambing.

"Arnab jenis baka New Zealand White juga memiliki lebih banyak daging berbanding jenis lain.

"Seekor arnab jenis itu boleh mencapai berat kira-kira dua kilogram (kg), namun selepas diproses (dicuci) beratnya hanyalah sekitar 1.1 kg.

"Dagingnya dijual sekitar RM35 sekilogram," katanya kepada Agro.

Menurut Mohamad Rizal, pihaknya tidak menang tangan memenuhi permintaan pasaran daging arnab kerana hanya mampu menyediakan kira-kira 150 hingga 200kg setiap bulan.


TERNAKAN arnab pedaging semakin mendapat perhatian.

Katanya, dia menjual kepada peraih untuk pasaran sekitar Selangor.

"Daging arnab kini semakin digemari masyarakat, ada restoran yang menyajikan hidangan sate arnab, arnab salai, arnab golek dan sebagainya.

"Ia menjadi pilihan ramai kerana isinya lembut dan manis, " katanya.

Kata bapa kepada empat anak itu lagi, kos untuk makanan bagi seekor arnab sehingga mencapai usia yang sesuai untuk dijual atau disembelih adalah sekitar RM12 hingga RM15.

Menurutnya untuk daging, arnab yang sesuai disembelih adalah berusia kurang tiga bulan kerana jika lebih daripada itu, isinya agak liat.

"Bagi arnab hidup untuk dijadikan baka pula, biasanya berusia antara dua hingga tiga bulan.


SANGKAR yang dijual kepada orang ramai.


IBU arnab menjaga anak yang baru dilahirkan.

"Harganya juga berbeza iaitu RM50 bagi usia dua bulan dan RM70 untuk usia tiga bulan.

"Arnab induk yang sudah sedia dibiakkan pula berusia enam bulan ke atas dan ia dijual RM250 seekor tidak kira jantan atau betina,
" katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Rizal berkata, arnab juga susah dijangkiti penyakit dan mudah dijaga kerana hanya makan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari.

Namun, katanya, dia masih perlu memantau sekiranya arnab ternakannya mengalami cirit-cirit atau jangkitan kurap.

"Dalam sehari, arnab hanya makan kira-kira 100 gram palet (dedak) dan selebihnya minum air.

"Waktu makannya juga berbeza daripada haiwan ternakan lain iaitu hanya bermula pada sebelah petang hingga ke malam ketika cuaca tidak panas," katanya.


NETSBOX untuk kemudahan ibu arnab menjaga dan menyusukan anak baru lahir.


SANGKAR khas untuk arnab induk.

Selain daging dan baka arnab, Mohamad Rizal turut menjual sangkar ternakan serta peralatan menternak haiwan berkenaan.

Katanya, barangan asas peralatan terbabit diimport dari China dan dipasang sendiri di rumahnya.

"Paling laris adalah sangkar jenis bertingkat sama ada tiga atau empat tingkat yang sememangnya boleh menjimatkan ruang.

"Terdapat juga 'netsbox' bagi kemudahan arnab betina menyusukan anak yang baru lahir dan semua barangan itu dijual menerusi dalam talian," katanya yang tetap yakin industri ternakan arnab pedaging mempunyai masa depan cerah di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 6:30 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekor berat 1.1kg.. Sebulan 200 kg daging @ 200 ekor arnab dia sembelih..

200 kg × MYR 35 = MYR7000
Makanan seekor arnab = RM15 × 200
                                          = RM3000
untung kasar sebelum tolak kos pekerja adalah RM4000 sebulan..

Tu diaaa.. Nak beli arnab la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:12 AM | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 01:52 AM
Sekor berat 1.1kg.. Sebulan 200 kg daging @ 200 ekor arnab dia sembelih..

200 kg × MYR 35 = MYR ...

pencen kerajaan tak buat apa2 pun dapat RM10K sebulan.
tapi duit habis kat cucu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
PerKasa replied at 10-8-2020 02:12 AM
pencen kerajaan tak buat apa2 pun dapat RM10K sebulan.
tapi duit habis kat cucu.

