CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6403|Reply: 20

[Tempatan] Menteri PH dulu memang tak power, kata Loke menyindir

  [Copy link]
Post time 10-8-2020 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 10-8-2020 01:39 AM

Menteri PH dulu memang tak power, kata Loke menyindir

https://www.malaysiakini.com/news/538031

Diterbitkan Hari ini 8:57 am
Dikemaskini Hari ini 9:05 am



Tularnya klip video ucapan calon ketua Pemuda Bersatu (Armada) semalam mengingatkan salah seorang pemimpin DAP kepada pesanan yang diterima menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) di peringkat awal tugas mereka pada 2018.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, berkata sejurus selepas mengangkat sumpah jawatan, dia bersama menteri lain menghadiri taklimat khas.

Katanya sesi berkenaan - yang turut dihadiri semua anggota parlimen PH - dikendalikan pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, Mohd Shukri Abdull.

Taklimat yang diberikan ketua pesuruhjaya SPRM berkenaan, kata Loke, ialah mengenai amalan yang baik serta tatacara dalam kerajaan, khususnya hal-hal yang dibenarkan serta dilarang.

"Antara perkara yang dipesan oleh Datuk Seri Shukri kepada semua menteri dan timbalan menteri PH ialah jangan sesekali keluarkan surat sokongan kepada sesiapa, lebih-lebih lagi kepada ahli parti sendiri," katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Loke yang sebelum ini dilantik sebagai menteri pengangkutan menambah, mereka bukan saja tidak dibenarkan memberi surat sokongan, malah setiap minit daripada menteri juga mesti ditulis dengan perkataan yang umum dan tidak mempengaruhi sebarang keputusan.

"Yang dibenarkan hanya seperti 'Untuk pertimbangan' atau sila teliti cadangan tersebut' saja," katanya lagi.

Itu guna jawatan

Loke berkata demikian sebagai mengulas klip video memaparkan ucapan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang berkata sebagai timbalan menteri, dia dapat "permudahkan" urusan untuk membantu anggota Armada melalui exco-exco yang dilantik kelak.

Timbalan menteri belia dan sukan itu berkata demikian semasa dia berkempen bersama Armada Pahang bagi pemilihan calon Ketua Armada yang dijadual berlangsung pada 27 September ini.

"(Contohnya) ada (ahli) Armada di Pahang yang terlibat dengan pertanian, kita fikir jalan macam mana nak tubuhkan konsortium Armada Pahang yang terlibat dengan pertanian.

“Jadi kita jumpa Datuk Ronald (Kiandee - Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan beritahu ini hajat Armada Pahang. Tolong datuk, bantu kami.

“Dan saya sebagai timbalan menteri - dan Insya-Allah, ketua Armada Nasional - akan permudahkan.




"Bagaimana? Saya keluarkan surat sokongan sebagai timbalan menteri, sebagai ketua Armada dan saya akan buat salinan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, untuk perkukuhkan.

“Itu guna jawatan! Jawatan ini diberi untuk permudahkan kalian. Bukan untuk saya seorang. Tapi untuk bantu kalian, bantu saya juga.

"Pertama, undilah saya,” kata senator itu menerusi video terbabit.

Malaysiakini sudah menghubungi Wan Ahmad Fayhsal untuk mendapatkan ulasan.

Loke berkata cara pentadbiran kerajaan PH sangat berbeza berbanding Perikatan Nasional - yang ditubuhkan hasil tindakan sejumlah ahli parlimen gabungan itu yang berpaling tadah - ketika ini.

"Yalah... Menteri PH tak power. Datang lobi menteri pun, tak guna, semuanya tak boleh.

"Sekarang dah lain. Timbalan menteri pun dah cukup power. Surat sokongan dijadikan modal kempen pemilihan parti," katanya lagi.

Single Polls, Total 32 Users voted View Voters
96.88% (31)
3.12% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kini selamanya tetap gagal total
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:41 AM | Show all posts
Dah bagi peluang, sendiri yg jahanamkan.. rasakan laaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:56 AM | Show all posts
punca mahathir letak jawatan dan tolak kerja dengan perasuah lim guan eng
semoga Allah panjangkan umur negarawan negara kita Dr Mahathir ni




Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:56 AM | Show all posts
Sendiri dh bagi jahanam, jangan tunding jari kt orang lain ye.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:56 AM | Show all posts
ezacbee replied at 10-8-2020 10:41 AM
Dah bagi peluang, sendiri yg jahanamkan.. rasakan laaa

kau la ni bagi peluang

ini semua salah kau


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2020 11:01 AM | Show all posts
Korg buat jer keje korg sbg pembangkang....nnt ngundi pepandailah pengundi menilai dan memilih
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
PHmg smart sbg pembangkang
Mmg x dinafikan nagus buat keje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg x power..pee esh banyak kencing rakyat. Titik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:04 PM | Show all posts
ni nak kira macam mana ni?
kita kena undi PH/DAP balik ker?  
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:50 PM | Show all posts
Korang yang komen ni baca artikel tak. So, surat sokongan menteri ni boleh ka tak boleh?

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:13 PM | Show all posts
dodolpandai replied at 10-8-2020 10:56 AM
kau la ni bagi peluang

ini semua salah kau

Salah Najib!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
TOLAK DAP
PERASUAH TEGAR!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak power pun. Takleh imagine handle covid ni. Meraba2lah korang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh bagi surat sokongan tapi beri direct bantuan sekolah cina takpe pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 04:56 PM | Show all posts
sbb kurang pengalaman...mentah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 04:59 PM | Show all posts
Siapa kata tak power?

Tengok menteri pertahanan PH la. Boleh memasak kari kepala ikan tau. Ada menteri BN/PN yang terer masak kari kepala ikan seperti beliau? See the elephant la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 05:15 PM | Show all posts
Edited by salamon at 10-8-2020 07:27 PM

menteri2 yg power sume dah korup kot, nak expect apa lagi? Ini jer yg ada incik
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rogue98 at 11-8-2020 08:54 AM

Mmg tak perform sbb sebok celebrate menang Pru14.Seronok dapat gaji berpuluh ribu. Seronok sgt sbb dapat kalah kan kerajaan BN sampai lupa pasal manifesto dan responsibility diaorang. Bila di tegur melenting marah rakyat ganggu diaorang tgh celebrate. Pastu busuk hati ckp rakyat jgn bergantung pd diaorang. Knowledge and experience zero tapi sebok membongak. Skrg tengok jer lah diaorang kat Parlimen. Tercerit beret kena hentam dgn PN. Even menteri baru mcm Tengku Zafrul pun boleh bungkus PHundek2 ni. Termasuklah yg asal dr PH mcm Bersatu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengaku pon..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.614274 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list