CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 844|Reply: 2

[Tempatan] Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada Kementerian Dalam Negeri (KDN), k

[Copy link]
Post time 10-8-2020 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 10-8-2020 03:59 PM

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/608883/buat-video-dedah-kegiatan-haram-dan-serah-pada-kdn-hamzah-zainuddin

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 7:10 PM

Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


HAMZAH bertemu dengan Asri di pejabatnya di bangunan Parlimen.  FOTO Amir Abd Hamid

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap polis yang terbabit dalam melindungi kegiatan perjudian.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan tegas itu bukan saja di kawasan tertentu seperti di Sungai Buloh yang tular berikutan pendedahan Asri Janggut kelmarin tetapi merangkumi seluruh negara.

"Jika ada aduan seperti ini, saya nak maklumkan di sini, tindakan tegas bukan hanya terhadap orang yang melakukan, begitu juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ada di situ.

"Kalau betul-betul mereka terbabit kita akan bagi kepada jawatankuasa disiplin untuk memastikan mereka boleh diambil tindakan mengikut apa yang patut kita akan buat," katanya pada sidang media di Pejabatnya di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Hamzah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan Asri Janggut bagi mengetahui pendedahan yang ditularkan berhubung aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Bandar Baru Sungai Buloh.

Beliau mahu mendapatkan gambaran sebenar daripada Asri berhubung pendedahannya selain memberikan nasihat ekoran pendedahan yang dibuat itu boleh mengundang risiko kepada dirinya dan keluarga.

Hamzah turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya tidak sesekali membuat pendedahan secara terbuka mengenai aktiviti haram sebagaimana yang dilakukan oleh Asri.

Ini kerana katanya, beliau bimbang pihak yang mendedahkan maklumat itu akan mendapat ancaman dan adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Lain kali buat video elok-elok dan hantar kepada saya. Video itu boleh dihantar ke pejabat saya di KDN di Putrajaya.

"Jangan buat macam Asri ditularkan, nanti jadi macam-macam masalah. Belum sampai kepada saya dah jadi isu. Nanti jadi masalah kepada diri dan keluarga dia.

"Kalau ada orang nak buat hantar kepada saya dulu. Biar saya tengok dan saya buat penyelidikan yang lebih sesuai mengikut perundangan yang ada," katanya.

Menurutnya, mungkin pasukan Bukit Aman yang akan dikerahkan ke kawasan tertentu untuk sebarang bentuk video aduan berkaitan rumah perjudian seumpamanya berbanding polis di daerah yang berkenaan.

"Kalau dah benda (video kegiatan rumah judi) itu datang terus kepada saya, tak semestinya saya menggunakan OCPD (Ketua Polis Daerah).

"Mungkin saya boleh menggunakan pasukan yang datangnya dari Bukit Aman contohnya, itu semua kita akan pastikan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2020 12:16 AM | Show all posts
Serah bukti terus kepada KDN - Hamzah

https://www.bharian.com.my/berit ... s-kepada-kdn-hamzah

Isnin, 10 Ogos 2020 | 7:46pm

Oleh Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


Hamzah ketika mengadakan pertemuan dengan Asri di Bangunan Parlimen, pagi tadi

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota polis yang terbabit dalam melindungi kegiatan rumah perjudian.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata tindakan tegas itu bukan sahaja di kawasan tertentu seperti Sungai Buloh yang tular berikutan pendedahan Asri Janggut disiarkan secara langsung dalam akaun Facebook (FB) Hot Burger Malaysia kelmarin tetapi merangkumi seluruh negara.

"Jika ada aduan seperti ini, saya nak maklumkan di sini, tindakan tegas bukan hanya terhadap orang yang melakukan, begitu juga kepada anggota PDRM yang ada di situ.

"Kalau betul-betul mereka terbabit kita akan bagi kepada jawatankuasa disiplin untuk memastikan mereka boleh diambil tindakan mengikut apa yang patut kita akan buat," katanya pada sidang media di Pejabatnya di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Hamzah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Asri Janggut' bagi mengetahui pendedahan yang ditularkan lelaki itu berhubung aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Sungai Buloh, baru-baru ini.

Beliau mahu mendapatkan gambaran sebenar daripada Asri berhubung pendedahannya, selain memberikan nasihat ekoran pendedahan yang dibuat itu boleh mengundang risiko kepada dirinya dan keluarga.

Hamzah turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya tidak sesekali membuat pendedahan secara terbuka mengenai aktiviti haram sebagaimana yang dilakukan oleh Asri.

Ini kerana, katanya, beliau bimbang pihak yang mendedahkan maklumat itu akan mendapat ancaman dan adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Lain kali buat video elok-elok dan hantar kepada saya. Video itu boleh dihantar ke pejabat saya di KDN di Putrajaya.

"Jangan buat macam Asri viralkan, nanti jadi macam-macam masalah. Belum sampai kepada saya dah jadi isu. Nanti jadi masalah kepada diri dan keluarga dia (Asri).

"Kalau ada orang nak buat, hantar kepada saya dulu. Biar saya tengok dan saya buat penyelidikan yang lebih sesuai mengikut perundangan yang ada," katanya.

Menurutnya, mungkin pasukan Bukit Aman yang akan dikerahkan ke kawasan tertentu untuk sebarang bentuk video aduan berkaitan rumah perjudian seumpamanya berbanding polis di daerah yang berkenaan.

"Kalau dah benda (video kegiatan rumah judi) itu datang terus kepada saya, tak semestinya saya menggunakan OCPD (Ketua Polis Daerah).

"Mungkin saya boleh menggunakan pasukan yang datangnya dari Bukit Aman contohnya, itu semua kita akan pastikan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 12:19 AM | Show all posts
aku faham tok janggut ni tension

ramai orang tension zaman2 pkp ekonomi chinese virus ni

dia memang lepas marah

sapa2 yang hentam aku punya komen neutral mengenai isu tok janggut ni tadi elok bertaubat

kita semua kena jadi neutral

x boleh taksub parti politik

x boleh taksub evolusi graviti

x boleh taksub teori sains

kena jadi neutral

perasuah lim guan eng mesti segera dipenjarakan!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069252 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list