Tu org kerja kerajaan.. Aku kerja sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:09 AM | Show all posts
aku tak sanggup makan arnab
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:28 AM | Show all posts
tak sampai hati nak makan..comel sgt

pernah termakan rendang arnab, tak dibagitau ingatkan ayam..daging dia halus tulang lembut mcm tulang rawan ayam. bila tau daging arnab terus berlari ke toilet..muntahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2020 09:36 AM | Show all posts
helicornia replied at 10-8-2020 09:09 AM
aku tak sanggup makan arnab

Bila dah siap dimasak, xde rupa comel macam arnab pun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:38 AM | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 01:52 AM
Sekor berat 1.1kg.. Sebulan 200 kg daging @ 200 ekor arnab dia sembelih..

200 kg × MYR 35 = MYR ...

adik ipar carly mmg ternak arnab kat kedah... asal dari suka2, sekarang mmg jana pendapatan, sbb permintaan mmg tinggi... tp arnab ni sensitif sebenarnya, x boleh terkejut, x boleh bising, x boleh dengar salakan anjing, x boleh makan carrot, x boleh makan sayur, mudah mati... mmg makan pallet aje... tp happy tgk perkembangan arnab adik ipar, dari sangkar kayu... skg dh tukar sangkar komersial.... dari 10 sangkar skg entah berapa ntah... dah banyak.. mmg best  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah replied at 10-8-2020 09:38 AM
adik ipar carly mmg ternak arnab kat kedah... asal dari suka2, sekarang mmg jana pendapatan, sbb p ...

Susah juga.. Ingatkan boleh makan karot.. Huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:46 AM | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 02:15 AM
Tu org kerja kerajaan.. Aku kerja sendiri

mati2 ingat kau gomen
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 10-8-2020 09:46 AM
mati2 ingat kau gomen

Tak la.. Aku jujur kot aku bgtau aku kerja sebagai pengasuh org tua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:48 AM | Show all posts
carly_lah replied at 10-8-2020 09:38 AM
adik ipar carly mmg ternak arnab kat kedah... asal dari suka2, sekarang mmg jana pendapatan, sbb p ...

bugs bunny mkn carrot ape
ni utk arnib daging lh kot ye
ke arnab new zealand je xmkn carrot



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2020 09:48 AM | Show all posts
yap
arnab mudah sensitif bunyi
kalau bunyi guruh kuat sgt sekali ngan kilat
silap silap arnab mati mengejut
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:49 AM | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 09:47 AM
Tak la.. Aku jujur kot aku bgtau aku kerja sebagai pengasuh org tua.

kerja sendiri lagi best kan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:50 AM | Show all posts
aku suka makan arnab.  teringin nak makan burung pipit padi... kalau belalang digoreng rangup sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 10-8-2020 09:49 AM
kerja sendiri lagi best kan....

Ikut org juga.. Yg paling penting kena tabah la.. Ada masa job masuk bertalu2..ada masa job x ada 1-2 bulan.. So far aku buat kerja sendiri ni.. Dah 4 tahun.. Sebulan saja aku tak ada job jaga org sakit/tua.. Lepas tu.. Sampai skrg la aku jaga tok ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus artikel2 cmni menggalakkan org ceburi bidang pertanian dan ternakan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 09:47 AM
Tak la.. Aku jujur kot aku bgtau aku kerja sebagai pengasuh org tua.

Ko Rasa, Mana lagi mencabar n susah, kerja pengasuh budak2 or pengasuh orang tua?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
naksedap replied at 10-8-2020 10:36 AM
Ko Rasa, Mana lagi mencabar n susah, kerja pengasuh budak2 or pengasuh orang tua?

Bagi aku org tua la.. Bersedia la pekak telinga utk dimaki.. Hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 10:38 AM
Bagi aku org tua la.. Bersedia la pekak telinga utk dimaki.. Hahahaha.

Oh..ok..aku sblm ni pengasuh kanak2..kadang terpikir nk try jadi pengasuh org tua..bile ko dah cite Ni, aku lupekan jela hasrat tu..tambah aku mudah koyak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.091554 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list