CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16834|Reply: 116

[Politik] Alhamdulilah telah terkumpul RM4 JUTA #81 contoh rakyat yang cinta keamanan #72

[Copy link]
Post time 10-8-2020 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 19-8-2020 09:11 AM








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 11:37 AM | Show all posts
dan juga sebagai mantan menteri kewayangan total gagal...serta seorg chartered accountant pelesu....




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2020 11:37 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 10-8-2020 03:41 AM

Pengajaran daripada penganiayaan politik terhadap Guan Eng, Betty Chew
Pada 9 Ogos 2020



Kenyataan Media Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Ahad, 9 Ogos 2020:

Selepas 55 tahun berjuang dalam arena politik negara untuk sebuah Malaysia yang lebih baik untuk semua, saya terfikir untuk kurang aktif dalam hal ehwal politik semasa — terutamanya memandangkan saya baru sahaja keluar dari hospital.

Namun begitu, keadaan semasa membantutkan rancangan ini.

Pengajaran yang dapat kita pelajari daripada penganiayaan terhadap Lim Guan Eng dan Betty Chew dapat dilihat dalam kata-kata ulung daripada Edmund Burke yang berbunyi “Satu-satunya perkara yang menjamin kemenangan kejahatan adalah apabila orang baik tidak melakukan apa-apa untuk menghentikannya.”

Ramai rakyat Malaysia kecewa dengan prestasi pentadbiran 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan, tetapi kerajaan PH ini sepatutnya mempunyai mandat selama lima tahun untuk membuktikan kebolehannya.



Apabila mandat Pilihan Raya Umum 2018 dicuri pada bulan Februari 2020 melalui satu konspirasi pintu belakang, terdapat kekecewaan dan perasaan putus asa dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai masa depan dan potensi negara untuk menjadi sebuah negara bertaraf dunia berasaskan prinsip perpaduan, demokrasi, keadilan, kebebasan, kecemerlangan, integriti, dan kesusilaan.

Sambutan Hari Kebangsaan akan berlangsung dalam masa tiga minggu lagi.

Semasa kita mencapai kemerdekaan enam dekad yang lalu, Malaysia merupakan salah satu negara yang paling maju di Asia. Kini, kita berada di dalam kategori negara kelas kedua dan ketiga bersama-sama dengan negara seperti Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar, dan negara-negara lain di Asia Tenggara.



Rakyat Malaysia telah melakarkan sejarah pada 9 Mei 2018 apabila kita memberikan peluang kedua kepada negara kita untuk menetapkan semula polisi pembinaan negara bagi memperbetulkan hala tuju Malaysia supaya negara kita tidak menjadi sebuah negara gagal yang dikenali sebagai sebuah kleptokrasi global.

Adakah semua pencapaian ini akan menjadi sia-sia akibat konspirasi pintu belakang Langkah Sheraton?

Ramai rakyat Malaysia berasa kecewa, malah sesetengah di antara kita telahpun memilih untuk berputus asa sejak Langkah Sheraton yang berlaku pada bulan Februari yang lalu.

Namun begitu, kita tidak mampu untuk berputus asa.

Sebuah Malaysia yang baharu dan hebat tidak akan dapat dicapai dalam tempoh 22 bulan mahupun lima tahun.



Tetapi seluruh rakyat Malaysia harus berada di dalam satu trajektori yang baharu ini, untuk berkongsi satu iltizam dan impian bersama, di mana semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, sama ada beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, ataupun Taoist, mempunyai lebih banyak persamaan bersama, hidup harmoni bersatu padi, dengan prinsip demokrasi, keadilan, kebebasan, kecemerlangan, integriti, dan kesusilaan.

Ingatlah kata-kata Edmund Burke — Satu-satunya perkara yang diperlukan untuk kemenangan kejahatan adalah untuk orang-orang yang baik tidak melakukan apa-apa!

Marilah kita semua sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, mahupun umur, bersama meneruskan usaha untuk membawa negara kita ke suatu tahap yang lebih tinggi, menjadi sebuah negara bertaraf dunia yang mengembelengkan nilai dan aset kepelbagaian kaum, agama, bahasa, dan budaya yang bertemu di negara kita ini!

Marilah kita semua bersama membawa perubahan demi Malaysia! — Roketkini.com



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:38 AM | Show all posts
Suami yang minta 10% & terima rasuah rm3.3 juta?

Isterinya pula terlibat penggubahan wang halam?

Bapa yang memberi duit poket kpd anak-anak jutaan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:40 AM | Show all posts
sebagai seorang perasuah pula??

10 pessen

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-8-2020 11:44 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 10-8-2020 09:09 AM

Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan berbilang bangsa telah berjaya mengumpul RM10,000 untuk disumbangkan kepada tabung di bawah ini.

















Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 11:51 AM | Show all posts
Siapa la done derma ni? Mana cukup beli sabun 1 sen.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 12:31 PM | Show all posts
sebaknya baca thread ni..
beliau seorang (je) anak yang baik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 10-8-2020 11:37 AM
Pengajaran daripada penganiayaan politik terhadap Guan Eng, Betty Chew
Pada 9 Ogos 2020


Bazir baca artikel panjang Gini.. ludahkan je
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 10-8-2020 11:44 AM
Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan berbilang bangsa telah berjaya mengumpul RM10,000 untuk disumban ...

Bodo.. orang tu punya kaya.. nak jgk jarah duit org bawahan demi nak selamatkan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:35 PM | Show all posts
ngeee.. mek sepicseles.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mainan persepsi. Babai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah apek ni macam acik2 kepam kenape? Acik2 gini la jadi bile anak dorang kantoi mencuri dan mendadih..ank mak cik baik orang nyer. Semayang x tinggal. Hormat orang tua..sbijik
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 10-8-2020 11:51 AM
Siapa la done derma ni? Mana cukup beli sabun 1 sen.

Hahahaha.. Mmg tahap menganjing level hebat. Dulu puak2 hamjad ni mengata penyokong najib buka tabung derma utk najib byr jaminan.

Skrg depa sendiri jilat ludah depa buat benda yg sama utk guan eng sial fake accountant dan perasuh 10% ni.

Tu la.. Masa mengata tak sedar diri yg semua tu manusia
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:38 PM | Show all posts
Aku takda rasa secuit simpati pun dengan semua ahli2 dalam parti DAP.
Semoga cepat mereput.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi bini dia sweet je rupanya..

Xde kena mengena
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:44 PM | Show all posts
Edited by ctaz at 10-8-2020 01:46 PM

so nak nanggis ke nak gelak....
emmmmmmm




pegi mampos laaaa....
cam dia je la kat malaysia ni perasuah seorang bapa dan suami yg penyayang
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 10-8-2020 01:38 PM
Aku takda rasa secuit simpati pun dengan semua ahli2 dalam parti DAP.
Semoga cepat mereput.

sama la.. hormat azan konon
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasain lohh....najib dah merasa.

Skrg giliran kau pulak rasa guanjeng!

Acah2 suci tp sama je rasuah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.236280 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list