CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3161|Reply: 43

[Tempatan] Khalifah DAP tak mengaku terima rasuah RM3.3 juta

  [Copy link]
Post time 10-8-2020 09:54 AM | Show all posts |Read mode


BEKAS Menteri Kewangan Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3.3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Lim, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, Guan Eng, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3,300,000 sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6,341,383,702.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan terbabit di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Pertuduhan terhadap Lim dikemukakan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib, manakala Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

Jumaat lalu, Lim turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu syarikat sama dilantik untuk melaksanakan projek serupa dan beliau dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang mencetuskan kontroversi itu bakal menghubungkan pulau ini dari Persiaran Gurney dengan tanah besar di Bagan Ajam dengan anggaran kos RM6.3 bilion dan ia dijangka bermula pada 2023.

Berita berkaitan:
Guan Eng dijangka didakwa lagi
Guan Eng didakwa minta suapan 10 peratus [METROTV]
'Saya akan lawan tuduhan rasuah' - Guan Eng
SPRM tahan isteri Guan Eng
Pemimpin DAP hadir sokong Guan Eng
Kes rasuah: Guan Eng didakwa esok

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 9:43 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Leluhur dekat opismate aku sayang gila dekat guan j eng ni. Katanya dia baik dan berwawasan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:38 AM | Show all posts
utk yg ni RM10 lagi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Isk isk....mana mungkin? Kan yang pemakan rasuah ni kalangan melayu dan Bn/pn?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:44 AM | Show all posts
Ada ke patut mintak duit raykat RM10 sorang

dah didakwa buat salah pun lagi nak scam orang ka
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:50 AM | Show all posts
ramai rindukan adegan
hormat azan
makan bertalam
tolong angkat bagasi

tu la PN
tangkapan bermotifkan politik
mana mungkin parti suci buat mcm ni

ayuh jgn lupa sumbang dlm tabung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2020 10:53 AM | Show all posts
Hari tu boleh la cakap takde duit masuk pun sebab minta 10%.

Kali ni, berani tak cakap takde duit masuk. Sure SPRM & pihak pendakwaan ada bukti duit keluar masuk rm3.3 miliyun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:54 AM | Show all posts
pulangkan balik duit rakyat!!!!!!!!!!!!

anak muda ayuh bangkit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 10:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 10:59 AM | Show all posts
kejap pekong
kejap khalifah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:14 AM | Show all posts
Edited by lipans at 10-8-2020 11:18 AM

Hentikan buli









Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada bukti duit masuk akaun ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:21 AM | Show all posts
xy_daen replied at 10-8-2020 11:17 AM
Dah ada bukti duit masuk akaun ka?

Ko ingat, sprm & pendakwaraya nak dakwa ke kalau tak terima duit?

Last week boleh la cakap tak terima sebab pendakwaan atas sebab meminta suap 10%. Duit masuk ke tak, tak diambil kira. Ni, pendaklwaan atas terima specific rm3.3m.


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:26 AM | Show all posts
masyaAllah

masih ada lagi saki baki pemuja parti rasuah DAP muka tebal dlm forum ini???

mana akhlak kau orang

memang dah dewasa masuk kerja bermajikan bangsa perasuah DAP

akhlak kau orang letak tepi ka?

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 10-8-2020 11:21 AM
Ko ingat, sprm & pendakwaraya nak dakwa ke kalau tak terima duit?

Last week boleh la cakap tak  ...

So dah ada la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:31 AM | Show all posts

mesti la dah ada.

kita tunggu waktu perbicaraan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2020 01:05 PM | Show all posts
slavehunter replied at 10-8-2020 10:42 AM
Isk isk....mana mungkin? Kan yang pemakan rasuah ni kalangan melayu dan Bn/pn?

kakak syak jarum2  halus je ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2020 01:06 PM | Show all posts
amerald replied at 10-8-2020 10:59 AM
kejap pekong
kejap khalifah

sinonim sister, membawa arti nan sama jua

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 10-8-2020 01:05 PM
kakak syak jarum2  halus je ni

Haha jarum jarum halus sangat kaka....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 10-8-2020 10:53 AM
Hari tu boleh la cakap takde duit masuk pun sebab minta 10%.

Kali ni, berani tak cakap takde duit ...

mintak 10% tak masuk duit lg.. cacai kata minoriti report haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.088624 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list